Harta Kerajaan BUKAN harta UMNO!
UMNO negeri Pahang menghadapi kemungkinan disiasat oleh SPRM keinginan mereka untuk menggunakan kampus UITM di Jengka untuk mereka mengadakan Konvensyen umno negeri. Tidak seperti yang mereka laung-laungkan selama ini pelajar universiti mestilah menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran dan dikehendaki menjauhi bidang politik.
Sekarang jelaslah siapa yang menggunakan pelajar dan harta kerajaan untuk politik untuk mereka.
Penyalahgunaan harta benda kerajaan seperti ini juga berlaku di Rompin apabila baru-baru ini umno bahagian Rompin mengadakan konvensyen mereka di sebuah Dewan di UNITEN Muadzam Shah.Tanpa segan-silu pada 13 februari mereka berpusu-pusu ke UNITEN seolah-olah aset itu milik parti umno. Ditulis pula pada iklan mereka khidmat kaunter Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pendaftaran ahli UMNO!
Apakah umno layak boleh sesuka hati menggunakan apa jua jentera dan harta kerajaan untuk kempen politik mereka? Apakah umno parti elit yang satu-satunya diberi keistemewaan ini?
Di sini juga ada Perpustakaan awam yang sehingga kini terpampang `Bilik Gerakan Umno’ di hadapannya sedangkan itu bukanlah milik parti umno. Inilah penyalahgunaan harta benda awam untuk kepentingan politik!. Jika Pas yang ingin menganjurkan sesuatu aktiviti di kemudahan awam maka dengan mudah permohonan atau surat di jawab `TIDAK DILULUSKAN’.
Sampai bilakah keadaan ini berterusan apabila Pakatan Rakyat berjuang untuk merubah lanskap politik negara terpaksa menentang pihak yang menggunakan agensi kerajaan dan harta negara sebagai modal mereka.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment