Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Israel tunjuk belang!

Israel kali ini benar-benar menunjukkan kesamsengannya dengan tidak mengendahkan badan sukarela untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. Seluruh dunia seakan `terkejut’ dengan perkembangan terbaru ini. 'Hadiah pelancar roket dan peluru' ala sambutan alu-aluan dari Israel ini agaknya tidak terjangka oleh kebanyakan negara.

Tahukah mereka dan kita di sini situasi itulah yang dihadapi saban hari rakyat Palestin dengan rejim Israel. Apakah yang boleh dilakukan oleh badan dunia seperti PBB dan OIC untuk menyelesaikan kemelut ini? Kelemahan dalam kepimpinan menjadi akibat negara umat Islam dibuli oleh golongan yang suka mengambil kesempatan.


Jangan terkejut dan jangan pura-pura terkejut!

Read more...

PEMBERITAHU

Read more...

Rakyat Sibu tolak judi bola!

Keputusan by-election di sibu seakan memberi mesej kepada BN bahawa mereka menolak keras sebarang unsur perjudian dalam urusan kerajaan mahupun bidang sukan.

BN harus melihat tindakan penolakan ini sebagai satu bentuk muhasabah kepada mereka yang berbuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan rakyat kebanyakan. Untuk siapakah judi bola jika semua agama melarang penganutnya berjudi?
Nampaknya para mufti perlu bekerja keras dalam memahamkan perkara ini kepada pemimpin negara.

Apapun , keputusan di Sibu menerbitkan sinar cerah bagi Pakatan Rakyat di sana. Walaupun kemenangan ini atas tiket DAP namun di fahamkan Pas mula mendapat tempat di sana. Majoriti kaum kaum Melayu , Cina dan Iban tidak segan silu menyatakan sokongan mereka kepada parti pas. Bendera pas berkibaran di merata tempat di premis dan kediaman bukan melayu. Itulah petanda bahawa kemenangan di pihak yang benar semakin hampir dan kebatilan semakin lenyap akibat tangan-tangan mereka sendiri.

Syabas rakyat Sibu!!!


Read more...

Lesen judi : jelaskan mentaliti pemimpin BN

Dengan pertikaian di antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam isu meluluskan lesen perjudian sempena bolasepak Piala Dunia jelas mencerminkan corak pemikiran masing-masing. Apakah sebenarnya helah di sebalik judi bola ini? Setelah sekian lama masalah judi berleluasa kini seakan ada jalan untuk menyelesaikannya. Jalan singkat dan mudah. Tapi berdosa!. Dan siapakah yang mendapat keuntungan daripada penghalalan ini?

Dalam pada kekangan kepada umat Islam berjudi sekarang longgar dan ala kadar apatah lagi agaknya dengan judi baru ini pula. Lihat dan intai di premis nombor ramalan dan pusat judi komputer atau kuda haram , sebahagian yang terlibat ialah melayu Islam.

DAP sendiri membantah keras cadangan tidak bertamadun ini. Ini menggalakkan rakyat berjudi kata mereka. Dan alasan mereka ini ada benarnya jika kerajaan memandang judi ini sebahagian daripada cara untuk menjana ekonomi. Penyudahnya rakyat akan berjudi nasib setiap hari untuk mencari wang mudah.

Sementara itu Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Mengelakkan penipuan dan monopoli kongsi gelap , katanya. Di Malaysia masih ada kongsi gelap? Apakah di zaman moden satu malaysia dan pasukan keselamatan yang cekap ini masih ada kongsi gelap seperti mafia Al-capone atau gangster seperti dalam filem Hong kong?

Jika benar dakwaannya ini PDRM perlu memberikan penjelasan mengapa kongsi gelap ini masih bebas bermaharajalela menjalankan perniagaan haram.

Jelas kerajaan pimpinan Najib hanya melihat meng`halal’kan judi bola seakan penyelesai masalah judi haram. Barangkali formula ini boleh dilebarkan dalam `menyelesaikan’ permasalahan sindiket haram lain.

Read more...

Arak dan Judi : keduanya haram!

Jika rakyat di hulu Selangor menolak calon PR yang pernah mempunyai sejarah hitam berkaitan arak apa pula isunya di sibu? Judi, Judi Bola. Kerajaan BN bercadang untuk memberi lesen kepada taikun perjudian agar perjudian ‘haram’ dapat di hapuskan. Hebat. Memang hebat gaya pemikiran pemimpin umno sekarang!

Untuk menghapuskan judi haram maka di beri judi ‘halal’. Barangkali sedikit masa lagi untuk menghapuskan perzinaan dan pelacuran maka ada pulak cara ‘halal’ yang tidak menyalahi peraturan rekaan manusia walaupun jelas melanggar peraturan Allah.

Apa agaknya kata mufti dan majlis fatwa berkenaan perkembangan ini.

Rakyat di Sibu perlu melihat bahawa Judi dan arak adalah perkara yang dikeji Allah. Kedua-dua pelakunya jika tidak bertaubat maka neraka lah tempatnya. Dan menyokong kepada pihak yang melakukan kemungkaran itu seolah-olah kita sendiri yang melakukannya. Wa iya zubillah.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP