Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Khairi patut berundur

Tanpa disangka dan tanpa campurtangan pihak lain akhirnya pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mula melihatkan retak menanti belahnya. Dalam keasyikan mereka menepelak Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang rupanya diperingkat pusat sendiri mereka mula bermasalah.

Masalah yang paling besar bagi seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu pergerakan atau organisasi ialah kehilangan kepercayaan terhadap kredibiliti atau kebolehannya sebagai peneraju kepada organisasi tersebut . Dan bertambah malang lagi jika pihak yang hilang kepercayaan itu terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi juga di dalam pergerakan tersebut. Mereka bermesyuarat bersama , bekerja bersama malah makan bersama tapi ada si Polan yang tidak lagi mempercayai kebolehan ketuanya itu untuk memimpin.

Itulah yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin menantu bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Rembau apabila diminta meletakkan jawatan oleh barisan exconya sendiri.

Difahamkan punca desakan beberapa anggota exco pergerakan itu ialah kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.(HarakahDaily)

Nampaknya krisis dalaman Barisan Nasional tidak mengenal parti dan kaum. MCA,MIC dan PPP yang terus dilanda kemelut yang tidak berkesudahan seakan menarik minat Pemuda Umno untuk menyertainya. Krisis sebegini apabila berlaku kepada gabungan yang menerajui kerajaan jelas mencerminkan ketidak-kuatan kerajaan yang memerintah. Bila ingin membicarakan hal rakyat jika asyik bertelagah sesama sendiri?

Kita fikir dalam menyelesaikan krisis dalaman , Pakatan Rakyat lebih ke depan dan terbuka. Buktinya krisis demi krisis yang dilontarkan kepada PR tidak berbekas dan dapat diselesaikan dalam suasana yang harmoni dan singkat.

Sekarang terserah kepada kebijaksanaan ketua keluaran oxford ini untuk menyelesaikan masalah anak-anak buahnya. Jika dinilai secara adil mungkin ada benarnya desakan beberapa exco ini kerana kepimpinan Khairy memang masih gagal menjelmakan transformasi besar tajaan Tok Jib.

Adakah beliau akan terus mempertahankan jawatannya walau tidak lagi mendapat keyakinan segelintir barisan exconya ? Atau polemik ini akan terus berpanjangan seperti gabungan mereka yang lain? Biarlah pemuda dan puteri di seluruh negara menilaikannnya.

Tapi kita yakin jika Nasruddin Tantawi atau ketua pemuda lain dalam PR mengadapi keadaan ini mungkin sebelum sempat petang mereka sudahpun melepaskan jawatan!


Read more...

Syabas Jawatankuasa Disiplin Pas!

Akhirnya teka-teki berkaitan isu Dato' Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad terjawab. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telahpun mengeluarkan keputusan yang dibuat sebulat suara oleh ahli jawatankuasa tersebut.

Walaupun `hukuman' yang dikenakan tidaklah seberat mana tapi mesej disebaliknya amat besar dan signifikan. Setiap ahli di dalam jemaah mestilah menumpahkan baiah dan taat setia kepada parti dan perjuangan Islam ini. Barangkali di sana ada perkara-perkara yang tidak kita persetujui secara peribadi tapi barangkali juga perkara itu dilihat baik dan elok oleh pimpinan serta ahli jemaah yang lain. Justeru disinilah adab dan disiplin dalam berjemaah dituntut demi memartabatkan perjuangan Islam ditempat yang sepatutnya.

Hukuman ini juga seeloknya menjadi tazkirah kepada ahli Pas yang lain agar memandang tinggi kepada organisasi Pas. Pas bukan parti `tangkap muat' yang boleh diperlekeh oleh sesiapa tanpa ada batas dan alasan yang wajar. Pas disegani oleh kawan dan lawan malah menjadi harapan sekalian rakyat.

Moga-moga selepas ini tidak ada lagi suara-suara nakal yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Disiplin ini dan lebih wajar masa yang ada diperuntukkan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Read more...

Tiada siapa yang peduli?

Gambar di atas sempat penulis ‘snap’ setelah beberapa kali terpandang keadaan yang tidak berubah itu. Papan tanda itu adalah berkenaan ucapan tahniah oleh pihak tertentu atas perlantikan Ahli Parlimen Rompin , Dato’ Jamaluddin Jarjis ke jawatan Duta Besar Malaysia ke negara uncle sam.

Apa yang menghairankan ialah mengapakah papan tanda ini seakan terbiar begitu sahaja tanpa ada yang ingin memantaunya. Terletak di lokasi statregik iaitu di simpang utama jalan masuk ke beberapa perkampungan Felda Gugusan Keratong dan Bandar Tun Razak ternyata keadaan ini boleh mendatangkan persepsi buruk kepada rakyat tempatan dan para pelancong yang puluhan ribu melalui jalan ini setiap hari.

Apakah ini tandanya UMNO seakan tidak dipedulikan oleh sekalian rakyat lagi? Atau ahli umno sendiri sudah tidak ambil peduli pemimpin nombor satu umno Rompin ini? Mustahil tidak ada seorangpun ahli umno yang `sakit mata’ melihat kedaifan papan tanda yang kian dinaiki hutan ini. Jika boleh diukur DNA pokok ini barangkali sudah beberapa bulan ianya terbiar begitu.

Kepada pihak yang berkenaan lakukanlah sesuatu agar keadaan ini tidak berterusan.`Seri’kanlan papan tanda ini atau cabut sahaja jika difikirkan sudah tidak releven kerana para pelancong yang ingin ke Tasik Bera atau ke Tasik Chini sudah pasti membuat tanggapan yang bukan-bukan berkenaan pihak berkuasa tempatan mahupun umno bahagian Rompin sendiri.


Read more...

`Rally’ ziarah Pemuda

21 Januari – Dewan Pemuda Pas Rompin (DPPR) yang diketui oleh ustaz Nazri bin Hj Ahmad telah mengadakan program ziarah ke beberapa buah rumah di Keratong semalam. Idea yang dicetuskan semasa mesyuarat exco ini mensasarkan tiga buah rumah yang perlu diziarahi dalam satu malam.

Antara objektifnya ialah untuk meraikan ahli yang ditimpa musibah disamping merapatkan hubungan pemuda dengan pimpinan Pas Kawasan serta mengenali lebih rapat veteran Pas yang telah memberikan banyak jasa kepada Pas Kawasan Rompin.

Ziarah ini juga turut disertai oleh Ustaz Shukri Hj Ahmad YDP Pas Kawasan, saudara Ramli Awang Ahmat setiausaha Pas Kawasan dan Saudara Roslin Bakar Pengarah Jabatan IT Pas Pahang.Antara rumah yang diziarahi ialah rumah encik Mohamad Harawiyi yang kematian anak baru-baru ini, rumah Ustaz Yahaya Awang seorang veteran Pas yang sedang keuzuran dan rumah ustaz Mat Nor Latif seorang veteran Pas yang juga pendakwah.

Jam 0900 malam ke rumah Ustaz Yahaya Awang

Selesai saja solat isya’ berjemaah di Markas Pas MTD Ibam rombongan kami seramai 10 orang mula mengatur langkah. Rumah yang pertama dilawati ialah rumah Ustaz Yahaya Awang. Beliau merupakan bekas setiausaha Pas Kawasan Rompin 21 tahun yang lalu dan sekarang beliau terlantar di rumahnya di Keratong 5 akibat sakit tua. Walaupun dalam keadaan uzur apatah lagi beliau baru sahaja keluar daripada hospital namun sempat juga beliau beramah mesra dan menerima kunjungan kami dengan ceria.

Beliau pernah menjawat jawatan setiausaha Pas kawasan di peringkat awal penubuhan Pas di disini. Banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya disaat itu untuk meyakinkan masyarakat dengan perjuangan pas yang masih dianggap asing waktu itu.

Lantarannya keuzurannya itu kami tidak mengambil masa yang panjang dirumahnya. Selepas dijamu dengan pulut dan bubur durian kami meminta diri untuk ke rumah seterusnya.

Jam 0940 malam : Rumah Encik Mohd Harawiyi

Lokasi seterusnya ialah rumah Pak Mat Harawiyi yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat sakit jantung baru-baru ini. Beliau menetap di Keratong 5 dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah-sebuah bank di Muadzam Shah.Menurutnya Arwah anaknya itu seorang guru dan masih bujang adalah anak yang amat taat dan baik terhadap kedua orang tua. Pemergian yang tidak disangka-sangka itu benar-benar meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan mereka sekeluarga.

Sebagai memenuhi hajat tuan rumah ustaz Shukri dan ustaz Nazri sempat memimpin tahlil ringkas untuk arwah anaknya itu. Dipenghujung majlis sempat juga YDP menghulurkan sedikit sumbangan hasil daripada derma orang ramai untuk keluarga ini.

Kami meninggalkan kediaman Pak Mat ini dengan seribu doa moga roh anaknya itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Jam 1015 malam : Rumah ustaz Mat Nor Latif

Kami meneruskan lagi `rally’ ziarah kami ini ke rumah ustaz Mat Nor yang juga terletak di Keratong 5. Sesampainya kami dirumah beliau terus disambutnya dengan ucapan terima kasih kerana sudi berziarah serta mengalu-alukan kedatangan kami.
Ustaz Mat Nor merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang DiPertua Pas Kawasan Rompin di penghujung tahun 80-an. Beliau dan ustaz Yahaya Awang adalah tulang belakang Pas Rompin waktu itu.Menurutnya Perjuangan diawal penubuhan Pas di sini amatlah getir serta penuh dengan halangan dan hanya yang berkomitmen tinggi sahaja yang berjaya menempuhinya.

Beliau sekarang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau di sekitar Rompin. Tidak hairanlah ke mana sahaja beliau pergi ada sahaja yang mengenali dan ingin berguru dengannya.
Sebagai pembakar semangat dan panduan dalam melakukan gerakerja parti serta perjuangan Islam sempat juga kami meminta sedikit nasihat daripadanya.

Menurutnya` perjuangan Islam perlu diteruskan walau apapun halangan yang diterima. Pemimpin yang baik mestilah berwibawa dan bijak menilai keadaan.Pemimpin juga menurutnya perlu mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang bagi melengkapkan pakej kepimpinan yang baik’.

Kami meminta diri dari rumahnya setelah hampir satu jam kami disitu dan beliau berharap agar DPP dan kepimpinan kawasan terus mengekalkan amalan ziarah yang baik ini.


KP Rompin


Bertanya khabar


YDP Pas Rompin turut serta


YDP membacakan Doa Tahlil


KP melihat ole-ole dari ustaz Mat Nor


Bergambar kenang-kenangan































Read more...

Ceramah di Keratong 5

Semalam 18 hb. telah diadakan satu ceramah umum bertempat di Keratong 5. Ceramah yang pada asalnya dirancang diadakan rumah seorang ahli Pas terpaksa dipindahkan ke markas yang berdekatan selepas mendapat nasihat dan berunding dengan pihak berkuasa Polis.


Ceramah yang menampilkan saudara Mazlan Aliman pengerusi persatuan ANAK dan wakil daripada PKR ini dihadiri hampir 400 orang ahli pas dan peneroka dari sekitar Keratong. Saudara Mazlan dalam ceramahnya menerangkan beberapa permasalahan yang dilalui oleh segelintir peneroka felda dan anak-anak generasi kedua felda. Menurutnya berdasarkan keadaan semasa semakin ramai peneroka felda yang menyokong Pas dan Pakatan Rakyat setelah melihat kesungguhan PR membela kebajikan dan hidup rakyat di seluruh negara.

Saudara Mazlan selaku penceramah utama


Barisan pimpinan yang hadir


Sebahagian peminat setia ceramah pas


Jualan kalendar Pemuda Kawasan ...penghabisan stok




Read more...

Umno juara divisyen mana?

“Agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah untuk menunjuk dan mengingatkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat”.

Umno nampaknya cuba mengorak langkah awal di tahun baru ini ke arah memulihkan reputasi mereka yang selama ini tercalar teruk akibat penolakan rakyat dalam PRU yang ke 12 lalu. Presiden nya Dato’ Seri Najib Tun Razak difahamkan akan merasmikan program itu beberapa hari saja lagi. Persoalannya apakah kategori juara yang dilaung-laungkan mereka?

Orang Melayu paling ramai miskin tegar , belia Melayu paling ramai terjebak dengan dadah dan masalah sosial , kadar pengangguran juga paling ramai di kalangan masyarakat melayu , Dasar Ekonomi Baru? Tetap gagal mencapai objektif penubuhannya kerana ketidakcekapan pemerintahan. Dan sekarang mereka ingin mendabik dada mengaku sang juara pejuang melayu!

Setelah kian lama rakyat diasak dengan ekonomi yang suram dan kenaikkan harga barangan kini mereka benar-benar tersepit untuk memulihkan imej mereka yang seakan tidak lagi mesra rakyat seperti gendang yang dipalu media mereka selama ini.

Tapi banyak pihak berpendapat usaha ini sudah terlambat. Rakyat sudah muak dengan umno dan BN kerana hanya pandai bercakap tapi tidak pandai bekerja untuk rakyat. Penyakit yang terlampau banyak singgah di badan umno seakan tidak lagi boleh diubati hanya menunggu masa untuk menemui ajal dalam arus politik negara.

Biarkan mereka mengaku juara
Biarkan mereka mengaku berjasa
Biarkan Luncai terjun dengan labu labunya....biarkan.









Read more...

Pas Pahang anjur kursus penulisan berita

Temerloh 2 januari. Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang menerusi Jabatan Penerangannya telah berjaya mengadakan siri pertama kursus penulisan berita hari ini. Program yang diadakan di Pejabat Perhubungan Pas Negeri ini menghimpunkan hampir 20 orang peserta dari seluruh negeri Pahang.

Kursus ini dirasmikan oleh Setiausaha Pas Negeri Pahang saudara Roslan Zainal Al-Ahmadi. Beliau dalam ucapan perasmiannya menekankan betapa pentingnya maklumat dan dasar perjuangan parti di sampaikan kepada masyarakat dengan cermat dan pantas.

“ Pas mesti memenangi hati rakyat dan peranan pemberita mestilah meletakkan Pas itu sendiri ke tengah masyarakat dengan penuh hemah dan bijak”, katanya. Selain itu juga setiap pemberita menurutnya mestilah mempunyai ilmu pengetahuan serta sumber maklumat yang baik bagi membolehkan berita yang disampaikan tepat dan menarik minat khalayak pembaca.

Kursus ini antara objektifnya adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pemberita mengenai teknik penulisan dan kaedah mengolah maklumat untuk dijadikan berita.

Saudara Hashim Abdullah , seorang bekas pemberita daripada akhbar Harakah turut diundang sebagai pembentang kertas kerja dalam program ini. Dengan pengalaman luas beliau sebagai seorang wartawan banyak teknik-teknik pemberitaan dan dunia penulisan didedahkan kepada para peserta.

Menurut maklum balas yang diterima dari kalangan peserta mereka rata-rata amat berpuashati dan berminat dengan apa yang didedahkan kepada mereka hari ini. Salah seorang peserta yang ditemui , saudara Shamsul Ngadiman dari Rompin menyatakan beliau kini lebih memahami kaedah dan teknik pemberitaan dan berazam untuk menghadiri kursus-kursus sebegini lagi pada masa yang akan datang.

“ Program yang sebegini amat baik untuk melahirkan pemberita yang berkualiti dan amanah dalam setiap pemberitaan mereka”, Ujarnya diakhir program tersebut.

Read more...

Gula dan gula-gula

Gula ........ satu pemanis yang telah menjadi keperluan asas manusia. Walau naik 20 sen tetapi kesan rantaiannya lebih bernilai daripda itu. Teo 0 bubuh gula , kuid donat celup gula. Harganya pula takkan duduk 4 biji singgit lagi.

Gula- gula....sangat popular terutama menjelang pilihanraya. Lagu tema pemimpin yang tidak ada kekuatan sendiri sebaliknya perlukan bantuan ‘gula-gula’ untuk meraih undi. Janji manis semua boleh. Rakyat menganga mendengarkan janji yang menggiurkan tapi berlalu pilihanraya dan sudah di tampuk kuasa gula-gula pilihanraya tinggal sekadar pemanis bicara. Manis bertukar kelat kelam.

Gula......Mengapa perlu menaikkan harga keperluan asas ini di saat ekonomi merayap dan jerih. Untuk mendapatkan sesuap nasipun berpeluh hangit tubuh petani dan nelayan. Kini perlu bermandi keringat lagi untuk membeli gula.

Gula-gula...Zalimnya manusia apabila sanggup memalukan muka untuk mendapat apa yang dipuja. Sanggup berjanji apa saja asal konon rakyat hidup terjaga. Umpama apa yang di kata boleh di kota. `Rakyat didahulukan pencapaian didahulukan...’ atau sekadar gula-gula untuk menutup kelemahan?

Gula...” 20 sen tidak banyak, masih rendah jika dibandingkan dengan negara yang lebih mahal (?) “ . “ kenaikan ini tidak dapat dielakkan..” . “ Rakyat perlu menjimatkan penggunaan gula..”
... Skrip biasa pemimpin yang suka meng’gula-gula’.

Gula Oh gula...manis kau apabila menjadi gula , di pandang sinis apabila sekadar menjadi` gula-gula’

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP