Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Khairy ingin mengajar Ku Li berpolitik?

Kritikan pedas yang diterima oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari kalangan pemimpin umno tidak sedikitpun menggoyahkan pendiriannya untuk terus mempertahankan kenyataan yang negeri Kelantan sememangnya layak mendapat royalti minyak.

Yang terbaru Ketua Pemuda umno , Khairy Jamaluddinpun ingin turut serta mempertikai pendirian Ku Li. Apakah mereka sedar orang yang mereka kritik itu seorang pemimpin veteran umno yang telah melalui beberapa zaman Perdana Menteri dan kaya dengan pengalaman politik?

Bagai bumi dengan langit jika ingin dibandingkan pemikiran bernas Ku Li dengan beberapa corak pemikiran pimpinan umno sekarang! Sanggahan mereka yang semakin pedas terhadap Ku Li seakan mereka lebih umno dari Ku Li. Sedangkan semasa mereka berhingus lagi Ku Li sudah berdiri gagah di medan politik.

Hebat transformasi besar umno sekarang! Sesiapa yang bersuara tidak selari dengan nada kepimpinan utama mereka dituduh tidak sayangkan umno dan pro-pembangkang. Nampak jelas seakan di dalam umno seakan tidak ada ruang untuk berbeza pendapat dan bercambah fikiran. Asalkan dari umno semuanya mesti disokong walaupun dalam isu yang jelas memihak kepada kebenaran di Kelantan.

Nampak gayanya terpaksalah Ku Li berguru dengan anak-anak muda umno bagaimana untuk berpolitik atau boleh mencari-cari parti baru yang benar-benar berjuang untuk agama , negara dan rakyat!.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP