Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Kami bersamamu Presiden dan Mursyidul Am

Setelah jenuh dan jelik menyingkap sisipan akhbar harian dapatlah kami simpulkan di sini bahawa memang ada pihak (luar dan dalam?)yang cuba menampilkan suasana yang keruh antara hubungan kedua insan besar dalam gerakan Islam di negara kita ini.

Pun begitu setelah menilai dan menelitinya dapatlah pula disimpulkan setakat ini usaha buruk mereka yang dengki ini belum bertemu kejayaan.Berdasarkan kenyataan Ustaz Nik Abduh yang lebih terbuka dan berani kita yakin Pas di bawah kepimpinan ulama akan terus terpelihara dan dihormati masyarakat.


Yang menariknya , mengapa bersusah payah mereka yang tidak senang dengan kedua pimpinan parti ini cuba mengadu domba.Apakah kerana pangkat, jawatan dan sebagainya.Bukankah sudah terang lagi bersuluh perjuangan Pas itu tidak menjanjikan habuan dan kesenangan di dunia baik dari segi harta, wang ringgit dan kekuasaan.Pas berjuang untuk Agama dan Ummah.Jauh daripada merebut harta kebendaan, pangkat apatah lagi kepentingan peribadi.Itulah faktor yang menarik minat masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam kepada Pas.Pas kini menjadi tempat mengadu bagi sekalian rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


Kita tidak dapat menerima jika ada individu atau pimpinan di atas jemaah ini yang mempunyai agenda lain selain mencari keredhaan Allah!. Kita juga sukar memaafkan jika ada tindak tanduk ahli atau pimpinan yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan memalukan Pas di saat kejayaan hanya selangkah di hadapan. Mereka yang berhajat kepada pangkat dan kedudukan bukanlah sebahagian daripada kami.

Jadi di sini kami menyeru sekali lagi kepada pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab sama ada dari kalangan jemaah atau anasir luar agar menghentikan agenda untuk memporak-perandakan jemaah.Barangkali mereka tidak sedar percakapan mahupun perbuatan mereka boleh mengundang spekukasi buruk namun selepas ini harap-harap agar pimpinan terutamanya berhati-hati dalam percakapan dan membuat percaturan politik mereka.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan…
Sayang anak tangan-tangankan…

Sayangkan Pas ingat-ingatkan.

Read more...

Muktamar Agong Pas: Jangan terpedaya dengan permainan media.

Muktamar agong Pas bakal berlangsung jun nanti namun permainan media yang tidak bertanggung jawab telahpun bermula.Bermacam cara digunakan untuk menunjukkan buruknya Pas tidak bebeza dengan parti yang lain.Sementelahnya Pas parti yang memperjuangkan kesyumulan Islam.

Media membentuk satu persepsi kepada satu keadaan isu yang retorik kepada seakan-akan berlaku.Contohnya Team Erdogan, Team Presiden, Team Mursyidul Am dan sebagainya.Inilah buktinya betapa khianat dan bencinya sesetengah pengamal media kepada sebuah gerakan Islam.Mengkritik dan membentes tanpa ada hujah dan dalil!

Kita percaya ahli dan penyokong Pas telah matang dengan permainan politik yang sebegini.Sebarang cubaan untuk melonggarkan ikatan persaudaraan di dalam jemaah ini akan gagal.Seperti selalu!.

Kita menyeru agar pimpinan yang terlibat dengan pemilihan yang bakal berlangsung memikirkan kepentingan berjemaah melebihi kepentingan peribadi.Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengundang perpecahan atau bercanggah dengan dasar parti.Pemimpin boleh datang dan pergi tapi parti yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam hanya satu,PAS!.

Kepada media yang tidak jemu untuk memecahbelahkan keutuhan Pas dinasihatkan agar berhentilah sahaja.Jangan bazirkan ruang diakhbar anda dengan berita yang boleh dipertikaikan.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP