Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Muhasabah Ramadhan


Jangan terlalu asyik dengan kemenangan hingga lupa pada tanggung-jawab.

Kemenangan demi kemenangan yang dikurniakan Allah dalam beberapa siri pilihanraya kecil begitu mengasyikkan , seronok dan rasa sedikit berbaloi atas kerja-kerja politik yang kita lakukan selama ini. Justeru ramai di kalangan kita tidak berhenti untuk mengharapkan ada lagi pilihanrayakecil agar momentum kemenangan ini terus berkekalan hingga ke PRU ke 13.

Tapi sahabat-sahabat harus ingat adakah dengan kemenangan ini kita semakin bersyukur dan meningkatkan lagi gerakerja dakwah dan politik atau kita hanya betah bercakap tentang betapa rakyat meluat dengan umno BN tanpa kita memperkemaskan lagi kerja-kerja menjana kemenangan Pas dan PR di peringkat Kawasan dan Dun masing-masing?
Kita tidak boleh semata mengharapkan ‘tsunami’ sentimen rakyat yang bila-bila masa boleh beralih arah jika ada isu besar yang membuatkan begitu. Persoalannya adakah kita bersedia andai satu masa nanti sentimen ini sudah tidak menyebelahi kita lagi?

Perkara pokok yang menjadi asas penilaian rakyat adalah prestasi wakil-wakil rakyat kita yang diberi peluang oleh rakyat untuk berkhidmat untuk mereka. Apakah setakat ini mereka telah menjalankan amanah sebagaimana yang diharapkan parti apatah lagi menepati kehendak Allah dan Rasul? Apakah setakat ini mereka menjadikan jemaah sebagai satu rangka-kerja kolektif atau sekadar ‘lone-ranger’ tanpa merujuk kepada parti dalam mengisi kemenangan?

Begitu juga jika dilihat sejauh manakah cawangan-cawangan kita telah menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya telah dibuat sebagai persediaan menghadapi PRU yang akan datang?Berapa banyakkah markaz-markaz yang masih lagi terkunci rapi tanpa dihidupkan dengan cara yang sepatutnya sedangkan kemenangan Islam menjadi impian kita siang dan malam?

Inilah yang kita sebagai petugas parti perlu membuat pemantauan demi kemurnian perjuangan Islam yang kita junjung. Kita tahu dan yakin Allah cintakan perjuangan Islam yang kemas dan tersusun rapi ( rujuk Surah As-Saf) tapi adakah kita sedang mempraktiskannya? Muhasabah demi menjana kemenangan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP