Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Ziarah Ramadhan

16 Ramadhan.
Kami baru saja balik dari menziarahi seorang sahabat unit amal yang ditimpa kemalangan minggu lalu.Sebaik sahaja selepas berbuka tadi saya,bendahari,politik dan s/u kawasan bergegas ke Keratong sebagaimana yang dijadualkan semalam lagi.Hujan lebat sangat hingga garisan pembahagi jalan yang kian pudar itu hampir tidak kelihatan.Nasib baik bendahari memandu dengan cekap dan cermat..agaknya dah sampai masa JKR membaharui garisan pembahagi jalan di kawasan rompin ni.

Sempat jugak berjemaah dan terawih bersama YDP us Shukri di Keratong.Us yang kemudiannya memberi tazkirah ringkas sekali lagi mengingatkan perjuangan Islam ini memerlukan pengorbanan yang besar daripada ahli dan petugas parti.Bantuan Material dan wang ringgit amatlah di alu-alukan lebih-lebih lagi kita sudah hampir ke hari Raya dan ramai orang miskin yang memerlukan sumbangan.

Siap terawih KP pun sampai dan kami bertolak ke rumah sahabat itu.Alhamdulillah walaupun dalam keadaan bertongkat beliau masih betah menyambut kedatangan kami yang lebih 10 orang itu.Sahabat itu kemalangan motosikal baru-baru ini dan sahabat karibnya yang menunggang motosikal(juga ahli Unit Amal) meninggal dunia di tempat kejadian.

Itulah serba-sedikit yang kami mampu lakukan bagi berkongsi kesusahan sahabat dan keluarga yang di timpa musibah ini.Inilah masanya semangat ukhwah dan silaturrahim di kalangan kita mengambil tempat.Bukan harta benda yang diharapkan cuma cukuplah dengan rasa simpati dan ambil berat di kalangan kita moga-moga boleh merapatkan lagi jemaah.Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP