Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Bukan UMNO yang takutkan PAS?

Masih ada suara-suara sumbang yang cuba memancing simpati untuk mendapatkan keuntungan politik. Mengapa UMNO begitu beria-ia untuk berbaik-baik dengan Pas? Adakah kerana melayu? Atau adakah kerana Islam? Jika kerana melayu siapakah yang menafikan pemberian royalti minyak kepada negeri Kelantan ( dulu Terengganu ) yang majoritinya orang melayu? Dan siapa pulakah yang merobohkan petempatan orang miskin melayu di Kampung Baru Plentong di Johor?Siapakah yang menafikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat satu masa dulu?

‘Sekarang mereka pula yang cuba memegang watak stereotype mereka sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan sejarah telah membuktikan kegagalan mereka.’

“ PR tolak kerajaan perpaduan kerana takutkan Anwar”…Sinar 24 jun. Kenyataan itu pula datangnya daripada seorang yang pernah dikenakan tindakan oleh lembaga disiplin mereka sendiri kerana kesalahan RASUAH ( atau lebih manis, politik wang seperti selsema babi yang lebih 'manis' digelar H1N1!? )

Apa yang pastinya sekarang Pas berada dalam keadaan yang amat selesa dalam sejarah politiknya! Umpama si Anak gadis yang cantik wajahnya dan elok perangainya…ramailah yang tergila-gilakannya sehingga lelaki berwajah musang berbulu ayampun ingin mendekatinya!



Read more...

Pemimpin juga perlu Wala’

Isu kerajaan Perpaduan semakin hangat walaupun sepatutnya sudah berakhir atau ditangguhkan. Kita tidak hairan jika hanya Najib dan geng-geng UMNO sahaja yang masih cuba untuk memancing Pas dan Pakatan Rakyat untuk terus berbicaranya. Biarkanlah mereka dan mereka tidak tertakluk kepada disiplin berjemaah Pas kerana mereka bukan ahli ataupun pimpinan Pas.

Sebagaimana yang diingatkan oleh Dato’ Mustafa Ali selaku Pengarah Pilihanraya Pas beliau mengingatkan ahli ( atau lebih tepat kepada pimpinan utama Pas ) agar isu bekerjasama dengan UMNO dan BN tidak perlu dihebohkan terutamanya menjelang pilihan raya kecil di Manik Urai. Berdasarkan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihanraya sudah tentu beliau mempunyai alasan yang tertentu berkenaan ‘ saranan’ itu.

Kita di dalam jemaah Islam yang mewajibkan para anggotanya wala’ dan patuh kepada setiap arahan pimpinan selagi tidak kepada perkara maksiat dan mungkar!. Dan apa yang dicadangkan oleh Dato’ Mustafa ini wajarlah dituruti oleh seluruh ahli di Cawangan hinggalah ke seluruh pimpinan di peringkat tertinggi parti. Keutamaan kita sekarang ialah mengekalkan kemenangan di Manik Urai kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada perjuangan Pas. Justeru tidak salah kiranya berdasarkan kepada keadaan ini setiap pimpinan yang terlibat dengan isu Kerajaan Perpaduan ini menutup mulut seketika demi memberi laluan yang selesa untuk Pilihanraya Kecil.

Ada benarnya tindakan Dato’ Mustafa ini kerana jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh Pas maka kesannya akan terlihat di Manik Urai. Oleh itu kita sekali lagi mengharapkan semua pimpinan utama menghormati adab berjemaah dan wala’ kepada arahan pimpinan walaupun pimpinan itu lebih rendah kedudukannya dalam organisasi berbanding kita!

Read more...

Jadilah juga pemimpin yang bersabar!

Datin Seri Rosmah Mansur mengatakan Dato' Seri Najib seorang suami yang baik dan penyabar. Siapa lagi yang lebih mengenali suaminya jika tidak isterinya!? Justeru itu kita mengharapkan sedikit perhatian daripada pemimpin yang baik ini.

Antaranya :


A) Mengembalikan semula pembelajaran sains dan matematik ke dalam Bahasa Melayu demi untuk kegemilangan bangsa Malaysia pada masa hadapan apatahlagi Bahasa Melayu lebih difahami oleh majoriti rakyat tanpa mengira kaum.


B) Membebaskan tahanan ISA yang telah sekian lama terpisah daripada keluarga dan mengecap kebebasan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka ataupun membawa mereka ke pengadilan di mahkamah jika ada bukti mereka bersalah.

Read more...

Seusai muktamar

Memilih sudah berdebatpun sudah.Apa-apa jua kemusykilan yang terpahat dibenak para perwakilan sepanjang setahun ke belakang telahpun jelas patutnya.Inilah indahnya bermuktamar dengan penuh rasa tanggung-jawab dan sayangkan parti serta perjuangan Islam.Jika parti lain seusai Pemilihan Agong maka bertebaranlah umpat-mengumpat , adu-domba, merajuk hati mahupun lari daripada perjuangan.

Itulah ghalibnya dan itulah selalunya…tapi fenomena itu tidak berlaku dalam Pas baik di alam nyata mahupun sembunyi-sembunyi.Itulah kesannya tarbiyyah yang diberikan oleh pimpinan dan para da’I untuk penggerak kepada perjuangan. Bagi orang luar jangan dipelik jangan dihairan dengan keistemewaan yang ada pada Pas ini. Jika kalian juga sanggup menerima Islam sebagai asas perjuangan dan akhirat sebagai tujuan untuk hidup maka kalian juga bisa merasai nikmat perjuangan ini.

Praktisnya?


Seribu idea dan lontaran yang dilemparkan oleh para perwakilan. Ada yang menjurus kepada untuk memperbaiki kelemahan dan ada jua saranan untuk penambah-baikkan perjalanan organisasi. Inilah yang kita harapkan daripada semua kalangan ahli.Jika Pas boleh mengeksperimenkan segala resolusi dan cadangan yang bernas ( semestinya yang berbetulan dengan dasar parti ) tidak mustahil sedikit masa lagi Pas lah yang akan mengungguli persada politik tanah air. Jika sekarangpun kita sudah diterima oleh kebanyakan rakyat hanya sedikit lonjakan yang bijak boleh menguburkan terus politik UMNO dan Barisan Nasional!.
Apa yang menjadi persoalan hangat selepas ini adalah sejauh manakah barisan kepimpinan yang baru dan para ahli berpadu tenaga bagi menjayakan segala keputusan dan kehendak muktamar? Adakah ianya bakal tinggal sebagai penyedap bicara ataupun terpinggir begitu sahaja. Apakah penyakit lama orang kita seperti suka bertangguh , tidak bersungguh dan mudah putus asa akan menghinggapi barisan kepimpinan baru Pas dan ahlinya? Sama-samalah kita lihat untuk setahun ke hadapan. Resepi yang baik jika tidak dimasak dengan sepenuh hati tidak akan terasa kelazatannya.

Tahniah

Kami daripada ahli diperingkat akar umbi megucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang dilantik ke jawatan yang tertentu. Perlu diingat jawatan ini bukan satu kelebihan atau keistemewaan sebaliknya akan dipersoal oleh ahli jika leka apatah lagi akan dipersoal oleh Allah di Padang Mahsyar kelak. Bagi mereka yang tewas atau tidak terpilih redho lah dengan kehendak Allah yang belum ingin menguji kalian dengan ujian yang lebih besar. Jauhkan dengan memberi kenyataan umum jika ada yang terbuku di dada kerana ianya akan menyuburkan fitnah kepada jemaah. Barangkali sedikit kepahitan itu lah yang menjadi penawar dalam kehidupan. Sekian.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP