Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pak Lah atau Najib Masalah tetap sama.

Percaturan terbaru PM dengan merombak portfolio beliau dan timbalannya dilihat tidak membawa apa-apa perubahan kepada ekonomi dan politik negara.Barang tetap mahal,minyak tetap mahal,cuma BN yang hampir jatuh.Aktiviti pelabur juga difahamkan tidak serancak mana kerana pelabur masih menunggu sebarang perkembangan politik dalam negara.

Peralihan ini ramai berpendapat hanya tindakan untuk meredakan keadaan dalam kem UMNO yang kian hangat mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan.Apakah UMNO akan bertambah baik dengan perubahan pimpinan?Tidak!..Bukanlah faktor siapa pemimpin sahaja yang membawa kemerosotan sokongan orang melayu terhadap UMNO tapi disebabkan kegagalan UMNO sendiri yang telah sekian lama menjadi tulang belakang kerajaan gagal dalam membela nasib orang melayu yang masih jauh ketinggalan.

Mereka lebih sibuk berpolitik sesama mereka hingga agenda untuk membangunkan bangsa dan agama terpinggir.Orang melayu kini mencari alternatif lain yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan umat dan negara.Ini adalah proses biasa dalam demokrasi.Apabila sesebuah parti yang sudah mula lari dari perjuangannya maka pendokongnya akan beralih kepada parti lain yang lebih relevan dan membela nasib mereka.

Walaupun kesedaran politik di kalangan orang melayu agak lewat namun petanda positif akhir-akhir ini menunjukkan perubahan ke arah itu sedang berlaku.Golongan muda tidak lagi menjadikan parti lain selain UMNO sebagai asing dan hanya membawa perpecahan.Sebaliknya merekalah majoriti yang menggerakkan seluruh jentera parti-parti pembangkang di Malaysia kini.Ini perkembangan yang sihat dalam usaha mengujudkan sebuah negara yang maju seiring dengan iklim politik yang semakin matang.

Ramai juga berpendapat zaman kegemilangan UMNO sudah mula berakhir.Dengan mesej bukan orang melayu yang berpecah-belah tapi mereka beramai-ramai beransur meninggalkan UMNO.Pas yang menawarkan `pakej' menarik merangkumi kebajikan seluruh bangsa dan agama di lihat mendapat faedah terbesar daripada senario ini.

Sesebuah parti barangkali boleh berganti walau seribu pemimpin tapi parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan agama hanya satu!

.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP