BN gentar dengan Dewan Himpunan Pas!
Barisan Nasional akhirnya menimbangkan untuk membuka keahlliannya kepada lain-lain parti dan badan-badan NGO kerana bimbang dengan pengaruhnya yang semakin berkurangan. Mendapat pengajaran yang mengejutkan dalam pilihanraya umum yang lalu sememangnya di luar jangkaan. Jika selama ini mereka berbangga dengan angka keahlian yang mencecah jutaan orang namun ahli sahaja tidak mencukupi untuk memenangkan BN.
Ada pemerhati politik berpendapat langkah terdesak ini ialah untuk menyeimbangkan pengaruh Pas yang kian melebarkan sayapnya dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas baru-baru ini. Puluhan ribu bukan Islam yang mendaftarkan diri sebagai ahli seakan menyentak mimpi indah rekaan BN yang selama ini mendakwa mendapat sokongan majoriti rakyat.
Pas akhirnya dapat memecahkan tembok pemisah dengan bukan Islam dengan langkah berani ini. Walaupun masih di peringkat awal namun ramai berpendapat masa depan politik negara bakal dicorakkan Pas dengan perkembangan ini. Jika bukan Islam mula memahami dasar dan melihat kecantikan Islam yang diperjuangkan Pas maka tidak ada apa lagi yang boleh menghalang pembentukan sebuah negara yang di dalamnya tertegak nilai-nilai murni Islam dan keadilan yang di dambakan oleh sekalian rakyat.
BN benar-benar tertekan sekarang. Dalam cubaan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu bahtera mereka pula yang bocor satu persatu. MCA , MIC , PPP dan umno sendiri kian bercelaru dengan pelbagai konflik dalaman justeru langkah membuka keahlian keahlian bersekutu di lihat sebagai penyelesaian sementara agar bahtera tidak terus tenggelam.
Namun apakah langkah ini akan disambut baik oleh ahli komponen mereka memandangkan kebanyakan parti dan NGO itu ialah serpihan daripada mereka sendiri? Mereka yang dulunya berkrisis keluar parti dan menubuhkan parti atau NGO baru sebagai wadah perjuangan? Menerima ahli bersekutu seakan menyinggung hati sahabat yang selama ini menempuh badai bersama-sama mereka.
Itulah cabaran besar yang dihadapi oleh kepimpinan tertinggi BN dalam menggalas cabaran politik di zaman perubahan ini. Mengemudi sebuah `bahtera’ yang kian mereput dan semakin hilang haluan memang payah. Sementelah pula punya nakhoda dan jurumudi yang disangsikan kebolehannya oleh anak kapal sendiri. Ada baiknya kapal itu ditukunkan sahaja sekurang-kurangnya boleh memberi laluan kepada kapal lain yang lebih kukuh dan diyakini untuk meneruskan pelayaran.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment