Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Calon terbaik umno?

Umno memperjudikan nasib lagi dengan mengumumkan Isa Samad sebagai calon PRK Bagan Pinang walaupun pernah didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang @ rasuah. Jika di Manik Urai dulu mereka ditewaskan oleh seorang Peraih ikan kerana memandang mudah kelayakannya dan di Permatang Pasir mereka sekali lagi tersilap percaturan dengan menurunkan Rohaizat yang pernah di ambil tindakan oleh Majlis Peguam. Berani…memang mereka berani! Terpaksa berlagak berani kerana takut kalah.

Desas-desus sudah mula kedengaran hanya pemimpin umno sahaja yang bersetuju dengan pencalonan Isa ini sedangkan majoriti rakyat di Bagan Pinang menolak pemimpin yang pernah mempunyai rekod hitam ini. (bukan piring hitam !)

Nampaknya sekali lagi saranan Tun dan KuLi seakan diambil lewa. Tapi meletakkan kesalahan membuta-tuli terhadap Najib dan Muhyidin juga tidak adil. Barangkali mereka sudah jenuh menapis calon yang bersih dan hanya Isa Samad sahaja yang paling bersih mengikut penanda aras umno. Tambahan pula umno Bagan Pinang yang kebetulan diketuai oleh Isa juga mengharapkan Isa Samadlah yang bertandingi. Sudah kelihatan kain rentang yang memaparkan golongan tertentu yang akan memboikot pilihanraya ini jika Isa tidak dicalonkan.

Tun dan KuLi mungkin hanya mampu menggeleng kepala melihat percaturan yang berani ini. Sekarang bukan zaman kegemilangan mereka era 80-an dahulu. Dahulu suara mereka didengar, pengaruh mereka besar. Jika mereka berkeras inginkan suara mereka didengar ceburlah semula politik dan bertandinglah dalam pemilihan nanti.

Read more...

Meroboh kubu BN di Bagan Pinang

Seorang sahabat bertanya kepada saya mampukah Pas dan PR mengucar-kacirkan tembok kubu BN di Bagan Pinang? Beliau mengambil-kira undi pos itu kubu yang teguh yang boleh menjadi jerangkap samar sekaligus memerangkap Pas andai tidak bersedia. Saya katakan padanya undi pos kurang 5000 sedangkan pengundi awam berkekuatan lebih 9000 orang. Jika Pas berjaya berjaya mengekalkan jumlah undi pos yang didapati dalam PRU yang lalu ditambah pula dengan sedikit lonjakan daripada kaum Melayu , Cina dan India tidak mustahil PR akan menang! Di atas kertas Pas lebih selesa berbanding umno walaupun ada yang menjangkakan peluang Pas hanya 30%. Bertandang ke kubu lawan hanya strategi yang bijak jadi penentu.


BN mungkin boleh mendabik dada mengatakan Bagan Pinang kubu kuat mereka tapi mereka perlu sedar momentum ‘kesedaran rakyat berpolitik’ makin meningkat dari sehari ke sehari. Dengan masalah dalaman kebanyakan parti komponen BN serta kepimpinan Najib yang hambar dan tidak popular membuka ruang kepada gabungan PR untuk menguasai gelanggang. Isu PKFZ sahaja contohnya sudah memadai bagi pengundi menilai siapakah yang lebih dipercayai untuk memegang amanah. Golongan manakah yang jika berkuasa akan menggondol kemewahan peribadi semata-mata hingga mengenepikan harapan rakyat di bawah? Siapakah yang mendendangkan retorik membasmi rasuah namun negara dilabelkan dengan rasuah yang makin melampau? Memalukan dan satu kegagalan! Atas sebab itulah rakyat yang berfikiran jauh akan membuat keputusan yang bijak tanggal 11 oktober nanti.

Secara mendadak kesedaran politik di negeri adat Perpatih ini berubah di luar jangkaan. Rakyatnya tegar membuat perubahan apabila melihat BN sudah tidak mampu untuk memerintah negeri dengan baik.Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, BN 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi. Jika Pilihanraya kali ini berpihak kepada PR maka cita-cita suci rakyat di Negeri Sembilan semakin menjadi kenyataan.

Apa yang perlunya Pakatan Rakyat kali ini perlu bekerja lebih kuat daripada beberapa siri pilihanraya Kecil yang lalu. Kubu BN di sana tidaklah sekukuh mana. Jika ada lompang dan kecelaruan dalam jentera mestilah diperbaiki segera. Rakyat yang sememangnya ingin memiliki kepimpinan yang amanah dan adil perlu ditunjukkan jalan. Mereka mesti diyakini perubahan yang bakal dilakukan adalah sesuatu yang positif bukan sahaja kepada mereka di Negeri Sembilan khususnya tapi di Malaysia amnya.

...jinbukitridan 28 sept.



Read more...

Siapa Pengerusi BN sebenarnya?

Mutakhir ini kebanyakan rakyat kian keliru tambah celaru apabila melihat Tun Mahathir lebih banyak membuat kenyataan berkenaan pilihanraya berbanding Najib dan Muhyidin! Akhbar pula seakan mengekori ke mana saja mantan PM ini pergi untuk mendapat ‘amanat’. Mengapa Najib dan Muhyidin kelihatan agak terkebelakang berbanding Mahathir? Ada pendapat mengatakan mereka telahpun mendapat pengajaran daripada beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu justeru kali ini mereka lebih berhati-hati untuk membuat kenyataan.

Manakan tidak dengan kuasa memerintah ditangan ditambah pula dengan monopoli jentera kerajaan mereka masih juga belum berjaya meyakinkan rakyat untuk kembali kepangkuan mereka.

Bagi Tun barangkali merasakan gagasan yang diasaskannya iaitu wawasan 2020 semakin kabur pencapaiannya jika keadaan politik yang tidak memihak BN ini berterusan. Lalu sebagai ahli UMNO yang berpengalaman barangkali beliau mengambil serius pilihanraya kecil kali ini terutamanya isu calon yang bersih ,kununnya. Malah menurutnya jika beliau menjadi Isa Samad beliau tidak akan menerima pencalonan untuk bertanding sebaliknya akan berhempas pulas untuk memastikan penggantinya menang di Bagan Pinang . Kita fikir agaknya itulah perkara terakhir yang akan berlaku kepada umno. Tidakkah Tun sedar kerana calon dan berebut kuasa di kalangan merekalah keadaan politik di Terengganu sehingga kini tidak stabil? Berpuak-puak dan berjuak-juak! Juga kerana pangkatlah ada insan yang tertangkap rasuah dalam pemilihan Agong umno yang lalu? Apakah mereka ini bersih sehingga masih diberi amanah untuk memerintah?

Pada kita sepatutnya Tun membuka jalan seluas-luasnya kepada Najib untuk membuat keputusan. Barangkali Najib juga ada Syura dan Istikharahnya!? Mengapa di zaman Tun menjadi PM tidak ada ahli umno yang menentang penarikan balik bantuan ke Sekolah Agama Rakyat dan perlaksanaan PPSMI? Barangkali waktu itu mereka menghormati Tun sebagai ketua walaupun langkah itu mundur dua tapak ke belakang mereka tetap ‘menjaga hati’ Tun. Dan kini tibalah giliran Tun untuk patuh dan menghormati apa jua keputusan yang dibuat Pengerusi BN yang baru walaupun pada pandangan peribadi beliau kurang sesuai.

Kenyataan awal Tun di media hanya akan mengundang serba-salah di kalangan 'syura' umno untuk membuat keputusan. Umno Teluk Kemang mahukan Isa sementara Tun awal lagi sudah membantah agaknya apakah yang bermain di fikiran Tok Jib? Ditelan mati emak diluah mati bapak!

Apa yang ingin dihairankan. Isa Samad atau sesiapa jua yang bakal menjadi calon tetap akan ditentang oleh Pas dan PR. Bukan batang tubuh Isa yang menjadi musuh tapi dasar umno yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Pemimpin mereka hidup senang-lenang sementara rakyat kebanyakan ada yang tak makan. Mereka lebih pandai memutar retorik dan istilah daripada bekerja untuk rakyat.



Read more...

Antara saranan Mahathir dan selera rakyat.

Tun Dr Mahathir sebagai pengasas kepada umno (baru) mengingatkan agar calon yang bakal bertanding bagi pihak mereka di Bagan Pinang mestilah bebas daripada salahlaku rasuah atau istilah ‘politik wang’ oleh umno. Memandangkan dalam beberapa siri Pilihanraya kecil yang lepas BN hanya mampu mendalamkan kubur sendiri berbanding mencuri hati rakyat dengan calon yang tidak diyakini maka ada benarnya saranan itu.

Namun yang boleh dipersoalkan ialah adakah pemimpin umno sekarang segan dengan saranannya itu. Jika pemilihan MT umno yang lepas menjadi perbandingan tidak mustahil cakap Tun hanyalah seperti anjing menyalak bukit. Kita lihat selepas pemilihan tersebut si polan yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin parti mereka sendiripun masih mendapat tempat dan dikekalkan sebagai pemimpin walaupun dibantah keras oleh Tun. Adakah sudah tidak ada orang yang lebih bersih di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin?

Begitu juga ada di kalangan bekas ‘anak buahnya’ sendiri yang cuba mengusirnya daripada umno sedikit masa dahulu. Ini menunjukkan tahap ke’segan’an pemimpin umno terhadap Tun tidaklah setinggi mana. Rakyat sudah maklum itu dan mereka lebih memahaminya.

Dari satu sudut yang lain media ( baca pencacai ) seakan ingin mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan gabungan BN secara total yang gagal mentadbir negara dengan baik setelah lebih 50 tahun hanya kepada kelemahan calon. Mereka menganggap barangkali jika calon yang mereka pilih itu ‘bersih’ maka selesailah masalah mereka dan rakyat akan berpusu-pusu ke pangkuan mereka. Mereka silap!

Barangkali Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Beliau seakan masih menganggap umno dan BN terus releven untuk memimpin negara menjadi negara maju menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Kita tentunya tertarik dengan kenyataan Samy Vellu yang mengulas kemenangannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini. “Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya”. Nampaknya hanya Samy yang berpijak di bumi nyata sedangkan komponen BN yang lain masih berculakan selera pengundi era 80-an. Zaman sudah berubah , datanglah sesiapapun menjadi calon umno/BN namun rakyat tetap akan menolak mereka secara total.

Jika Pilihanraya kecil di Bagan Pinang dibukakan seluas-luasnya ruang demokrasi dan parti yang bertanding diadukan di atas padang yang sama rata tidak mustahil calon umno bakal kehilangan deposit! Hanya kaum kerabat calon serta pencadangnya sahaja yang barangkali akan mengundi umno. Tidak timbul lagi isu peribadi atau rasuah calon yang menjadi penentu.


Read more...

Berpolitik dan dipolitikkan!

Berdasarkan apa yang dilihat umno BN telahpun memulakan kerja-kerja kempen politik mereka di Bagan Pinang. Maklumat di bawah kami petik daripada blog dun 31 Bagan Pinang yang agaknya mewakili BN umno. Apa yang menariknya ialah Nama Tan Sri Isa Samad mencuri perhatian. Apakah jawatannya dalam kerajaan yang membolehkannya merasmikan Program AADK dan Merasmikan pula penutupan bulan kemerdekaan serta khatam Quran di Dewan milik Sekolah Kerajaan. Apakah jawatan Ketua Bahagian UMNO itu menjadi tiket untuk menggunakan apa jua agensi kerajaan dan harta kerajaan? Apakah umno boleh menggunakan apa jua kemudahan yang ada dan kerajaan PR tidak!?


Menarik juga untuk melihat di mana mereka berjumpa. PD-Golf!...Hebat. Nampaknya rakyat marhaen yang tidak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Kelab Golf berpeluang pada kali ini. Pas hanya mampu bertemu di Pejabat atau Markas tapi umno hebat dengan Padang Golf!



PEMIMPIN BN BERSAMA RAKYAT DI N31 DUN BAGAN PINANG


17 Sept 2009

1)Tan Sri Isa Samad - Perasmian Program Khidmat Masyarakat AADK - Telok Kemang - 9.30 pagi

2)Tan Sri Isa Samad - Perasmian Program Khatam al-Quran dan penutup bulan kemerdekaan - Dewan Sek. Keb. Telok Kemang - 3.00 petang

3)YB Ahmad Maslan - Majlis berbuka puasa - Taman Desa Rusa - 6.30 petang .


18 Sept 2009

1)Tan Sri Isa Samad - Perjumpaan bersama jentera DUN - PD Golf - 5.00 petang.

2)Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil - Sumbangan fakir miskin - Dewan Bagan Pinang - 4.00 petang.

Read more...

Selamat Hari Raya

Setelah sebulan ditarbiyyah di Madrasah Ramadhan kini tibalah ke penghujungnya , Syawal menjelma menjanjikan kebahagian kepada setiap muslimin dan muslimat. Cuma harus diingat dalam kesibukan kita mengisi Syawal dengan penuh kegembiraan jangan lah kita terlupa kepada mereka yang serba kekurangan...


Di kesempatan yang berbahagia ini wargakerja blog PemudaMuadzam ingin mengucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri kepada ;

Seri Paduka Baginda Raja Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri - Semoga Agama dan Negara bertambah makmur di bawah pimpinan Tuanku..



Dato' Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas - Teruskanlah pimpinan yang kolektif terhadap jemaah moga Allah memberikan keberkatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam!



Ahli dan Penyokong Pas - Teruskan istikamah dalam perjuangan dan leka dengan gerakerja Parti...kerja mesti diteruskan setiap masa dan gunakanlah peluang lebaran ini untuk terus mengajak manusia kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran!



Dato' Seri Najib dan Timbalan serta barisan kabinet seisi keluarga - Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w sebagai panduan dalam mengurus-tadbir negara. Moga-moga Allah sentiasa menetapkan hambaNya di atas jalan yang lurus!




Rakyat di Bagan Pinang - Kalian bakal menghadapi ujian yang besar sedikit masa lagi. Semoga Tarbiyyah Ramadhan memberikan kekuatan dan petunjuk Parti manakah yang bakal dipangkah dalam Pilihanraya kelin nanti.




Tahanan ISA - Bersabarlah semoga Allah memberi kekuatan kepada kalian dalam menempuhi ujian yang amat besar ini...dan berdoalah semoga diberikan kemenangan Islam agar dibebaskan jiwa dan raga kalian daripada kezaliman manusia.



Seterusnya kepada seluruh muslimin-muslimat di seluruh dunia...Selamat Hari Raya. P/s Bagi budak-budak jangan sesekali main mercun! Bahaya!

Read more...

Agihan sumbangan Di Rompin , Selendang dan Di Pusat jagaan kanak-kanak Istimewa.




Read more...

Lagi Program Sekampit Beras Sekilo Gula

Agihan di Kampung Alai , Kota Bahagia dan Dong.


Hari ini Pas Kawasan Rompin melebarkan lagi program sumbangan Sekampit Beras Sekilo Gula sempena Al-Maubarak ini. Kali ini lokasi yang dipilih adalah Perkampungan tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli da Kampung Alai , Kampung Dong dan Kota Bahagia.

Sumbangan ini ditaja oleh Lujnah Kebajikan Pas Kawasan dengan kerjasama ahli dan penyokong Pas di Kawasan Rompin ini. Setiusaha Pas Kawasan menggantikan YDP Pas Kawasan yang kini menghadiri program Ihya’ Ramadhan di Kuala Lumpur mengiringi Pengerusi Lujnah Kebajikan iaitu Puan Nor Azian Abdul Aziz berserta AJK Kawasan yang lain.

Rombongan ini disambut meriah oleh penduduk di setiap kampung ini seakan meraikan Ahli Yang Berhormat yang datang bertandang. Menurut Setiausaha Pas Kawasan saudara Ramli Awang Ahmat “Selain mengagihkan sumbangan kita juga sempat mendengar rintihan penduduk tempatan yang mengadu pelbagai masalah yang sepatutnya
diselesaikan oleh seorang YB! Antaranya termasuklah jalan yang rosak , harga barangan keperluan yang mahal termasuklah YB yang jarang turun padang dan mengambil-berat masalah rakyat. Sebagai Parti yang bakal memerintah jika diizinkan tuhan kelak kita mengambil-kira permasalahan ini sebagai keutamaan dan fokus dalam mendepani masalah rakyat.”



Read more...

Kata Dulang Paku serpih

Bukti jelas orang Melayu Islam sendiri sudah muak dan jelak dengan umno. Apa kah yang ditunggu lagi oleh mereka yang masih berada di dalam bahtera ini yang nakhodanya pun tidak tahu ke mana arah tuju?...Tinggalkanlah umno.


Berebut jawatan satu kebiasaan hingga merosakkan perjuangan mereka. Mereka inikah yang kita harapkan untuk memperjuangkan agama dan negara?


Jika Ulama yang tidak pernah didakwa dan dipersoalkan kerana rasuah atau menyeleweng dalam pemerintahan siapakah pejuang Islam sebenar?...umno?


Kata dulang paku serpih...di manakah agaknya Muhyidin semasa kerajaan menafikan bantuan kepada sekolah Agama Rakyat sedikit masa dulu...


Inikah perjuangan Islam yang sebenar dan konsisten?


cadangan daripada 'Parti Islam'


..yang akhirnya inilah yang selayaknya bagi mereka!


Read more...

Pas Boleh , Bagan Pinang Boleh!

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hampir pasti. Cuma kali ini cakap dengar kebanyakan ahli forum tidak rasmi di Serambi-serambi Masjid tidak seperti yang sudah-sudah. Mereka seakan memandang berat dan musykil yang Pas dan PR mampu meneruskan penguasaan dalam setiap pilihanraya kecil seperti yang sudah-sudah.

Puncanya pengundi Pos yang dilihat terlalu ramai dan sejarah telah membuktikan kebanyakan undi dari peti undi Pos lebih menguntungkan BN berbanding PR. Ramai yang melihat Bagan Pinang bakal menyaksikan ‘kununnya’ kebangkitan UMNO Barisan Nasional.

Tapi harus diingat perkara yang mustahil satu masa dulu boleh berubah jika diizinkan Allah. Kita merancang Allah juga merancang , sedang Allahlah sebaik-baik perancang! Siapa menyangka hari ini kaum Cina dan India lebih gembira bersama Pas berbanding MCA dan MIC? Siapa juga menyangka orang Melayu yang satu masa dulu begitu takjub dengan ‘hidup melayu’ kini berubah mencari kepimpinan Ulama yang lebih bersih dari RASUAH dan PENYELEWENGAN?

Semuanya di luar jangkaan dan jangan mengalah sebelum melangkah. Tidak mustahil jika Pas menggerakkan jentera pilihanrayanya secara bijak dan tersusun kerusi Bagan Pinang bakal beralih teraju. Kebanyakan rakyat di Negeri Sembilan sudah memberikan isyarat untuk mengubah teraju di Wisma Negeri dalam PRU yang lalu. Hanya dengan sedikit lonjakan oleh kaum Melayu , Cina dan India cita-cita ini hampir menjadi kenyataan. Ini harus dipandang serius oleh PR!

Undi Pos hanya berjumlah 5 ribu dari sejumlah 14 ribu pengundi. Jangan kerana jumlah 5 ribu ini kita hilang fokus dan menafikan kekuatan pengundi yang lain. Zaman sekarang masanya rakyat membuat perubahan setelah melihat negara tidak lagi mampu diurus dengan baik oleh Barisan Nasional walaupun setelah lebih 50 tahun merdeka! Kepada petugas Pas yang bakal bertugas Bagan Pinang positifkan minda anda bersungguhlah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada perjuangan Islam!

Read more...

Sekampit Beras Sekilo Gula

Agihan Di Bukit Ibam

Hari ini sebelum berbuka sempat juga kami meneruskan satu lagi agenda yang ditakwimkan dalam diari Pas Kawasan dan Dewan-Dewan dibawahnya. Jam 6 petang Setiausaha Pas Kawasan Rompin Saudara Ramli Awang Ahmat bersama saudara Roslin Bakar AJK Pas Kawasan mengiringi Ketua Pas Cawangan Bukit Ibam Haji Pak Itam Dollah menyampaikan sedikit sumbangan berupa sekampit beras dan sekilo gula kepada sebahagian penduduk di Pekan Bukit Ibam.

Hampir 20 penerima yang dikenalpasti layak telah menerima sedikit sumbangan tanda prihatin Pas kawasan dan Cawangan ini. Menurut Saudara Ramli “ Pas amat berbesar hati dapat meringankan sedikit beban rakyat apatahlagi apabila rakyat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi ekoran harga barangan keperluan harian yang mahal ditambah pula dengan kesan rantaian akibat kenaikan harga minyak baru-baru ini.”

Bagi Haji Pak Itam selaku Ketua Cawangan Pas di sini beliau terharu dengan sambutan masyarakat kampung yang memahami dan menghargai sumbangan Pas ini walaupun dalam keadaan yang tidak seberapa.

Pak Itam gigih mengagihkan sumbangan


Terima kasih laaa Haji yee!


Macam YB!...tu baru Ketua Cawangan jer!


Ramai lagi rakyat kami yang perlukan pembelaan!


Kalau bukan kita yang mengambil berat kehidupan mereka...siapa lagi?


Laporan jinbukitridan

Read more...

Mari kembali kepada Islam dan Al-Quran!

Tok Jib dua hari yang lalu menyeru agar umat Islam memahami intipati Al-Quran agar dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif barat terhadap Islam.Betapa cantiknya seruannya itu yang mengajak manusia kembali menghayati ajaran Islam dan Al-Quran.


Barangkali apa yang beliau terlepas pandang ialah sedarkah beliau kerana mengajak manusia mengikut ajaran Rasul dan Al-Quranlah Pas pada hari ini beria-ia menentang UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya? Bukan kerana sentimen kebencian tapi kerana uslub dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikan yang dijanjikan Allah di dunia dan akhirat. Kita percaya dan yakin sepenuh hati ummah akan maju jika orang mukmin itu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya!

Apa yang perlu difikirkan Islam bukan hanya untuk peradaban dan tamadun semata-mata tapi Islam itu amat penting dijiwai oleh setiap penganutnya. Jika ummah kembali bersatu atas nama Islam berlandaskan Quran nescaya jalan ke arah munculnya tamadun Islam yang hebat dan maju terbuka luas. Sejarah telah membuktikan sejak bermula dari zaman Nabi S.A.W dan Khulafa’ Ar-Rsayidin lagi Islam bangkit memerintah 2/3 dunia.

Jika berdasarkan seruan Tok Jib ini seharusnya Pas dan UMNO sebagai komponen parti terbesar yang mewakili melayu Islam di Malaysia kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan mentadbir negara sambil menyeru sekalian rakyat agar menjadikan Islam sebagai cara hidup tanpa meninggalkan sebahagian mana-mana pun.

"Islam itu selamat dan sejahtera yang membawa keadilan serta kebaikan kepada sekalian manusia tanpa mengira bangsa dan agama."

Read more...

Pemuda di Cawangan

Hari ini Dewan Pemuda Pas Rompin dengan kerjasama Pas Cawangan Keratong 5 telah mengadakan majlis berbuka puasa di Markas Pas Cawangan Keratong 5. Selain daripada kehadiran barisan exco DPP majlis ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pas Cawanagan , YDP Pas Kawasan bersama timbalannya serta Setiausaha Pas Kawasan.

Majlis ringkas ini bermula dengan iftar Jamaie , Solat terawikh dan berakhir dengan tazkirah oleh Timbalan YDP Kawasan Saudara Mazlan Mohd Yasin.

Ustaz Nazri yang mewakili DPP mengucapkan ribuan terima kasih atas persediaan rapi pihak Pas Cawangan yang menunjukkan kerjasama mantap dalam mengisi Ramadhan Al-Mubarak ini dengan program-program berfaedah seumpama ini dalam mencari keredhaan Allah sempena bulan yang penuh kerahmatan ini.





Berbuka dan berterawikh

Yang menariknya ahli Pas Cawangan mendermakan sekampit beras masing-masing untuk disumbangkan kepada golongan fakir-miskin.


Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP