Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

BN gentar dengan Dewan Himpunan Pas!

Barisan Nasional akhirnya menimbangkan untuk membuka keahlliannya kepada lain-lain parti dan badan-badan NGO kerana bimbang dengan pengaruhnya yang semakin berkurangan. Mendapat pengajaran yang mengejutkan dalam pilihanraya umum yang lalu sememangnya di luar jangkaan. Jika selama ini mereka berbangga dengan angka keahlian yang mencecah jutaan orang namun ahli sahaja tidak mencukupi untuk memenangkan BN.

Ada pemerhati politik berpendapat langkah terdesak ini ialah untuk menyeimbangkan pengaruh Pas yang kian melebarkan sayapnya dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas baru-baru ini. Puluhan ribu bukan Islam yang mendaftarkan diri sebagai ahli seakan menyentak mimpi indah rekaan BN yang selama ini mendakwa mendapat sokongan majoriti rakyat.

Pas akhirnya dapat memecahkan tembok pemisah dengan bukan Islam dengan langkah berani ini. Walaupun masih di peringkat awal namun ramai berpendapat masa depan politik negara bakal dicorakkan Pas dengan perkembangan ini. Jika bukan Islam mula memahami dasar dan melihat kecantikan Islam yang diperjuangkan Pas maka tidak ada apa lagi yang boleh menghalang pembentukan sebuah negara yang di dalamnya tertegak nilai-nilai murni Islam dan keadilan yang di dambakan oleh sekalian rakyat.

BN benar-benar tertekan sekarang. Dalam cubaan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu bahtera mereka pula yang bocor satu persatu. MCA , MIC , PPP dan umno sendiri kian bercelaru dengan pelbagai konflik dalaman justeru langkah membuka keahlian keahlian bersekutu di lihat sebagai penyelesaian sementara agar bahtera tidak terus tenggelam.

Namun apakah langkah ini akan disambut baik oleh ahli komponen mereka memandangkan kebanyakan parti dan NGO itu ialah serpihan daripada mereka sendiri? Mereka yang dulunya berkrisis keluar parti dan menubuhkan parti atau NGO baru sebagai wadah perjuangan? Menerima ahli bersekutu seakan menyinggung hati sahabat yang selama ini menempuh badai bersama-sama mereka.

Itulah cabaran besar yang dihadapi oleh kepimpinan tertinggi BN dalam menggalas cabaran politik di zaman perubahan ini. Mengemudi sebuah `bahtera’ yang kian mereput dan semakin hilang haluan memang payah. Sementelah pula punya nakhoda dan jurumudi yang disangsikan kebolehannya oleh anak kapal sendiri. Ada baiknya kapal itu ditukunkan sahaja sekurang-kurangnya boleh memberi laluan kepada kapal lain yang lebih kukuh dan diyakini untuk meneruskan pelayaran.

Read more...

Khairy ingin mengajar Ku Li berpolitik?

Kritikan pedas yang diterima oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari kalangan pemimpin umno tidak sedikitpun menggoyahkan pendiriannya untuk terus mempertahankan kenyataan yang negeri Kelantan sememangnya layak mendapat royalti minyak.

Yang terbaru Ketua Pemuda umno , Khairy Jamaluddinpun ingin turut serta mempertikai pendirian Ku Li. Apakah mereka sedar orang yang mereka kritik itu seorang pemimpin veteran umno yang telah melalui beberapa zaman Perdana Menteri dan kaya dengan pengalaman politik?

Bagai bumi dengan langit jika ingin dibandingkan pemikiran bernas Ku Li dengan beberapa corak pemikiran pimpinan umno sekarang! Sanggahan mereka yang semakin pedas terhadap Ku Li seakan mereka lebih umno dari Ku Li. Sedangkan semasa mereka berhingus lagi Ku Li sudah berdiri gagah di medan politik.

Hebat transformasi besar umno sekarang! Sesiapa yang bersuara tidak selari dengan nada kepimpinan utama mereka dituduh tidak sayangkan umno dan pro-pembangkang. Nampak jelas seakan di dalam umno seakan tidak ada ruang untuk berbeza pendapat dan bercambah fikiran. Asalkan dari umno semuanya mesti disokong walaupun dalam isu yang jelas memihak kepada kebenaran di Kelantan.

Nampak gayanya terpaksalah Ku Li berguru dengan anak-anak muda umno bagaimana untuk berpolitik atau boleh mencari-cari parti baru yang benar-benar berjuang untuk agama , negara dan rakyat!.

Read more...

Pas penentu lanskap politik negara!

Semua sudah maklum selama ini momokan hanya umno BN yang mampu memerintah hanya tinggal dongeng dan hujah lapuk yang hanya timbul menjelang pilihanraya. Di manakah penanda arasnya kebijaksanaan mereka jika dibandingkan dengan pemimpin parti lain di Malaysia. Jika sayangkan negara malah pimpinan Pas barangkali lebih layak digelar patriotik apabila tidak ada seorangpun yang didakwa sebagai PERASUAH dan dipersoalkan menyalahgunakan harta negara untuk kepentingan peribadi.

Taiwan , Korea , Singapura dan Jepun boleh maju walaupun tanpa ada satupun cawangan umno di sana! Maknanya di situ maju mundur sesebuah negara atau ketamadunan bukanlah terletak pada parti politik semata-mata tapi terasnya terletak kepada kepimpinan mereka. Sesiapa yang jujur dan amanah kepada jawatan yang dipangkunya sudah tentulah akan meletakkan kepentingan agama , masyarakat dan negaranya di depan lebih daripada kepentingan peribadi dan kaum keluarga. Siapakah di kalangan pimpinan umno yang berciri sebegini?

Justeru itu rakyat hari ini melihat tokoh kepimpinan yang boleh dipercayai itu ada di dalam kelompok `pembangkang’ seperti yang dilabelkan oleh media pencacai (Barangkali mereka tidak melihat Pakatan Rakyat itu sebahagian daripada kerajaan!).

Pas bermula dari Mursyidul Amnya , Presiden hinggalah ke saf bawah dibarisi oleh sekelompok pimpinan yang mendapat kepercayaan besar segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum. Melayu , Cina , India ,Iban , Kadazan dan lain-lain bangsa tidak pernah risau harta kekayaan negara akan dibolot oleh pimpinan pas jika Pakatan Rakyat memerintah. Mereka Cuma masih belum faham seluruhnya tentang Islam yang diperjuangkan Pas.Itu saja. Dan jika tembok pemisah ini dapat dileraikan tidak mustahil Pas dan Pakatan Rakyat akan mengambil-alih teraju pemerintah.

Jika sekarangpun banyak mata yang memandang apa jua yang berlaku di dalam Pas dan mereka berminat untuk mengetahuinya kerana mereka tahu Pas mempunyai potensi yang besar sebagai Parti yang menunggu masa untuk membuat perubahan. Sebab itu tidak hairan jika setiap isu yang melanda, pimpinan Pas lah menjadi tempat rujuk masyarakat dan media massa. Seakan orang tua yang di minta nasihat.

Tapi yang agak terkebelakang ialah apabila melihat Pas sendiri seakan masih gagal memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan parti dan rakyat. Lambat bertindak dalam sesetengah isu dan tidak mahu menjadi pemain utama menjadikan masyarakat melihat Pas dan PR sekadar `pembangkang,! Potensi yang ada masih gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih keyakinan rakyat walaupun di barisi oleh cerdik-pandai.

Justeru masih belum terlambat untuk membuat anjakan dan perubahan langkah politik. Persefahaman dengan PR merupakan langkah bijak namun perlu melibatkan diri lebih ke tengah masyarakat. Pimpinan terutamanya perlu turun hingga ke akar umbi dan tidak hanya terhenti di cawangan-cawangan Pas.

Biarlah masyarakat melihat dan memesrai Pas itu melalui gerakerja yang berkesan dan menjuarai setiap permasalahan rakyat. Tidak sekadar bercakap di atas pentas tapi terus mempraktiskan contoh kepimpnan Islam ke tengah masyarakati.

Read more...

Harta Kerajaan BUKAN harta UMNO!

UMNO negeri Pahang menghadapi kemungkinan disiasat oleh SPRM keinginan mereka untuk menggunakan kampus UITM di Jengka untuk mereka mengadakan Konvensyen umno negeri. Tidak seperti yang mereka laung-laungkan selama ini pelajar universiti mestilah menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran dan dikehendaki menjauhi bidang politik.

Sekarang jelaslah siapa yang menggunakan pelajar dan harta kerajaan untuk politik untuk mereka.

Penyalahgunaan harta benda kerajaan seperti ini juga berlaku di Rompin apabila baru-baru ini umno bahagian Rompin mengadakan konvensyen mereka di sebuah Dewan di UNITEN Muadzam Shah.Tanpa segan-silu pada 13 februari mereka berpusu-pusu ke UNITEN seolah-olah aset itu milik parti umno. Ditulis pula pada iklan mereka khidmat kaunter Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pendaftaran ahli UMNO!

Apakah umno layak boleh sesuka hati menggunakan apa jua jentera dan harta kerajaan untuk kempen politik mereka? Apakah umno parti elit yang satu-satunya diberi keistemewaan ini?

Di sini juga ada Perpustakaan awam yang sehingga kini terpampang `Bilik Gerakan Umno’ di hadapannya sedangkan itu bukanlah milik parti umno. Inilah penyalahgunaan harta benda awam untuk kepentingan politik!. Jika Pas yang ingin menganjurkan sesuatu aktiviti di kemudahan awam maka dengan mudah permohonan atau surat di jawab `TIDAK DILULUSKAN’.

Sampai bilakah keadaan ini berterusan apabila Pakatan Rakyat berjuang untuk merubah lanskap politik negara terpaksa menentang pihak yang menggunakan agensi kerajaan dan harta negara sebagai modal mereka.

Read more...

Syukran jazilan

Alhamdulillah program karnival Cakne Rakyat Pas Kawasan sudahpun berjaya. Program yang hanya sempat dirancang dalam masa dua minggu ini bertujuan merakyatkan Pas agar tidak kelihatan asing di mata masyarakat.


Memang mutakhir ini Pas semakin didekati dan dimesrai oleh kebanyakan rakyat Malaysia lantaran dengan turunnya kepimpinan Pas dari peringkat pusat maka program inipun dirancang agar memberikan impak yang besar kepada aura politik khususnya di Parlimen Rompin ini.Dan kesannya jelas semakin positif dari hari ke hari.

Membawa wakil daripada pihak kami penganjur mengucapkan terima kasih kasih atas semua pimpinan pusat , para artis jemputan dan semua yang menjayakan program ini. Pengorbanan kita sebagai penggerak kepada jemaah Islam moga-moga mendapat rahmat dan belas-kasihan daripada Allah.

Tahukah anda siapakah yang menjadi tulang belakang kepada penganjuran majlis ini? Tidak lain tidak bukan ialah barisan kepimpinan mantap Pas Kawasan Rompin dengan kerjasama Dewan Muslimat Kawasan serta Dewan Pemuda Pas Kawasan!....Kita dengar apa kata sebahagian daripada petugas dan pengunjung karnival ini:

Ustaz Suhaimi - Pengarah Program:
Pertamanya ana mengucapkan terima kasih atas semua komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua petugas. Tahniah kerana telah melaksanakan tugas dengan baik. Juga terima kasih kepada pengunjung karnival yang tidak putus-putus memenuhi tapak karnival semoga dengan kehadiran tuan-puan itu dapat mendekatkan lagi perjuangan Pas dengan masyarakat. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada anggota keselamatan termasuk pihak polis , anggota rela serta pengurusan tanah rancangan yang memberikan kerjasama amat baik.

Ustaz Shukri Hj Ahmad - YDP Pas Rompin:
" Syabas kepada urusetia penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan baik. Berdasarkan kepada respon yang diterima daripada masyarakat kita Pas sentiasa di depan dalam membicarakan permasalahan rakyat. Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan oleh semua kepimpinan Pas sama ada di peringkat cawangan , Dewan-dewan mahupun ahli jawatankuasa Pas Kawasan sendiri. Masalah rakyat adalah masalah kita dan sebagai tulang belakang kepada jemaah kita mestilah menjadikan Islam itu sebagai pemimpin kepada perubahan. "

Ramli Awang Ahmat - Setiausaha Pas Kawasan:
"Program ini dilihat berjaya kerana penganjuran aktiviti yang pelbagai. Masyarakat memang perlu sentiasa dicakna oleh pimpinan. Saya juga tertarik melihat ustazah Nuridah selaku pimpinan Pas mencukur kepala seorang bayi dalam program tersebut. Ini isyarat bahawa Pas bukanlah asing kepada rakyat. Hanya media berat sebelah yang melabelkan begitu."



Ustaz Nazri - Ketua Dewan Pemuda:
"Pertandingan motor cross yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan merupakan petanda positif golongan muda yang lebih berfikiran terbuka berkenaan politik. Barangkali mereka mempunyai maklumat yang pelbagai dari media alternatif dan tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah sebelah pihak. Pas tidak hanya mengajak orang ke masjid dan surau malah menghantar mesej yang lebih dari itu. Berhibur , beriadah dan mendidik rakyat supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kita akan terus mendekati golongan muda ini pelbagai program yang telah dirancang."

Arif Musa - pengunjung /penyokong:
"Saya amat seronok menghadiri program seperti ini. Selain bersukan dan beriadah saya juga dapat mengenali Pas dengan lebih dekat lagi. Ramai kawan-kawan saya yang mulanya agak 'segan' untuk berkunjung ke sini kini tidak lagi begitu apabila melihat Pas lebih memahami kehidupan rakyat berbanding parti lain. Pas tidaklah seteruk yang digambarkakn dikaca TV"



Sepol - salah seorang petugas:
"Errr...Speaker ni rosak plak dahh!!!!"

Read more...

sehingga 7 petang

Di Tapak program baru saja selesai majlis penyampaian hadiah. Yang DiPertua Pas Kawasan Rompin diberi penghargaan untuk menyampaikan hadiah kepada kesemua pemenang.

Disebelah malam Program akan disambung pada jam 9 malam dengan persembahan dikir barat oleh kumpulan Jen Enduro dari Kelantan.

Semua dijemput hadir.

lensa sebelah petang








Read more...

Jam 4 petang di tapak program

Sekarang sedang sengit perlawanan futsal berkain pelikat di Dataran Markas Dun Ibam Keratong 4. Sebanyak 12 pasukan yang bertanding dalam kategori terbuka ini semuanya hebat-hebat belaka.

Yang melucukan anak-anak sekolah menamakan pasukan mereka sempena pasukan ternama dunia seperti Real Madrid , Barcelona , Liverpool dan sebagainya....Keadaan di sini seakan menyaksikan pertembungan gergasi bolasepak dalam piala eropah..ha..ha..

Yang Dipertua Pas Rompin Ustaz Shukri Hj Ahmad turut kelihatan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Pada Petang nanti akan diadakan acara Tarik tali dan pertandingan akhir Motorcross. Sementara pada sebelah malam nanti ruangan seni dan budaya akan mengambil tempat. Antara persembahan yang amat dinantikan ialah persembahan dikir barat Jon Enduro dari Kelantan.









Read more...

Lintas langsung dari Rompin

Hari ini program Cakne Rakyat Pas diteruskan lagi dengan pelbagai acara. Antaranya Sukaneka untuk kanak-kanak , remaja dan golongan dewasa. Satu program yang mencuri perhatian khalayak hari ini ialah perlumbaan Motorcross dan Cubcross.

Tapak Program sehingga jam 12 tengahari ini masih dibanjiri ratusan pengunjung yang mengambil bahaguan dan menjadi pemerhati kepada acara-acara sukan yang diadakan.

Sebentar tadi Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Ustazah Nuridah sempat menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada beberapa pemenang acara sukan dan hadiah kecemerlangan PMR dan UPSR. Dikesempatan itu juga beliau dan Dr jihad diminta untuk mencukur jambul seorang bayi yang baru dilahirkan.

Keadaan benar-benar meriah dengan kebanjiran penduduk daripada sekitar Parlimen Rompin. Malah ada juga yang datang dari Melaka , Chini dan Tanjong Gemuk untuk menyertai dan memeriahkan lagi program ini.

Gambar dari venue

Ketua Muslimat Pas Pusat...Ustazah Nuridah



Sumbangan kepada pelajar cemerlang PMR




Sempat mencukur jambul seorang bayi



Comelnya budak ni....kata Dr Najiha



Semoga menjadi insan Soleh...amin!!!



Peserta Motorcross dan Cubcross sempat bergambar bersama KP Rompin



Ustaz Nazri melepaskan peserta



Cantik



Alamak rosak pulak!!! Nasib baik ada marshall



Antara aksi







Terompah tempurung untuk kanak-kanak



Antara peserta bowling nyiur yang memberikan tentangan sengit



Jalan batu-bata



Basikal Lambat



Kerusi pun berebut....cam ahli politik!!??




Congkak untuk Nisa' dan Muslimat




Acara mewarna kanak-kanak





Kaunter pendaftaran acara muslimat...sambutan yang amat menggalakkan!

Read more...

Gambar-gambar program setakat ini

Urusetia mengemaskan kedudukan



Pengarah Program Ustaz Suhaimi memeriksa persiapan akhir



Team ict tidak ketinggalan membuat siaran



Pengarah menyampaikan ucapan alu-aluan



Nisa' Pas turut menghulur bantuan



Pertunjukkan Pencak Silat...bakat muda



berbakat



Mak oiii....ni cam bebetul jer!!??



elak dik elak!!!



Pertunjukkan Tomoi



Timbalan YDP Rompin turut berpencak silat



Buku bertemu ruas..hi..hi..


10 malam 14 februari
-Sekarang ceramah umum sedang berjalan. Antara penceramah pada malam ini ialah YDP Pas Rompin Ustaz Hj Shukri Ahmad , penceramah jemputan Ustazah Nuridah Saleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan Dr Jihah Ketua Lujnah Kebajikan Muslimat Pusat.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP