Pakatan Rakyat perlu fokus
Berita beberapa Ahli Parlimen dari rakan gabungan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak mencetuskan satu isu baru dalam negara. Sama ada ianya memang di atur sedemikian oleh pihak-pihak tertentu atau secara kebetulan sukar untuk dibuktikan.
` Kebetulan’ nya pula negara bakal berhadapan dengan pilihanraya DUN di Sabah dan Sarawak dalam masa-masa terdekat!
Pada congak rakyat di kedai kopi barangkali berlaku sedikit pertikaian dan perbezaan pendapat mengapa perkara ini berlaku. Adakah benar Pakatan Rakyat semakin goyah dan hilang arah tuju? Jika menunggu jawapan daripada akhbar arus perdana memang apa yang mereka sangkakan. Tapi apabila melihat satu demi satu sidang akhbar keluar parti diadakan rakyat mula memikir. Seakan ada satu plot atau jalan cerita berkenaan agenda ini yang diatur pihak tertentu yang mana motifnya untuk menjatuhkan air muka Pakatan Rakyat! Membuatkan pimpinan PR hilang fokus kepada pemerintahan seterusnya menggagalkan usaha memajukan negeri dan rakyat.
Justeru bagi mereka yang bijak menilai isu perkara begini bukanlah sesuatu yang perlu diberi `markah’ untuk penilaian. Berdepan dengan asakan yang hebat dan kotor dari seluruh jentera lawan barangkali mengakibatkan kebocoran di beberapa kubu yang tidak mampu bertahan. Bagi mereka yang tegar dan berprinsip sahaja yang akan tegak berdiri mempertahankan prinsip perjuangan!
Oleh itu adalah lebih baik kita memperkukuh dan memperbaiki mutu perkhidmatan kita kepada rakyat daripada melayan kerenah mereka yang tidak berprinsip ini.Cerita ini tidak akan selesai jika nampak kita terkesan kerananya. Biarlah rakyat yang menilai segalanya dan tidak perlu membela diri secara berlebihan sehingga meninggalkan tanggungjawab utama kepada parti dan rakyat.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment