Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Tok guru yakin Pas menang…InsyaAllah!

Semangat orang lama itulah yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas apabila menzahirkan keyakinannya terhadap kebarangkalian Pas boleh memenangi kerusi rebutan di Parlimen Kuala Terengganu.Inilah semangat pejuang yang tidak kenal erti putus asa dan tidak prejudis.

Di saat Pas bakal menghadapi ujian yang agak getir dengan pertarungan yang dijangka sengit beliau sentiasa saja berpandangan positif.Inilah semangat yang perlu diteladani oleh anak-anak muda Pas dan petugas parti.Usaha dan ikhtiar itu perlu seratus-peratus sementara menang atau tewas itu sudah lumrah ujian Ilahi.

Dijangkakan para petugas pilihanraya daripada kedua-dua parti(PR dan BN) akan mula membanjiri Kuala Terengganu sedari awal Januari lagi.Di ramalkan juga rakyat Terengganu bakal mendapat durian runtuh seperti ditempat-tempat yang pernah menghadapi pilihanraya kecil dahulu.Baik daripada untung mereka berniaga semasa pilihanraya mahupun projek-projek segera yang bakal diumumkan nanti.(kenape…tak percaye?)

Pas yang sudah matang dengan permainan politik pilihanraya kecil tidak tertekan sama-sekali dengan taktik-taktik usang yang bakal dipersembahkan lawan.Bagilah jalanraya bertar sampai ke depan pintu atau atap zink dua tiga keping bagi menggantikan atap bocor namun `kecelikan’ mata rakyat terhadap kelemahan kerajaan BN tetap menjadi penentu.Kita yakin rakyat lebih bijak menilai yang mana intan yang mana kaca!

Kepada Pas negeri Terengganu tahniah kami ucapkan kerana mendapat peluang kedua untuk menambat hati rakyat di Kuala Terengganu khususnya.Jika kita mempunyai gerakerja yang mantap dan tersusun tidak mustahil kerusi ini bakal menjadi milik kita.Perkuatkan semangat dan ukhwah sesama da’i dan susunlah para petugas yang bakal datang dari luar Terengganu sebaik mungkin…kita tidak ingin seperti yang lepas-lepas di Pilihanraya kecil para petugas luar lebih banyak `makan angin’ kerana tidak diberikan tugasan yang tersusun!.

Read more...

Kami dengar dan kami taat.

Penentuan calon Pas yang akan bertanding kerusi P36 Kuala Terengganu masih menjadi tanda tanya bagi kebanyakan kita ahli Pas.Telah terdengar desas-desus bahawa si polan-si polan yang akan bertanding tapi masih belum muktamad selagi Pas Pusat belum membuat keputusan.

Sebenarnya media lebih banyak membuat spekulasi berbanding kebenaran dengan sebab yang tertentu.Barangkali akan ada pihak yang akan cuba melagakan segelintir ahli Pas agar bertelagah sesama sendiri berkenaan calon yang akan diputuskan.Mereka menyangka ahli Pas akan cepat melatah melakukan protes kononnya...mereka silap!

Ahli Pas telah ditarbiyyah dengan semangat perjuangan Islam yang suci dan jiwa mereka lebih cintakan kemenangan Islam berbanding kemenangan kelompok atau individu tertentu.


Bagi kami bang Mat Sabu atau anak tempatan namun jika itu yang diputuskan oleh pimpinan maka itulah keputusannya.Tidak perlulah kita di kalangan ahli sendiri mempertikaikan keputusan itu kerana kadang-kadang kepimpinan atasan(* Yang takut pada Allah dan hari Akhirah) lebih mengetahui strategi dan percaturannya.

Jangan pula dibukakan ruang untuk musuh Islam menyelinap masuk ke hati kita dan berhasad dengki.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan pertolongan kepada perjuangan yang suci ini...!

Read more...

Kasut untuk Job Bus!



Gempar memang gempar!... apabila masih ada manusia yang berani terang-terangan
memprotes kesombongan George Bush dengan adegan yang spontan.Peristiwa Job Bus(lebih senang dieja) dibaling kasut sewaktu satu sidang medianya dapat dilihat di media seluruh dunia.

Barangkali wartawan itu sudah tidak dapat menahan amarahnya dengan kerja-tangan Bus yang sentiasa berlagak seolah dialah yang mentadbir dunia ini.Selama ini Amerika bebas menuduh mana-mana negara yang tidak sehaluan dengannya sebagai terroris dan wajar dihapuskan,dan merekalah yang contoh teladan yang perlu diikuti.Begitu juga dilabelkan sebahagian umat Islam yang mempertahankan tanah air mereka seperti di Palestin sebagai ganas dan kononnya Israel lah mangsanya.

Kita tidak anti-barat mahupun Amerika tapi jika tindak tanduk mereka sentiasa menekan negara-negara mundur dan membangun yang lain apakah ertinya kedaulatan negara itu.Setiap langkah perlu mendapat restu Amerika dan sekutunya seolah negara lain di dunia ini jauh dari peradaban dan mereka penunjuk-jalannya.

Negara lain tidak boleh lebih baik daripada mereka kerana mereka perasan sendiri merekalah yang terbaik,terhebat,terkuat dan sebagainya.

Barangkali dengan `protes si wartawan' itu Bus akan memikirkan semula segala tindak-tanduknya yang selama ini yang menekan negara dan bangsa lain hingga ada yang sudah tidak tertahan lagi dan langsung memprotesnya....Itupun jika beliau orang yang memikir dan berani mengaku kesilapannya.

Read more...

Kerana ada pangkat!?

Muhyidin Yasin menyarankan supaya langkah yang lebih proaktif diambil bagi menyediakan tempat tinggal mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Dicadangkannya agar mangsa-mangsa ini ditempatkan di hotel dan tempat lain yang lebih sesuai supaya mangsa tidak perlu berfikir untuk mencari tempat tinggal sementara dengan kos ditanggung oleh kerajaan.Mungkin mereka yang terdiri daripada orang-orang elit yang bergelar Dato’ berada disekelilingnya menyebabkannya tergamak mencadangkan idea yang sebegini.

Pada dasarnya kita sememang bersetuju supaya bantuan dapat diberikan kepada mangsa tanah runtuh ini, namun apa yang disarankan oleh Muhyidin merupakan sikap double standart pemimpin BN terhadap mangsa bencana alam. Laporan media juga telah memaparkan bagaimana ada hotel yang sanggup sponser makanan kepada mangsa dan petugas.

Adakah situasi ini juga ditawarkan kepada mangsa seandainya banjir berlaku di Bukit Ibam?

Adakah mereka yang terdiri daripada golongan elit dan pertengahan tidak betah tinggal sementara di Surau-surau,Balairaya,Sekolah dan sebagainya seperti yang kebiasaan dilakukan kepada mangsa-mangsa bencana alam yang lain? Atau mereka ini tidak memerlukan petempatan sementara kerana barangkali kebanyakan mereka mempunyai lebih daripada sebiji rumah?Surau,masjid atau sekolah tidak ada katil dengan tilam empuk untuk mereka beradu,tambahan pula dengan suasana riuh rendah tawa hilai kanak-kanak, membuatkan mereka barangkali akan merasai ketidakselesaanya merasai susah payah kehidupan seorang miskin yang tidur beralaskan mengkuang dan makan sekadar apa yang ada.

Ada juga kedengaran suara-suara yang mengatakan oleh kerana mereka membayar cukai yang banyak kepada kerajaan maka mereka harus dilayan dengan baik. Persoalannya, bila mana sesaorang itu membayar cukai yang banyak kepada Negara maka layaklah mereka dilayan dengan baik seperti menyediakan hotel sebagai penginapan, penyediaan makanan pula oleh catering dari hotel dan dijauhkan dari merasai detik-detik kesukaran sebagaimana manusia yang lain?

Nampak sangat sikap double standart kerajaan terhadap orang yang mempunyai gelaran, yang ada pangkat dengan petani , pekebun, peneroka dan nelayan yang masing-masing juga sekarang sedang berhadapan dengan situasi banjir yang memerlukan perpindahan, tempat tinggal, mengapa tidak terfikir untuk menempatkan mereka di hotel dan menyediakan makanan yang bertaraf hotel.

Apakah petani , nelayan tidak menyumbang kepada pembangunan negara? Padahal mereka juga membayar cukai kepada kerajaan, walaupun jumlah cukai yang sedikit dibayar oleh petani tetapi jumlah mereka ramai, mungkin cukai yang dikutip dari mereka melebihi dari cukai yang dibayar oleh beberapa orang yang cuba dilayan dengan baik sebagaimana saranan Muhyidin.

Muhyidin mantan menteri Pertanian mungkin lebih arif tentang kehidupan dan masalah yang dihadapi petani, penternak, peneroka dan nelayan… dan janganlah pula bila dan bertukar kementerian telah melupai masyarakat bawahan yang berpendapatan rendah yang memerlukan pertolongan apatah lagi mereka jugalah antara yang menjadi penyumbang utama kemenangan kepada Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya.

Apakah mereka tidak layak dilayan setaraf dengan VIP yang lain?Atau kita sememangnya mempunyai dua mekanisma yang berbeza dalam menyantuni rakyat yang ditimpa musibah?

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP