Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

16 september

Hari ini sudah 15 september,sesiapapun di Malaysia sekarang tidak boleh lari dari isu peralihan kerajaan yang diwar-warkan pada esok hari.Masing-masing menunggu dengan penuh debar sambil beranggapan jadi atau tidak!

Inilah satu-satunya isu mutakhir ini yang melibatkan seluruh rakyat jelata membincangkannya.Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri.Dato' Seri Anwar semestinya menjadi sorotan lensa media sekarang seolah-olah beliaulah pemain utama politik negara...dan sememangnya itulah yang terjadi.Popularitinya berada di tahap terbaik mengatasi tokoh BN sendiri.

Bagi saya tidaklah mengharap sangat sesuatu yang sukar ini berlaku,namun ianya tidak pula mustahil dengan izin Allah.Itulah yang menjadikan kita mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat.Andai sudah tertulis dalam ilmu Allah berlakunya perubahan datanglah satu dunia pun yang mencegahnya namun jika jadi kata Allah,maka jadilah ia begitulah juga sebaliknya.

Yang paling tension sekarang?Sudah tentu golongan yang tidak mahu perubahan.Jika pemimpin sudah tentulah mereka betah mempertahankan kuasanya dan jika orang biasa barangkali mereka tidak cukup yakin dengan kebolehan Pakatan Rakyat memerintah.Namun gambaran dari lima negeri yang ditadbir PR,nyatalah mitos hanya BN yang mampu memerintah hanyalah khayalan semata-mata.

Cuma apa yang penting bagi kita seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan janganlah isu peralihan ini mencetuskan keadaan yang tidak selamat dalam negara sama ada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan BN sendiri.Juga,jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan membuat provokasi yang merugikan rakyat dan negara.Jadikan Allah dan Rasul ,iman dan takwa sebagai panduan dalam setiap perbuatan lebih-lebih lagi kita berada di bulan yang penuh kerahmatan ini.Semoga negara dan rakyat akan terus aman damai tanpa ada unsur-unsur yang boleh menggugat perpaduan di kalangan kita.

jinbukitridan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP