Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat!

Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, rasanya sudah lama lama pihak Pas dan Pakatan Rakyat makan hati dengan sikap kebanyakan pengamal media di negara ini yang tidak beretika.

Laporan berat sebelah menjadikan pihak PR tidak menang tangan menjawab pelbagai isu yang sengaja diselewengkan dengan berbekalkan beberapa majalah parti yang terhad edarannya. Tapi ternyata PR masih belum mengambil apa-apa pengajaran untuk sekurang-kurangnya 10 tahun kebelakangan ini apabila masih berharap media arus perdana sama ada media cetak dan elektronik meneutralkan pemberitaan mereka.

Barangkali sikap mengampu dan membodek sang penguasa lebih mulia berbanding mempamerkan pemberitaan sebenar. Jarang sekali keluar di akhbar dan televisyen berita baik berkenaan pimpinan Pas kecuali untuk provokasi dan mengadu domba.

Jika beginilah sikap pengamal media , tindakan yang dilakukan oleh MB Kedah sekurang-kurangnya menyentak `mua’ mereka dan kembali kepada etika kewartawanan yang sebenar. Selagi tidak kelihatan perubahan dalam pemberitaan mereka selagi itulah setiap penyokong PR sewajarnya menghentikan langgananbeberapa terbitan akhbar dan menonton siaran di beberapa channel yang tertentu. Tindakan ini perlu menyeluruh dan bersungguh demi mempertahankan prinsip keadilan yang sebenar!

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP