Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Calon terbaik umno?

Umno memperjudikan nasib lagi dengan mengumumkan Isa Samad sebagai calon PRK Bagan Pinang walaupun pernah didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang @ rasuah. Jika di Manik Urai dulu mereka ditewaskan oleh seorang Peraih ikan kerana memandang mudah kelayakannya dan di Permatang Pasir mereka sekali lagi tersilap percaturan dengan menurunkan Rohaizat yang pernah di ambil tindakan oleh Majlis Peguam. Berani…memang mereka berani! Terpaksa berlagak berani kerana takut kalah.

Desas-desus sudah mula kedengaran hanya pemimpin umno sahaja yang bersetuju dengan pencalonan Isa ini sedangkan majoriti rakyat di Bagan Pinang menolak pemimpin yang pernah mempunyai rekod hitam ini. (bukan piring hitam !)

Nampaknya sekali lagi saranan Tun dan KuLi seakan diambil lewa. Tapi meletakkan kesalahan membuta-tuli terhadap Najib dan Muhyidin juga tidak adil. Barangkali mereka sudah jenuh menapis calon yang bersih dan hanya Isa Samad sahaja yang paling bersih mengikut penanda aras umno. Tambahan pula umno Bagan Pinang yang kebetulan diketuai oleh Isa juga mengharapkan Isa Samadlah yang bertandingi. Sudah kelihatan kain rentang yang memaparkan golongan tertentu yang akan memboikot pilihanraya ini jika Isa tidak dicalonkan.

Tun dan KuLi mungkin hanya mampu menggeleng kepala melihat percaturan yang berani ini. Sekarang bukan zaman kegemilangan mereka era 80-an dahulu. Dahulu suara mereka didengar, pengaruh mereka besar. Jika mereka berkeras inginkan suara mereka didengar ceburlah semula politik dan bertandinglah dalam pemilihan nanti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP