Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Edisi Khas

Pemuda Muadzam Shah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri kepada:

1) Duli Yang Mulia Raja Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong serta keluarga...semoga dengan kebijaksanaan pemerintahan Tuanku negara kita akan terus aman dan makmur serta mendapat keberkakatan Allah hendaknya.


2)Dato' Presiden Pas,Mursyidul Am dan Saf-saf kepimpinan yang lain....Dengan ucapan moga-moga tarbiyyah ramadhan sebulan yang kita lalui ini mengikhlas dan memantapkan lagi perjuangan kita dalam menegakkan agama Allah di atas mukabumi ini.


3)Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi...Selamat berAidulfitri Dato'.Dengan ucapan moga sentiasa ceria dan tenang dalam menghadapi pelbagai permasalahan yang melanda kebelakangan ini.Bersabarlah menempuhi segala dugaan.


4)Timbalan PM,Dato' Seri Najib Tun Razak...jika sebulan yang lalu kita telah ditarbiyyah oleh Allah agar menjadi hamba yang taat dan patuh maka di Aidilfitri ini eloklah kita merapatkan kembali ikatan silaturrahim mana-mana yang jauh...selamat hari raya dan tak balik Pekan ke Dato'?

5)Seluruh agensi kerajaan termasuk:

a)Polis DiRaja Malaysia-Dengan ucapan Selamat menjalankan tugas demi agama dan negara.Jalankanlah tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi agar negara kita semakin bebas dari jenayah yang kian berleluasa...Selamat Hari Raya...!Raya ni banyak speed trap nih..!


b)Angkatan Tentera Malaysia-Selamat menjaga perbatasan negara dari pencerobohan asing yang tak diundang..Walaupun disaat orang lain merayakan aidulfitri kalian terpaksa bertugas namun itulah bukti sumbangan kita kepada agama dan negara...jangan sedih plak abg skot yer!

Dan lain-lain pihak yang tidak sempat kami sertakan di sini...
Pemuda Muadazm shah dikesempatan ini juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidulfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana jua anda berada.


*Pandu cermat semasa di jalanraya..!

Read more...

Islam tidak cenderung kepada Assobiyah

Semalam saya sempat pergi mendengar tazkirah di surau.Bagus benor tazkirahnya yang antara intipatinya mengingatkan muslimin dan muslimat agar taat kepada Allah dalam segala hal."Tidak boleh mengambil sebahagian daripada Islam(Al_Quran) dan meninggalkan sebahagian yang lain,kita mesti Islam seluruhnya termasuk ekonomi,sosial,politik dan sebagainya..."...gitulah kata ustaz semalam.

"Orang Islam mestilah mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan tidak boleh mengambil panduan lain selain Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W"sambungnya lagi.

Dalam bab bersatu ustaz itu mengingatkan bahawa" bersatu mestilah kerana Islam dan bukan kerana bangsa atau keturunan.Mengambil Yahudi seperti yang dirakam dalam quran sebagai contoh golongan yang memperjuangkan bangsa mereka.Mereka tidak redho kepada bangsa-bangsa lain dan menganggap merekalah bangsa istemewa.

Yahudi juga tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. kerana bukan lahir dikalangan bangsa mereka sedangkan sebelum ini Allah telah membangkitkan ramai nabi di kalangan bangsa Yahudi tapi didustakan malah ada yang dibunuh oleh bangsa Yahudi sendiri.

Perjuangan semangat bangsa hingga menyokong membuta tuli walaupun kepada perkara mungkar itu assobiyah.Dan Nabi s.a.w mengingatkan bahawa tidaklah Assobiyah itu dari kalangannya!"

Betapa umat Islam sekarang kadang-kadang lupa untuk menilai semula segala amal perbuatan mereka hingga sesetengahnya tergelincir akidahnya tanpa disedari.Maka eloklah kiranya kita menjadikan malam-malam penghujung ramadhan ini sebagai detik untuk kita bermuhasabah diri kepada Allah.Moga masih ada kesempatan untuk kita bertaubat dan menginsafi diri.Allah Akbar!


by jinbukitridan

Read more...

Naik banyak turun sikit!

Akhirnya minyak turun juga.Walaupun sepuluh sen atau satu sen ia tetap turun!Inilah langkah 'bijak' kerajaan dalam mengurangkan beban kehidupan rakyat dan ancaman inflasi yang tinggi.Ramai orang kampung agaknya runsing memikirkan kaedah penetapan harga minyak ini.Mana tidaknya semasa harga minyak dunia mahal daripada sekarang naik lebih 70 sen tapi sekarang harga minyak dunia murah daripada dulu turun 25 sen?

Nampaknya kerajaan BN tidaklah secekap mana dalam menguruskan ekonomi mereka hanya pandai menidakkan kepandaian orang lain memerintah!.."Pas tak boleh memerintah nanti negara mundur, rakyat susah dan macam-macam lagi ..."tapi sekarang yang jelas merekalah yang tidak cekap dan menyusahkan rakyat.

Dengan harga barang yang mahal sejauh manakah penurunan 10 sen ini meringankan beban rakyat?.Harga barang yang naik akibat kesan kenaikan harga minyak tempohari juga belum tentu dapat diturunkan.Apatah lagi kini menjelang pula Aidilfitri yang mahu tidak mahu kebanyakan rakyat terpaksa berbelanja untuk menyambutnya.

Tidak perlulah lagi menasihatkan rakyat agar berjimat-cermat dalam berbelanja kerana memang sudah tidak banyak wang yang boleh dibelanjakan.Terpaksalah rakyat makan hati berulam jantung dengan percaturan ekonomi yang tidak bijak ini.

Read more...

No more miracle for Najib!

Jika di awal peralihan kuasa antara Tun dan Pak Lah dahulu Pak Lah hadir dengan imej yang baik sebagai 'mr clean' tapi resume yang sama barangkali mungkin sukar bagi Najib.Najib hadir ke kerusi PM tanpa membawa sebarang gambaran cemerlang seperti Pak Lah yang boleh menarik sokongan rakyat kepadanya.

Tidak ada track record yang cemerlang bagi menyokong usahanya menjadi PM.Mungkin barangkali dengan pertukaran portfolio ini peluang Najib untuk mencipta imej yang cemerlang di mata rakyat akan menjadi kenyataan.

Hakikatnya, ketokohannya sebagai pemimpin belum terserlah walaupun telah sekian lama dalam kabinet.Barangkali beliau jika menjadi PM hanya akan meneruskan kesinambungan dasar dan pendekatan pemimpin yang terdahulu.Tiada idea baru.

Beliaupun pernah menang dengan hanya lebih 200 undi di Pekan satu masa dahulu mencerminkan pengaruhnya di Pekan tidaklah sehebat mana jika dipadankan dengan peranannya sebagai timbalan presiden UMNO dan timbalan perdana menteri.

Adakah Najib bakal membaiki UMNO dan menarik kembali sokongan rakat kepada BN?No..not this time!Ubat ajaib zaman peralihan Pak Lah dan Tun sudah tidak ada.BN kini terlalu parah untuk dipulihkan oleh seorang pemimpin yang tidak berketokohan.

Jika kerajaan Othmaniyyah yang bertahan ratusan tahun berakhir di Turki di abad yang lalu maka di abad millenium ini kita bakal menyaksikan satu lagi kejatuhan.Tapi yang ini di tolak rakyat.Sebarang usaha untuk menyelamat hanya sekadar tikus membaiki labu sahaja.Wallahu alam!

Read more...

Program di kawasan


Hari ini 20 hb ada majlis penyampaian sumbangan untuk ibu-ibu tunggal,orang miskin dan anak-anak yatim di keratong 3(DUN IBAM) dan di Janglau(DUN TIOMAN).Saya yang agak kesibukan dan keletihan tadi tidak sempat mengikuti rombongan S/U Kawasan ke Janglau sebagai tetamu ke majlis yang bermula jam 5 petang itu.

Program ini anjuran cawangan-cawangan yang terlibat yang mengambil sedikit inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang susah di kawasan Rompin ini.Di cawangan lain ada yang sudah melaksanakannya dan ada yang belum.Inilah yang serba sedikit yang termampu kami lakukan.Walaupun dengan segala kekurangan dan Pas belum menguasai sebarang DUN mahupun Parlimen di Rompin namun kerja-kerja kebajikan sebegini menjadi rutin agar kesusahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Esok (21 september) program sehari suntuk akan di adakan di Muadzam Shah.Bermula jam 9 pagi,muslimat Pas Kawasan Rompin akan mengagihkan sumbangan dan kuih Raya di Hospital dan sekitar Muadzam.

Sebelah petangnya pula akan diadakan majlis khatam Quran di markas Pas Desa Teratai bagi muslimat(juga anjuran muslimat kawasan).

Selepas Asar insyaAllah kerja-kerja untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi seluruh ahli dan penyokong serta orang ramai di kawasan Rompin akan dilakukan juga di Markas Desa Teratai.

6 petang-majlis tahlil ringkas dan tazkirah bakal mengisi masa sementara menunggu waktu berbuka.


InsyaAllah saya akan menyiarkan serba sedikit cerita berkenaan program besok pada malamnya...Selamat berpuasa!

Read more...

Pak Lah atau Najib Masalah tetap sama.

Percaturan terbaru PM dengan merombak portfolio beliau dan timbalannya dilihat tidak membawa apa-apa perubahan kepada ekonomi dan politik negara.Barang tetap mahal,minyak tetap mahal,cuma BN yang hampir jatuh.Aktiviti pelabur juga difahamkan tidak serancak mana kerana pelabur masih menunggu sebarang perkembangan politik dalam negara.

Peralihan ini ramai berpendapat hanya tindakan untuk meredakan keadaan dalam kem UMNO yang kian hangat mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan.Apakah UMNO akan bertambah baik dengan perubahan pimpinan?Tidak!..Bukanlah faktor siapa pemimpin sahaja yang membawa kemerosotan sokongan orang melayu terhadap UMNO tapi disebabkan kegagalan UMNO sendiri yang telah sekian lama menjadi tulang belakang kerajaan gagal dalam membela nasib orang melayu yang masih jauh ketinggalan.

Mereka lebih sibuk berpolitik sesama mereka hingga agenda untuk membangunkan bangsa dan agama terpinggir.Orang melayu kini mencari alternatif lain yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan umat dan negara.Ini adalah proses biasa dalam demokrasi.Apabila sesebuah parti yang sudah mula lari dari perjuangannya maka pendokongnya akan beralih kepada parti lain yang lebih relevan dan membela nasib mereka.

Walaupun kesedaran politik di kalangan orang melayu agak lewat namun petanda positif akhir-akhir ini menunjukkan perubahan ke arah itu sedang berlaku.Golongan muda tidak lagi menjadikan parti lain selain UMNO sebagai asing dan hanya membawa perpecahan.Sebaliknya merekalah majoriti yang menggerakkan seluruh jentera parti-parti pembangkang di Malaysia kini.Ini perkembangan yang sihat dalam usaha mengujudkan sebuah negara yang maju seiring dengan iklim politik yang semakin matang.

Ramai juga berpendapat zaman kegemilangan UMNO sudah mula berakhir.Dengan mesej bukan orang melayu yang berpecah-belah tapi mereka beramai-ramai beransur meninggalkan UMNO.Pas yang menawarkan `pakej' menarik merangkumi kebajikan seluruh bangsa dan agama di lihat mendapat faedah terbesar daripada senario ini.

Sesebuah parti barangkali boleh berganti walau seribu pemimpin tapi parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan agama hanya satu!

.

Read more...

Rabu 17 Ramadhan

Hari ini kat markas kami ada majlis tahlil dan berbuka puasa.Tadi penulis sempat jugak menjengah ke sana melihat orang kuat kami Tok Ki Jab dengan rakan-rakan membuat persiapan.Kebetulan ada hamba Allah menginfakkan sedikit sumbangan agar Pas mengadakan majlis tahlil dan berbuka puasa hari ni.Nanti 21 hb Pas Kawasan pulak akan mengadakan Majlis berbuka Puasa bagi peringkat kawasan Rompin di Markas Pas Desa Teratai.Semua ahli di jemput hadir tu.

Gini la gaya duduk berjemaah dalam pas..inilah hiburan dan keseronokan yang barangkali sukar di fahami oleh mereka yang tidak terlibat.Gotong-royong dan mengumpul sumbangan sesama sendiri itu sudah lumrah.Masing-masing tidak berkira apabila tenaga dan harta apabila ingin membuat sesuatu program.

Usrah dan kuliah menu utama perjuangan ini.Tok-tok Guru selalu berpesan jika ingin berdakwah kepada orang lain maka sahsiah diri dan ilmu mesti sentiasa di baiki.Guru untuk mengajar tidak menjadi masalah ramai sangat yang ada cuma kadang-kadang masa pulak yang tak cukup!

Kami warga kerja Blog Pemuda Muadzam mengucapkan selamat berpuasa pada sekalian penduduk di Malaysia amnya Rompin khususnya.

Read more...

Ziarah Ramadhan

16 Ramadhan.
Kami baru saja balik dari menziarahi seorang sahabat unit amal yang ditimpa kemalangan minggu lalu.Sebaik sahaja selepas berbuka tadi saya,bendahari,politik dan s/u kawasan bergegas ke Keratong sebagaimana yang dijadualkan semalam lagi.Hujan lebat sangat hingga garisan pembahagi jalan yang kian pudar itu hampir tidak kelihatan.Nasib baik bendahari memandu dengan cekap dan cermat..agaknya dah sampai masa JKR membaharui garisan pembahagi jalan di kawasan rompin ni.

Sempat jugak berjemaah dan terawih bersama YDP us Shukri di Keratong.Us yang kemudiannya memberi tazkirah ringkas sekali lagi mengingatkan perjuangan Islam ini memerlukan pengorbanan yang besar daripada ahli dan petugas parti.Bantuan Material dan wang ringgit amatlah di alu-alukan lebih-lebih lagi kita sudah hampir ke hari Raya dan ramai orang miskin yang memerlukan sumbangan.

Siap terawih KP pun sampai dan kami bertolak ke rumah sahabat itu.Alhamdulillah walaupun dalam keadaan bertongkat beliau masih betah menyambut kedatangan kami yang lebih 10 orang itu.Sahabat itu kemalangan motosikal baru-baru ini dan sahabat karibnya yang menunggang motosikal(juga ahli Unit Amal) meninggal dunia di tempat kejadian.

Itulah serba-sedikit yang kami mampu lakukan bagi berkongsi kesusahan sahabat dan keluarga yang di timpa musibah ini.Inilah masanya semangat ukhwah dan silaturrahim di kalangan kita mengambil tempat.Bukan harta benda yang diharapkan cuma cukuplah dengan rasa simpati dan ambil berat di kalangan kita moga-moga boleh merapatkan lagi jemaah.Wallahualam.

Read more...

Zaid Ibrahim mempertahankan prinsip!

Bagai yang dikata akhirnya Zaid Ibrahim seorang menteri kanan kabinet Pak Lah mengotakan janjinya meletakkan jawatannya hari ini.Surat perletakan jawatannya telahpun diserahkan kepada PM tengahari tadi.Jika selama ini saya tidak bersetuju dengan banyak tindakannya tapi kali ini beliau di pihak yang benar kerana mempertahankan maruah negara dan rakyat.ISA yang menjadi sebab perletakan jawatannya telah memenjarakan seorang tokoh politik dan blogger baru-baru ini.

Tahniah! Dato'.Bukan kerana kehilangan jawatan dan gaji yang besar tapi kerana berjaya mempertahankan prinsip yang benar.Bukan semua orang sanggup berkorban pangkat dan kedudukan.Yang pasti kali ini beliau berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan BN yang tidak semua tindakan mereka betul dan disenangi walaupun dari kalangan mereka sendiri.

Mufti Perlis,Dr Asri juga menyatakan pendapatnya yang kurang bersetuju dengan penggunaan ISA dalam isu agama."Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis."Katanya.

Bersyukur kita kepada Allah yang masih ada di kalangan pemimpin yang berani mengatakan `tidak' kepada pimpinan tertinggi negara.Jika di nilai dari sudut positif inilah ruang dan masanya kita membuat perubahan demi kesejahteraan rakyat dan kebaikan negara.

Read more...

16 september

Hari ini sudah 15 september,sesiapapun di Malaysia sekarang tidak boleh lari dari isu peralihan kerajaan yang diwar-warkan pada esok hari.Masing-masing menunggu dengan penuh debar sambil beranggapan jadi atau tidak!

Inilah satu-satunya isu mutakhir ini yang melibatkan seluruh rakyat jelata membincangkannya.Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri.Dato' Seri Anwar semestinya menjadi sorotan lensa media sekarang seolah-olah beliaulah pemain utama politik negara...dan sememangnya itulah yang terjadi.Popularitinya berada di tahap terbaik mengatasi tokoh BN sendiri.

Bagi saya tidaklah mengharap sangat sesuatu yang sukar ini berlaku,namun ianya tidak pula mustahil dengan izin Allah.Itulah yang menjadikan kita mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat.Andai sudah tertulis dalam ilmu Allah berlakunya perubahan datanglah satu dunia pun yang mencegahnya namun jika jadi kata Allah,maka jadilah ia begitulah juga sebaliknya.

Yang paling tension sekarang?Sudah tentu golongan yang tidak mahu perubahan.Jika pemimpin sudah tentulah mereka betah mempertahankan kuasanya dan jika orang biasa barangkali mereka tidak cukup yakin dengan kebolehan Pakatan Rakyat memerintah.Namun gambaran dari lima negeri yang ditadbir PR,nyatalah mitos hanya BN yang mampu memerintah hanyalah khayalan semata-mata.

Cuma apa yang penting bagi kita seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan janganlah isu peralihan ini mencetuskan keadaan yang tidak selamat dalam negara sama ada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan BN sendiri.Juga,jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan membuat provokasi yang merugikan rakyat dan negara.Jadikan Allah dan Rasul ,iman dan takwa sebagai panduan dalam setiap perbuatan lebih-lebih lagi kita berada di bulan yang penuh kerahmatan ini.Semoga negara dan rakyat akan terus aman damai tanpa ada unsur-unsur yang boleh menggugat perpaduan di kalangan kita.

jinbukitridan

Read more...

Politeknik yang tak siap-siap!


Muadzam Shah-Politeknik yang telah sekian tahun pembinaannya masih belum juga siap hingga ke hari ini.Tinjauan terbaru penulis berdekatan tapak pembinaan mendapati kebanyakan bangunan yang telah dibuat masih belum siap sepenuhnya.Hanya pengawal keselamatan yang kelihatan bertugas menjaga tapak yang telah menelan jutaan ringgit ini.

Masalah ini dahulu pernah kami dedahkan selepas PRU yang lalu tapi kini keadaannya bertambah buruk apabila tapak projek ini sekarang lengang tanpa ada apa-apa aktiviti pembinaan.Tidak kelihatan pekerja-pekerja atau jentera yang bekerja.Barangkali jika projek ini berlaku di Selangor atau kelantan maka cepat-cepat media membuat pendedahan.









Persoalannya mengapakah projek ini terhenti begitu sahaja tanpa sempat disiapkan?Sejauh manakah wang rakyat yang dibelanjakan digunakan sebaik-baiknya tanpa ada pembaziran? Siapakah yang harus dipersalahkan apabila berlaku keadaan sebegini dan berapa banyakkah lagi wang rakyat perlu diperuntukkan bagi menyiapkan projek sebegini.?

Read more...

Tazkirah Tok Guru buat UMNO!

Mursyidul Am Pas,tok Guru Nik Aziz terus membuat `serangan' yang berbisa ke atas team UMNO.Jika dalam bolasepak tok guru barangkali akan bermain di posisi striker yang sentiasa menggelabahkan kubu pertahanan lawan.Walaupun tok guru kelihatan sentiasa tenang dan relaks namun itulah yang membuatkan UMNO gusar kerana tidak tahu daripada arah manakah serangan akan dilakukan.

Kata tok guru UMNO kalau tak boleh berpijak di bumi nyata pergilah lari ke bukit.Hu..hu..kesian nya UMNO!Mereka selagi boleh ingin menyelewengkan fakta agar Pas dan PR ini sentiasa dilihat tidak betul oleh rakyat(politik lama mereka).Kepala rakyat kalau boleh biar disumbat padat dengan maklumat serong berkaitan pembangkang dan BN lah yang jadi hero nya!

BN mutakhir ini cuba menyembunyikan busuk dalam selimut mereka dengan mereka-reka buruk orang lain.(Itu yang tok guru marah tuh)Corak dan teknik politik mereka masih tidak berubah.Media diperkudakan,rakyat diperbodohkan!.

"UMNO tidak boleh hidup tanpa mencemari Islam dan demokrasi.." kata tok guru.Eh ye ke? Itu Islam hadhari yang di palu sebagai Islam yang maju dan membangun camne?Siap buat perkampungan lagi demi menunjukkan mereka juga mahu Islam.Musykil!


`serangan' tok guru ini bukanlah sebagai musuh yang perlu dihapuskan tapi sebagai tazkirah sesama insan!Untuk memperbetulkan golongan yang mereka fikir mereka betul.Tazkirah ni pulak datang dengan pelbagai cara.Kalau cara lunak merdu langsung tak dipedulikan maka sedikit sebanyak kena marah dan perli jugak.Mana tahu kalau dengan cara ini mereka mula melatah dan sedar.Si pendengar tazkirah begini tak layak memilih cara mana mereka nak dengar.!

Read more...

Perjalanan sang pejuang!

Hari ini ustaz yang telah seminggu bersama kami di sini telah kembali ke kampung halamannya di Kedah.Besar harapan kami agar Allah memudahkan perjalanannya pulang ke pangkuan keluarga.

Beliau hadir sebagai tetamu kepada majlis-majlis tazkirah sempena Ramadhan yang mulia.Seorang guru di Sekolah Pondok Hilir Sik dan memohon kepada sesiapa yang berminat untuk mewakafkan sebahagian daripada harta mereka atau wang ringgit bagi membantu urusan pengurusan dan penambah-baikkan pra-sarana pondoknya.

boleh hubungi beliau sendiri di talian 013-4884814(us ismail)

dan,

lawati blog beliau di ibnumahmud

Inilah sedikit sumbangan daripada kami untuk membantu golongan yang ingin berjihad di jalan Allah.

Read more...

Mukaddimah

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Salawat dan salam atas junjungan besar Muhammad s.a.w pembawa rahmat sekalian alam..

Buat sahabat dan rakan blogger yang lain...kali ini kami Pemudamuadzam diuji pula dengan ujian yang agak berat bagi kami apabila blog kesayangan kami (pemuda muadzam) dikunci oleh pihak penguasa alam maya.Mengikut sahabat yang telah berpengalaman luas dengan IT masalah ini adalah perkara biasa dan disebabkan itulah kita harus membuat `pendua' sebagai standby kepada blog kita.

Pun begitu masalah sekecil ini bukanlah halangan yang boleh membantutkan matlamat kami untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab kepada ummah dan negara.Sebagai penyambung kepada jalan yang hampir terputus inilah kami persembahkan blog baru kami di pemudamuadzamshah.blogspot.com .

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP