Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Oh Tanahairku..!

Wow! Rm28,000 sebulan just sebagai penasihat kepada seorang menteri…!Hebat dan amat lumayan.Patut le payah benar mereka untuk menurunkan harga minyak dan barang-barang…Jika dengan tangga gaji yang sebegini siapa yang akan mengeluh hidup susah.

Itu baru seorang penasihat kepada satu kementerian…bagaimana dengan kementerian atau GLC yang lain?

Agaknya berapa juta kah setahun pembayaran gaji dan elaun oleh kerajaan Malaysia kepada VVIP yang menerima imbuhan selumayan ini?

Rakyat di ceruk kampung ingin mencari sesuap nasi pun susah…tapi wang Negara diperuntukan kepada mereka yang telah senang lenang dan di tanggung rakyat!

Read more...

Double Standart!

`Angkuh dan tidak bertanggung-jawab’ telah dilebalkan kepada kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan negeri di bawah DAP cuba memperkenalkan nama jalan di negeri itu dengan pelbagai bahasa. Dakwaan ini telah diungkapkan oleh beberapa pemimpin negara yang kononnya begitu kuat memperjuangkan bahasa Melayu boleh di teliti dalam akhbar harian utama negara keluaran ahad 23 nov 2008.

Asasnya dakwaan angkuh dan tidak bertanggung jawab ini adalah berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia perkara 152 yang meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan diguna bagi maksud rasmi.

Tindakan Ketua II Gabungan Penulis Nasional yang berkata ‘telah tiba masanya rakyat negeri itu bersatu serta menunjukkan kejantanan sebenar dalam isu tersebut’ disifatkan seakan berkempen kepada rakyat pulau pinang supaya menentang kepada kerajaan pilihan rakyat yang ada seterusnya ingin menimbulkan polemik di negeri tersebut.

Anehnya respon ini amat berbeza dengan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik, walaupun mendapat tentangan dan bantahan dari sebahagian ibu-bapa namun hingga sekian lama ia tetap diteruskan , juga dilihat sebagai sikap degil dan ego kerajaan pusat bagi melanggari perlembagaan Malaysia yang sama. Apabila kerajaan pusat buat keputusan ianya dikatan elok,cantik dan sesuai dengan keadaan semasa, tiada pula juak-juak pimpinan yang cuba menghalang perlaksanaannya, mungkin mereka ini takut kehilangan jawatan, pangkat atau keistimewaan lain yang diperolehi sehingga dilihat sebagai menggadai bahasa sendiri.

Kritikan dan bantahan timbul akibat dari cadangan pelaksanaan papan tanda pelbagai bahasa disamping bahasa melayu oleh Ketua menteri Pulau Pinang bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak warisan Dunia. Tindakan kerajaan Melaka yang meletakkan pelbagai bahasa di Makam Hang Tuah juga dikatakan untuk memberi penerangan kepada pelancung tidak pula mendapat bantahan dari mana-mana pemimpin negara yang kununnya berjuang mempertahankan bahasa melayu.

che li

Read more...

Melayu perlu lebih bijak berpolitik !

Senario semasa sepatutnya mencuit akal majoriti Melayu yang masih segan membuat anjakan pemikiran secara besar-besaran walaupun `rancangan realiti’ pemilihan agung amno Mac ini jelas menampakkan ketempangannya.Sudah terang lagi bersuluh amno bukanlah parti keramat yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan agama dan bangsa(?) dan negara.

Gejala rasuah(yang kelihatan lebih manis,manja dan seakan tidak berapa bersalah apabila diberi nama politik wang)kian membarah!Mereka menggunakan umpan duit untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa?Amat memualkan!.Rekod cemerlang dan kepimpinan bukan lagi resume yang menjadi keutamaan sebaliknya berapa tebalkah poket seseorang untuk mengagih habuan.Ini senario lama yang sudah berdaki dalam parti mereka sejak puluhan tahun lagi.

Bukan itu saja moral kebanyakan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kebanyakannya amatlah dipertikaikan.Heboh dulu dengan seorang pemimpin negara yang membawa wang berkilo(jutaan) ringgit ke luar negara.Dari manakah datangnya wang tersebut?Begitu juga dengan insiden meraba di sebuah hotel di pertengahan tahun yang lalu…adakah ada si polan yang disyakki melakukan perbuatan terkutuk itu menawarkan diri untuk bertanding?Jika ini yang berlaku apakah kriteria yang diterima pakai untuk mereka memilih pemimpin mereka sekaligus akan memimpin negara kita?

Apakah dengan perkembangan yang tidak sihat ini orang melayu masih tidak ada kekuatan untuk bereksperimen politik seperti bangsa Cina dan India yang lebih ke depan?Orang melayu yang memang sudah terkenal seantero dunia dengan baik budinya serta halus tingkah-lakunya perlu berani untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman.

Melakukan eksperimen politik bukanlah meletakkan negara di tangan orang luar atau bangsa asing sebaliknya orang melayu tetap menjadi teras sementara Islam menjadi pelengkapnya.Amat malang jika melayu masih memekik `hidup melayu’ walhal dari pintu belakang ketuanan melayu semakin terhakis.Lihat saja Dasar Ekonomi Baru yang kununnya untuk membela melayu tapi menemui kegagalan akibat kerja mereka yang tidak bijak.

Apakah sebab yang menjadikan orang melayu terpejam mata mereka kepada kemungkaran yang berleluasa?Apakah yang mereka perlu sehingga memungkinkan mereka akan membuat perubahan?...tidak guna untuk meninggalkan seribu persoalan jika melayu hanya berminat dengan jawapan dan tidak betah untuk menunjuk jalan jika pemikiran lama terus bersarang!

Read more...

Bersatu kita bersatu…kununnya!

Perkembangan di dalam kem umno mutakhir ini mencerminkan tidak ada kesatuan yang padu dari barisan kepimpinan mereka.Mereka tertawa dan bergurau senda bersama di khalayak umum tapi di belakang masing-masing punya agenda tersendiri.

Pelan peralihan kuasa…seperti yang dipraktikkan oleh Pak Lah dan Najib seakan ingin ditiru oleh team wanita mereka(agaknya kepimpinan melalui teladan kut..!)Kem wanita pada awalnya seperti sudah mencapai persepakatan tapi akhirnya mula goyah apabila masing-masing di peringkat pucuk pimpinan utama inginkan jawatan!Barangkali bagi Shahrizat risiko uKamalintuk tidak menentang Rafidah akan mengakibatkannya berputih mata tanpa apa-apa jawatan apabila Kamalia bertegas untuk bertanding jawatan naib ketua!

Berdasarkan keadaan sekarang Rafidah rasanya wajar menilai semula kedudukannya sebagai pimpinan utama wanita.Masa untuknya semakin suntuk walaupun telah melalui tempoh yang panjang.Tidak ada lagi time-out dan tidak ada lagi pelan yang ketiga…langkah terbaik hanyalah berundur dengan cara yang terbaik kerana seakan sudah tidak popular di kalangan wanita akar umbi sendiri.

Seandainya berlaku juga pertandingan dijangkakan inilah pertandingan yang sengit setanding dengan pemilihan ketua pemuda dan naib presiden Mac nanti.

Sama-sama lah kita tunggu apa yang akan terjadi dalam kem umno dalam beberapa bulan yang akan datang.Mereka berebut jawatan yang kononnya ingin mengukuhkan umno tapi rakyat melihat inilah bakal menjadi pelengkap kepada kejatuhan mereka!.

Read more...

Siapa yang keliru?

Dua tiga hari lepas heboh di Pahang terutamanya di Rompin apabila MP Rompin menempelak seorang Khatib jemputan Ustaz Suhaimi Saad.Entah dirancang atau kebetulan kedua mereka yang datang daripada dua parti politik berlainan tapi bertemu di Masjid Keratong kerana menunaikan solat jumaat.

Beliau mengkritik Ustaz Suhaimi yang dikatakannya berpolitik di Masjid apabila berkhutbah pasal keadilan Islam dan menyentuh akta ISA yang kian tidak popular.Ramai rakyat di kawasan Rompin yang terpinga-pinga apabila menilai keadaan tersebut.Adakah bercakap tentang keadilan Islam dan membantah kezaliman ke atas manusia yang belum dibuktikan bersalah tidak selari dengan prinsip Islam…dan hanya berbetulan dengan dasar Pas?

Hanya kerana Pas lantang dalam menegakkan hak kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat yang selari dengan ajaran Islam terus dituding jari yang Pas mempolitikkan masjid dan cuba memecahbelahkan ummah!Di manakah tempatnya kita perlu bercakap tentang Islam jika tidak di Masjid?

Institusi masjid amat besar peranannya dalam masyarakat Islam dan melayu sejak zaman berzaman.Jika kita betah mengkaji sejarah di Masjidlah Nabi dan Para sahabat menguruskan hal ehwal Negara.Bukan kerana mereka tidak mampu membina bangunan-bangunan yang hebat seperti bangunan parlimen kita tapi kerana di Masjidlah tempat umat Islam berkumpul dan mengimarahkannya serta Masjidlah lambang pengakuan kita pada KeEsaan Allah.Masjid menjadi syiar penting kepada umat Islam!.

Begitu juga di zaman kesultanan Melaka dan zaman selepasnya,Masjid dan surau menjadi medium penyatuan umat Islam di Tanah Melayu dan peranannya tidak pernah sama-sekali dilabel sebagai pemecah-belah masyarakat,malah di waktu itu di masjid dan pondoklah bermula kebangkitan penentangan ke atas penjajah Belanda,Portugis,Jepun dan Inggeris.

Jika Pas bercakap berbunyi Islam memang betul…sama ada di Masjid,Parlimen ,kedai kopi mahupun di pinggir jalan itulah bunyinya…Islam!Pas `tidak’ berpolitik di Masjid,Pas Cuma menyatakan kebenaran Islam seperti yang diperintahkan Allah ke atas umatnya.

Ironisnya…menerangkan tentang perjuangan Islam yang menyuruh kepada kebenaran dan mencegah perkara mungkar kepada puak sekular memang sukar.Selagi boleh mereka akan cuba mengasingkan politik Islam dengan institusi Masjid.Bagi mereka politik suku agama suku.Barangkali mereka mengambil faham politik itu bukan sebahagian daripada agama(?).Nauzubillah!

Malangnya masih ada individu di kalangan umat Islam yang cuba membentuk pemikiran rakyat yang Pas hanya layak bercakap tentang Islam di atas pentas ceramah tapi tidak di Masjid!?

Read more...

Takut pada kenyataan!

Kenapa penayangan klip sajak kematian begitu mendapat tentangan berbanding jom heboh,AF,selebriti berdansa serta drama tv yang langsung tidak mencerminkan ketimuran dan Islam yang lain?

Barangkali kita sekarang terlampau seronok dengan dunia dan hiburan semata-mata hingga lupa kepada mati yang semua yang bernyawa akan merasainya?Sehinggakan kaedah pengajaran kepada kanak-kanakpun menjadikan kita fobia.Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya…jika sudah menjadi buluh payahlah jadinya.Kaedah pengajaran yang sebegini lebih sampai objektifnya kepada sasaran berbanding dengan hanya kata-kata nasihat yang lumrah atau memasang kaset lagu dan menari bersama kanak-kanak.

Menagapa berbantah jika ada sekumpulan guru yang sayangkan anak bangsanya mengambil pendekatan yang berbeza dan berkesan dalam mengasuh jiwa kanak-kanak sedari kecil supaya takut pada Allah dan perkara mungkar?Apakah kita ingin menyumbat ke dalam jiwa mereka ilmu yang tidak ada disiplin dan ruh Islam?Ilmu yang tidak menjadikan agama,dosa pahala sebagai penanda aras akan menjuruskan kepada penyalahgunaan ilmu itu sendiri.Engineer,saintis,arkitek,pengarah mahupun menteri yang tidak takut mati atau dosa dan pahala akan lebih dikhuatiri menyalahgunakan kedudukan,kepandaian dan jawatan yang mereka ada untuk berbuat kerosakan kepada agama dan negara.

Seorang menteri yang tidak amanah contohnya akan menggunakan pengaruhnya untuk mencari kekayaan untuk dirinya semata-mata sama ada melalui rasuah ataupun penyelewengan.Begitu juga seorang kontraktor contohnya siapakah yang dapat memastikan beliau mengikuti spec kerjanya seratus peratus jika tidak didisiplinkan oleh dosa dan pahala?…Jadi agama lah yang dapat mendisiplinkan mereka agar takut pada ancaman Allah dan pembalasan akhirat!

Anak-anak kecil perlu diperingatkan yang setiap perbuatan buruk(dosa) atau perbuatan baik(pahala)akan dinilai disisi Allah.Dengan peringatan yang jelas itu barulah mereka akan keluar kepada masyarakat suatu hari nanti dengan moral,disiplin,amanah dan dikawal segala amal didunia ini dengan dosa dan pahala.

Berdasarkan masalah sosial di negara kita yang kian parah ini sewajarnya sajak kematian ini menjadi menu harian di kaca tv kita agar dapat mendidik dan memberi peringatan kepada seluruh rakyat di negara kita . Amat wajar sajak ini diteruskan penayangannya malah perlu diperluaskan lagi sehingga ke pelajar di IPT.

Read more...

Pemuda dan Unit Amal membuat persediaan menghadapi banjir.

Rompin- Dewan Pemuda Pas(DPP) Rompin menerusi Jabatan Amalnya sedang sibuk membuat segala persiapan yang perlu bagi menghadapi musim banjir yang bakal berlaku.Dijangkakan banjir kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sudah.DPP menerusi Ketuanya Ustaz Nazri Hj Ahmad menjelaskan bahawa Pas menerusi Unit Amal akan menyalurkan apa jua bentuk bantuan yang ada dan termampu kepada penduduk di Kawasan Rompin yang kesusahan akibat banjir."Sama ada untuk pemindahan,bantuan makanan atau membersihkan kediaman selepas krisis semuanya termasuk dalam rancangan bantuan yang akan diberikan."

Menurutnya lagi bantuan kemanusiaan dan barangan yang bakal diberikan nanti bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi hanya sebagai pelengkap kepada pakej bantuan (jika ada)yang bakal diselaraskan oleh pihak bertanggungjawab.
Bercakap selepas mesyuarat bulanan DPP di sini beliau menjelaskan Unit Amal sedang sedaya upaya mengumpul seberapa banyak sumbangan orang ramai yang ingin berkongsi kesusahan mangsa banjir.

Saudara Rosdi Mat Yatim selaku penyelaras Amal Kawasan Rompin turut merayu sumbangan orang ramai dalam apa jua bentuk bagi memudahkan pemberian bantuan kepada mangsa banjir itu nanti.Segala bantuan dan sumbangan bolehlah disampaikan kepadanya dengan menelefon beliau di 0193461697 atau melalui akaun Dewan Pemuda Pas Rompin Acc. no 06064010011664 Bank Islam. Menurutnya lagi mereka akan cuba juga mendapatkan bot dan enjin sangkut bagi memudahkan penghantaran bantuan dan petugas. Memandangkan daerah Rompin yang sangat luas ini menurutnya Unit Amal akan membahagikan petugasnya mengikut keperluan disesuatu kawasan.

Seminggu sebelum itu Pas Kawasan Rompin juga memutuskan dalam mesyuarat exco mereka untuk memberikan apa jua bantuan setakat yang termampu kepada mangsa banjir.Menurut Yang DiPertua Pas Kawasan, Ustaz Shukri Hj Ahmad,"orang ramai tidak perlu segan-silu untuk meminta pertolongan mahupun bantuan daripada Pas Kawasan dalam menghadapi musibah itu nanti.Pas berkomitmen tinggi dalam membantu segala macam permasalahan rakyat di Kawasan Rompin ini tanpa mengira ideologi politik"..."Masalah rakyat juga masalah kami dan kami akan cuba sedaya upaya membantu dan berkongsi kesusahan yang dilalui mereka" ujarnya dengan penuh bersemangat.

Read more...

Budaya lama politik Malaysia!

UMNO gaduh lagi.Begitulah sinonimnya pergaduhan setiap kali pemilihan umno umpama politik wang@rasuah yang memang tak dapat dipisahkan daripada mereka lagi.Semua komponen dalam umno bermasalah sebenarnya.Baik wanita,puteri mahupun pemuda semuanya punya cerita yang tersendiri.

Yang peliknya selama ini mereka tanpa segan-silu menuding jari kepada pembangkang yang dianggap ganas dan suka membuat rusuhan!.Kini drama demi drama terpapar di depan mata sendiri dan terpulanglah kepada rakyat menilai siapakah yang berjuang untuk rakyat,agama dan Negara serta siapa pula yang sentiasa memalitkan arang pada maruah negara.Sebut saja episod apa yang ingin ditonton akhir-akhir ini…Politik wang?,ugut sms?,baling kerusi dan sebagainya seperti drama swasta di kaca tv.

Inilah masalah utama apabila berpolitik untuk mendapatkan habuan masing-masing dan tidak ikhlas apabila diberi amanah dan jawatan.Begitu penting jawatan kepada mereka sehingga sanggup menggadaikan maruah dengan memberi rasuah malah hingga bertumbuk.Inikah budaya Melayu yang sekian lama mereka perjuangkan?

Pucuk pimpinan parti kononnya mengeluh dan mengutuk perkara yang memalukan ini…Tapi mereka perlu ingat daripada manakah semua kebejatan ini bermula.Adakah orang bawahan yang menghulur wang supaya dipilih untuk menjadi pemimpin?Adakah orang bawahan yang mengamalkan budaya berpuak-puak dan membentuk team demi mengekalkan pengaruh dan kuasa?

Pemimpin masing-masing bertanding kononnya ingin memberi imej baru kepada umno,penjenamaan semula dan sebagainya...tapi bila dan di manakah mulanya?

Read more...

Sudahkah kita bersedia menghadapi banjir?

Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan banjir pada tahun ini akan lebih besar berbanding tahun-tahun lalu di seluruh negara.Banjir dan fenomena alam memang diluar batas kawalan kita tapi sudahkah kita bersedia menangani permasalahan akibat banjir?


Di Rompin contohnya banyak kawasan yang bakal dinaiki air jika berlakunya banjir.Di Felda Selancar,Bukit Serok,Tabung Haji,Kampung Rekoh,Kampung Aur,Kampung Sabak,Kampung Tanam dan banyak lagi kampung.Begitu juga dengan jalan-jalan yang bakal terputus hubungan untuk kesekian kalinya setiap kali berlaku banjir contohnya di Teh Dara Muadzam jalan menghala ke Keratong dan Segamat,begitu juga di Kampung Tanam dan Petoh iaitu jalan dari Muadzam Shah ke Rompin.

Sepanjang tahun-tahun yang sudah hanya jalan dari Muadzam Ke Kuantan sahaja yang terselamat daripada banjir itupun pada tahun lalu jambatan berhampiran ‘Burung Unta’ itu terputus akibat arus deras dan memutuskan langsung hubungan Muadzam Shah dengan bandar terdekat untuk dua atau tida hari.

Peliknya kita(terutamanya pihak berkuasa tempatan dan `Yang Berhormat’) masih gagal sekurang-kurangnya menaikkan atau meninggikan jalan di tempat-tempat tersebut.Banjir satu hal tapi jika terputus hubungan dengan bandar lain itu satu hal yang lain akibat ketidakpekaan YB menyelesaikan krisis di tempat sendiri.Sedangkan disaat genting sebegini perhubungan amatlah penting jika berlakunya kecemasan dan penghantaran bantuan makanan atau perubatan.

Jika berjuta boleh dihabiskan untuk menghantar seorang manusia ke orbit (bukan ke bulan) mengapa tidak boleh dibelanjakan sejumlah peruntukkan untuk menaik-tarafkan jalan-jalan ini agar terselamat daripada banjir!.Sedangkan panjang jalan yang perlu ditinggikan itu hanya lebih kurang 100 meter sahaja.

Apakah pada tahun ini kejadian hampir keputusan bekalan makanan seperti beras dan barang dapur di kedai-kedai bakal berulang?

Permasalahan lain juga berlaku di Kampung Aur apabila penulis dimaklumkan rumah yang disediakan untuk mangsa banjir untuk tahun lepas masih belum siap pembinaannya!.Mengapa terlalu lama untuk membina sesebuah rumah yang hanya benilai Rm40 ribu dan di manakah keluarga yang malang setahun yang lalu itu tinggal sekarang?Banjir hampir datang lagi namun rumah mereka masih belum juga siap.

Pihak berkuasa perlulah memaklumkan kepada penduduk sekitar Rompin tentang apa jua persedian dan bantuan yang bakal diberikan sekiranya berlakunya banjir nanti.Jangan sampai rakyat terping-pinga sehingga dua atau tiga hari barulah bantuan sampai kepada mereka.

Read more...

Amanat Pesuruhjaya Pas Pahang

2 November-Dato’ Tuan Brahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap ahli jawatankuasa Pas Pusat mengingatkan agar ahli Pas sama ada di Pahang atau di seluruh Negara agar berhati-hati membuat kenyataan di media atau di blog agar tidak menyalahi disiplin berjemaah dan mendedahkan jemaah kepada musuh perjuangan Islam.

Beliau mengatakan sedemikian sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program Konvensyen Tarbiyyah Pas Pahang di Jerantut hari ini.Menurutnya lagi sebarang keraguan atau pendapat hendaklah disampaikan mengikut saluran yang telah sedia ada sama ada melalui Pas Kawasan,Badan Perhubungan dan merujuk kepada Pas Pusat sendiri.

Pemain media atau para blogger hendaklah bertanggungjawab dengan disiplin parti dan semangat berjemaah.Menurutnya kejayaan PR setakat ini amat dicemburui oleh mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan oportunis dalam memonopoli Sesuatu isu.


Pas tidak sama seperti parti lain yang mengabaikan aspek tarbiyyah dan semangat amal jama’i dalam berpolitik.Kerana itulah Pas sentiasa berkomitmen tinggi dalam menyusun organisasinya secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat perjuangan parti.Kerana itulah penyebaran maklumat yang tepat dan berbetulan dengan perjalanan sesuatu isu amatlah dituntut agar para ahli dan rakyat tidak terkeliru.


Program sehari ini turut dihadiri oleh Dato, Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasaruddin Mat Isa.Mereka masing-masing diundang khas bagi membentangkan kertas kerja yang bermatlamat kea arah memperkasakan fikrah haraki di kalangan pemimpin dan ahli di seluruh peringkat.



Read more...

Bicara admin…!

Tadi sambil membuat sedikit kerja di kedai tiba-tiba penulis di sapa oleh seorang kakak “Dik esok jangan lupa ya pergi ke rumah terbuka Hari Raya ..”…sambil berkerut di dahi saya bertanya “ Di mana?”Tu kat pejabat UMNO Bukit Ibam!…YB pun ada mari,jika nak minta apa-apa boleh la..!”

Kakak seorang tu pun berlalu sambil meninggalkan beberapa keping hand-bil..meninggalkan saya termanggu-manggu memikirkan jamuan ni Raya Puasa ke atau untuk Raya Haji?..Memang dah terfikir nak tanya tadi tapi akal saya menghalangnya.

Bukan main sekarang orang beraya sampai sebulan suntuk!..Tiada hari tanpa raya selama sebulan…tak cukup syawal disambung pula ke zulkaedah!puasa cukupke sebulan?Wallahualam!

Lagi satu kakak tu cakap “jika nak minta apa-apa boleh la..”Maknanya masa macam ni la rakyat yang mengharapkan bantuan mengambil peluang untuk mengajukan apa-apa jua permohonan.Tapi terfikir juga… hanya orang-orang satu lambang saja kah yang berpeluang meminta bantuan dari YB kerana perjumpaan di buat di bilik gerakan parti?

Sebagai YB seharusnya program bertemu rakyat dibuat di tempat umum agar mudah bertemu rakyat kebanyakan tanpa mengira fahaman politik,bangsa atau agama.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP