Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Zaid Ibrahim mempertahankan prinsip!

Bagai yang dikata akhirnya Zaid Ibrahim seorang menteri kanan kabinet Pak Lah mengotakan janjinya meletakkan jawatannya hari ini.Surat perletakan jawatannya telahpun diserahkan kepada PM tengahari tadi.Jika selama ini saya tidak bersetuju dengan banyak tindakannya tapi kali ini beliau di pihak yang benar kerana mempertahankan maruah negara dan rakyat.ISA yang menjadi sebab perletakan jawatannya telah memenjarakan seorang tokoh politik dan blogger baru-baru ini.

Tahniah! Dato'.Bukan kerana kehilangan jawatan dan gaji yang besar tapi kerana berjaya mempertahankan prinsip yang benar.Bukan semua orang sanggup berkorban pangkat dan kedudukan.Yang pasti kali ini beliau berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan BN yang tidak semua tindakan mereka betul dan disenangi walaupun dari kalangan mereka sendiri.

Mufti Perlis,Dr Asri juga menyatakan pendapatnya yang kurang bersetuju dengan penggunaan ISA dalam isu agama."Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis."Katanya.

Bersyukur kita kepada Allah yang masih ada di kalangan pemimpin yang berani mengatakan `tidak' kepada pimpinan tertinggi negara.Jika di nilai dari sudut positif inilah ruang dan masanya kita membuat perubahan demi kesejahteraan rakyat dan kebaikan negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP