Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Betulke!?


"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.." Kata YB Mahfuz ekoran beberapa pimpinan negara yang mungkin tertipu!

Read more...

Hebatnya cuti ke luar negara!

Perdana Menteri Datuk Najib akhirnya bercuti. Barangkali pening kepala dengan cadangan sahabatnya dari negeri Melaka yang ingin mewujudkan sekolah remaja mengandung ataupun sudah kekeringan idea berhubung isu perpaduaan Melayu yang gagal meraih popuiariti umno sebagai jaguh pejuang bangsa.

Eloklah bercuti. Tapi malangnya lokasi yang dipilih ialah ke luar negara. Apakah yang hebat dan mendamaikan di luar negara berbanding lokasi percutian di dalam negara kita? Jika ingin melihat kehebatan senibina pergi sahaja ke KLCC , litar Sepang , masjid kristal Terengganu ataupun Politeknik di Muadzam Shah ,Pahang yang membuktikan ke’hebat’an pembangunan bisa saja di capai jika ongkosnya di tanggung rakyat!

Apa kurangnya Pulau Redang , Pulau Tioman ataupun Taman Negara jika ingin bersantai mencari kedamaian. Sekurang-kurangnya boleh melihat kedhaifan hidup rakyat yang dipimpinnya. Paling tidak berziarahlah ke Lubuk Yu di Maran bagi meninjau keselamatannya seperti yang di buat oleh Perdana Menteri Singapura yang sanggup meminum air rawatan kumbahan sebagai jaminan keselamatan untuk rakyatnya.

Berapakah kos yang ditanggung kerajaan Malaysia untuk membiayai percutian ini? 40 ribu? 50 ribu? Atau ratusan ribu?. Dengan kenaikan 5 sen Petrol negara dapat menjimatkan RM750 juta setahun barangkali berapa jutakah yang dapat dijimatkan dengan pemotongan elaun percutian menteri dan ahli parlimen setahun?

Di saat rakyat jelata berjimat dan pening kepala untuk mengurus pendapatan bulanan yang ciput pemimpin kita betah bercuti dan berbelanja di serata dunia. Pencapaian diutamakan ,Rakyat didahulukan???

Read more...

Tidak ada keperluan untuk berbincang dengan UMNO!

Setelah mengambil langkah yang tidak popular dengan menaikkan harga bahan api dengan alasan penstrukturan dan membebankan rakyat dengan harga baru gula kini umno beralih pandang kepada Pas seakan meminta simpati dan mencari sokongan.

Namun yang pasti kali ini jerat yang terpasang sudah tentu di hidu terlebih awal oleh sang Pelanduk yang telah mengenali yang mana satu denai atau jerumun. Tidak sudah dengan isu kerajaan perpaduan , muqabalah , kini timbul pula cerita ketuanan melayu, plot yang seakan berbeza tapi ending tetap satu,mengembalikan kekuatan politik kepada umno yang kian nazak!

Sebagaimana kata Datuk Mahfuz , Melayu akan lebih mulia bersama Pas berbanding bergantung harap kepada umno ada benarnya. Contoh mudahnya manakah pimpinan Pas ( yang tentunya melayu ) pernah disabitkan dengan rasuah , penyelewengan mahupun salahguna kuasa berbanding dengan kebanyakan pemimpin umno? Mereka tidak sunyi dari skandal dan kontroversi. Di situpun sudah nampak gambaran ‘melayu’ bagaimanakah yang mahu diprodukkan oleh parti masing-masing. Cukup hujah mudah itu tanpa perlu mengungkitkan kegagalan DEB , pelaksanaan syariat Islam , APCO , masalah dadah , sosial , jenayah dan lain-lain.

Dan kataalah ekonomi alasannya mengapa setelah lebih 50 tahun peluang memerintah dan majoriti Melayu ‘bersatu’ di bawah payung umno tapi kaum melayu masih ramai yang dihantui keperitan hidup dan gagal menjadi pemain utama dalam bidang ekonomi? 50 tahun adalah jangkamasa yang cukup lama.

Barangkali bukan kerana bangsa dan agama yang menjadi agenda utamanya tapi kerana pangkat , perut dan tamak haloba! Sebab itulah berpuluh ribu , ratus ribu malah juta nilai harta sebahagian mereka.Yang menjadi mangsanya ialah pengikut yang tidak berkepentingan yang percaya mati-matian perjuangan mereka ingin mendaulatkan ketuanan bangsa..Pemimpin mereka tidur lena di banglo bertilam empuk di kala mereka terkial-kial menampal atap yang bocor... Menjaja ketuanan bangsa kerana tidak faham ketuanan agama(?).

Golongan atau parti seperti itukah yang ingin untuk di ajak berbincang oleh Pas? Yang hanya mengenal jauhari di saat hampir kehilangan Manikam? Lupakan saja. Telah berpuluh tahun umno BN memerintah namun Melayu dan Islam tetap di takuk lama. Bawalah seberapa banyak statistik dan referendum untuk menidakkannya namun yang nyata rugi lebih banyak dari untung.

Lebih baik berbincang bersama DAP berkenaan pendekatan Negara Islam yang ingin diperkenalkan Pas daripada berbincang dengan mereka yang tahu tapi tidak mahu. Menolak perbincangan bukan bererti Pas sombong dan angkuh.Tidak! Tapi pengalaman mengajarnya begitu dan terpaksa berbuat begitu.

Dalam politik yang masing-masing berkehendakkan kuasa pemerintahan bacaan politik mestilah sentiasa tepat. Jika tersilap terpaksa berpaling bermula dari awal untuk sampai ke takuk ini. Pas hanya selangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat sementara umno hanya selangkah ke kubur politiknya. Maka sudah tentu bersama PKR dan DAP yang segar-bugar lebih baik berbanding sparring-partner yang nazak menunggu ajal.

Read more...

Dalih yang releven Dulu Kini Selamanya!

Akhirnya minyak naik jua. Memang ramai yang telah menduganya dari awal apabila pemimpin beria-ia memainkan isu subsidi yang kununnya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Begitu juga gula, sejak dari awal isu kekurangan gula rakyat sudah dapat mengagak apa kesudahannya episod itu!

Ingatkan apabila populariti PiEm mencecah 70% akan berlaku pilihanraya tapi rupanya berlaku kenaikan harga minyak dan barang! Apakah 70% masih boleh bertahan selepas ini? Belum tentu. 70% itupun entah dari mana banciannya inikan pula selepas ini.

Dan yang luarbiasanya alasan menaikkan harga gula adalah kerana takut rakyat kebanyakan 'kencing manis' dan obesiti!! Apabila harga gula mahal maka kuranglah perbelanjaan ke atasnya...lojik..lojik..bijak..bijak...

Dan juga tidak sah kenaikkan harga barang jika tidak diikuti dengan kenyataan menteri yang menyatakan kenaikkakn ini TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT atau MASIH RENDAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA YANG TINGGI HARGANYA(?) Nampaknya alasan ini tetap relevan Dulu Kini dan Selamanya!!! Barangkali 10 tahun lagi ( Jika BN masih memerintah) alasan ini akan masih di gunakan.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP