Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Layakkah perasuah menjadi pemimpin?

Jika persoalan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pilihanraya apakah jawapan sebenar yang akan diterima daripada setiap warganegara kita? Hampir pasti tidak ada seorang manusia yang waras fikirannya mahu berpemimpinkan seorang perasuah dan penyeleweng. Mereka tahu akibatnya negara akan hancur , masyarakat akan punah dan institusi kekeluargaan akan porak-peranda jika pemimpin di kalangan mereka hanya tahu mengenyangkan perut sendiri tanpa membela nasib rakyat.


Banyak contoh negara di dunia yang indeks rasuahnya di tahap merudum meninggalkan kesan yang amat buruk kepada rakyatnya. Yang kaya bertambah kaya kerana ‘pandai’ menggunakan wang sementara yang miskin semakin melarat kerana tidak ada peluang untuk mengubah kehidupan kerana dinafikan oleh perasuah-perasuah yang umpama tuan! Di kaca TV boleh kita lihat pemimpin mereka hidup senang-lenang sementara rakyat merempat di tepi jalan.

Justeru itulah perlu kita sebagai rakyat Malaysia yang masih berpeluang memilih pemimpin dalam sistem pilihanraya agar memilih pemimpin atau parti politik yang jujur dan terhindar daripada budaya rasuah. Mana-mana pemimpin yang menyeleweng dan oportunis sama ada daripada Pas , PKR , DAP mahupun UMNO dan Barisan Nasional harus kita tolak. Sebagai rakyat yang cintakan negara sudah tentunya kita mahukan sebuah negara yang makmur dengan kehidupan rakyat yang sejahtera yang ghalibnya berpandukan kepada golongan yang memimpin mereka.

Oleh kerana berkebetulan dengan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang , kita berharap agar rakyat di sana memilih calon yang betul. Fikir dan nilaikanlah dengan akal dan penanda aras agama. Jika ada pemimpin Pas itu pernah disabitkan kesalahan kerana menyeleweng dan rasuah maka tolaklah mereka. Namun jika sebaliknya UMNO yang terbukti menyeleweng maka janganlah lagi mengundi mereka. Semua rakyat sama ada Petani , Nelayan , Peniaga mahupun anggota tentera haruslah berani membuat pilihan untuk kebaikan generasi kita yang akan datang. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kalian.

Read more...

Rakyat Rompin yang perlu pembelaan!

‘Sedih dan emosi’ begitulah komen ahli rombongan exco DPP Rompin yang menziarahi seorang ibu tunggal yang menderita keuzuran dan hidup dalam serba kekurangan di Kampung Sepakat , Rompin semalam. Sebenarnya pada awalnya Exco Dewan Pemuda Pas Rompin langsung tidak mengetahui di sebalik gambaran kehebatan pimpinan YB Tioman dan MP Rompin , Dato’ JJ ini ada sebuah petempatan yang seakan masih di era 60-an. Hanya lebih kurang 5 kilometer daripada Bandar Rompin mereka hidup di kampung yang laluannya hanya tanah dan becak seakan langsung tidak mendapat perhatian daripada Yang Berhormat!. Itu belum lagi melihat keadaan rumah mereka yang kebanyakannya amat menyedihkan jika dibandingkan dengan rumah Dato’ JJ yang tersergam indah di Muadzam Shah!


Berbekalkan maklumat awal daripada saudara Mohamad , Pengerusi Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda kami sampai di rumah tersebut kira-kira jam 8 malam. Kami disambut oleh anak dan menantu ibu tunggal tersebut dengan mesra dan penuh ukhwah. Ibu tunggal tersebut Puan Ramlah Bakar rupanya telah sebulan terlantar sakit dan tidak mampu bergerak. Menurut menantunya , Ibunya itu disahkan oleh doktor mengalami jangkitan kuman di kaki dan kelihatan keadaannya amat serius. Setelah beberapa kali berulang-alik ke Hospital sekarang mereka memilih untuk menggunakan perubatan tradisional sebagai alternatif.

Selain menjaga ibunya yang sakit menurut Puan Azlina mereka juga menjaga lima orang anak termasuk tiga orang anak saudara mereka yang masih kecil. Suaminya yang hanya bekerja sendiri menjadi tonggak untuk meneruskan kehidupan keluarga ini. Ustaz Nazri, Ketua DPP Rompin bersama rombongan yang lain sempat beramah mesra dan menyelami kesukaran yang dideritai oleh mereka. Walaupun keadaan hidup mereka sukar dan serba kekurangan namun ketabahan jelas terpancar diwajah yang telah sekian lama menempuh detik-detik sukar ini.

Menurut makluman yang diterima belum ada mana-mana pihak daripada umno Barisan Nasional selaku pemimpin di sini yang hadir membantu. Dato’ Jamaluddin Jarjis Ahli Parlimen Rompin kini dilantik menjadi Duta ke Amerika dan membataskan masanya di sini. Beliau yang dengar ceritanya boleh bersembang dengan rakyat Rompin melalui internet barangkali sangat sibuk dengan tugas barunya itu.

Setelah memberikan sedikit sumbangan daripada Dewan Pemuda Pas Rompin kami bersama-sama sempat membacakan doa agar Allah memberikan keringanan kepada keluarga ini. Sesiapa yang ingin menghulur sumbangan bolehlah menghubungi terus Puan Azlina di nombor 017-7911606 atau Ustaz Nazri selaku wakil Pemuda Pas Kawasan di nombor 019-9864379. Berdasarkan pemerhatian kami segala bentuk bantuan perlulah disegerakan memandangkan keadaan hidup mereka tidaklah bernasib baik seperti keluarga yang lain.

Read more...

Calon terbaik umno?

Umno memperjudikan nasib lagi dengan mengumumkan Isa Samad sebagai calon PRK Bagan Pinang walaupun pernah didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang @ rasuah. Jika di Manik Urai dulu mereka ditewaskan oleh seorang Peraih ikan kerana memandang mudah kelayakannya dan di Permatang Pasir mereka sekali lagi tersilap percaturan dengan menurunkan Rohaizat yang pernah di ambil tindakan oleh Majlis Peguam. Berani…memang mereka berani! Terpaksa berlagak berani kerana takut kalah.

Desas-desus sudah mula kedengaran hanya pemimpin umno sahaja yang bersetuju dengan pencalonan Isa ini sedangkan majoriti rakyat di Bagan Pinang menolak pemimpin yang pernah mempunyai rekod hitam ini. (bukan piring hitam !)

Nampaknya sekali lagi saranan Tun dan KuLi seakan diambil lewa. Tapi meletakkan kesalahan membuta-tuli terhadap Najib dan Muhyidin juga tidak adil. Barangkali mereka sudah jenuh menapis calon yang bersih dan hanya Isa Samad sahaja yang paling bersih mengikut penanda aras umno. Tambahan pula umno Bagan Pinang yang kebetulan diketuai oleh Isa juga mengharapkan Isa Samadlah yang bertandingi. Sudah kelihatan kain rentang yang memaparkan golongan tertentu yang akan memboikot pilihanraya ini jika Isa tidak dicalonkan.

Tun dan KuLi mungkin hanya mampu menggeleng kepala melihat percaturan yang berani ini. Sekarang bukan zaman kegemilangan mereka era 80-an dahulu. Dahulu suara mereka didengar, pengaruh mereka besar. Jika mereka berkeras inginkan suara mereka didengar ceburlah semula politik dan bertandinglah dalam pemilihan nanti.

Read more...

Meroboh kubu BN di Bagan Pinang

Seorang sahabat bertanya kepada saya mampukah Pas dan PR mengucar-kacirkan tembok kubu BN di Bagan Pinang? Beliau mengambil-kira undi pos itu kubu yang teguh yang boleh menjadi jerangkap samar sekaligus memerangkap Pas andai tidak bersedia. Saya katakan padanya undi pos kurang 5000 sedangkan pengundi awam berkekuatan lebih 9000 orang. Jika Pas berjaya berjaya mengekalkan jumlah undi pos yang didapati dalam PRU yang lalu ditambah pula dengan sedikit lonjakan daripada kaum Melayu , Cina dan India tidak mustahil PR akan menang! Di atas kertas Pas lebih selesa berbanding umno walaupun ada yang menjangkakan peluang Pas hanya 30%. Bertandang ke kubu lawan hanya strategi yang bijak jadi penentu.


BN mungkin boleh mendabik dada mengatakan Bagan Pinang kubu kuat mereka tapi mereka perlu sedar momentum ‘kesedaran rakyat berpolitik’ makin meningkat dari sehari ke sehari. Dengan masalah dalaman kebanyakan parti komponen BN serta kepimpinan Najib yang hambar dan tidak popular membuka ruang kepada gabungan PR untuk menguasai gelanggang. Isu PKFZ sahaja contohnya sudah memadai bagi pengundi menilai siapakah yang lebih dipercayai untuk memegang amanah. Golongan manakah yang jika berkuasa akan menggondol kemewahan peribadi semata-mata hingga mengenepikan harapan rakyat di bawah? Siapakah yang mendendangkan retorik membasmi rasuah namun negara dilabelkan dengan rasuah yang makin melampau? Memalukan dan satu kegagalan! Atas sebab itulah rakyat yang berfikiran jauh akan membuat keputusan yang bijak tanggal 11 oktober nanti.

Secara mendadak kesedaran politik di negeri adat Perpatih ini berubah di luar jangkaan. Rakyatnya tegar membuat perubahan apabila melihat BN sudah tidak mampu untuk memerintah negeri dengan baik.Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, BN 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi. Jika Pilihanraya kali ini berpihak kepada PR maka cita-cita suci rakyat di Negeri Sembilan semakin menjadi kenyataan.

Apa yang perlunya Pakatan Rakyat kali ini perlu bekerja lebih kuat daripada beberapa siri pilihanraya Kecil yang lalu. Kubu BN di sana tidaklah sekukuh mana. Jika ada lompang dan kecelaruan dalam jentera mestilah diperbaiki segera. Rakyat yang sememangnya ingin memiliki kepimpinan yang amanah dan adil perlu ditunjukkan jalan. Mereka mesti diyakini perubahan yang bakal dilakukan adalah sesuatu yang positif bukan sahaja kepada mereka di Negeri Sembilan khususnya tapi di Malaysia amnya.

...jinbukitridan 28 sept.



Read more...

Siapa Pengerusi BN sebenarnya?

Mutakhir ini kebanyakan rakyat kian keliru tambah celaru apabila melihat Tun Mahathir lebih banyak membuat kenyataan berkenaan pilihanraya berbanding Najib dan Muhyidin! Akhbar pula seakan mengekori ke mana saja mantan PM ini pergi untuk mendapat ‘amanat’. Mengapa Najib dan Muhyidin kelihatan agak terkebelakang berbanding Mahathir? Ada pendapat mengatakan mereka telahpun mendapat pengajaran daripada beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu justeru kali ini mereka lebih berhati-hati untuk membuat kenyataan.

Manakan tidak dengan kuasa memerintah ditangan ditambah pula dengan monopoli jentera kerajaan mereka masih juga belum berjaya meyakinkan rakyat untuk kembali kepangkuan mereka.

Bagi Tun barangkali merasakan gagasan yang diasaskannya iaitu wawasan 2020 semakin kabur pencapaiannya jika keadaan politik yang tidak memihak BN ini berterusan. Lalu sebagai ahli UMNO yang berpengalaman barangkali beliau mengambil serius pilihanraya kecil kali ini terutamanya isu calon yang bersih ,kununnya. Malah menurutnya jika beliau menjadi Isa Samad beliau tidak akan menerima pencalonan untuk bertanding sebaliknya akan berhempas pulas untuk memastikan penggantinya menang di Bagan Pinang . Kita fikir agaknya itulah perkara terakhir yang akan berlaku kepada umno. Tidakkah Tun sedar kerana calon dan berebut kuasa di kalangan merekalah keadaan politik di Terengganu sehingga kini tidak stabil? Berpuak-puak dan berjuak-juak! Juga kerana pangkatlah ada insan yang tertangkap rasuah dalam pemilihan Agong umno yang lalu? Apakah mereka ini bersih sehingga masih diberi amanah untuk memerintah?

Pada kita sepatutnya Tun membuka jalan seluas-luasnya kepada Najib untuk membuat keputusan. Barangkali Najib juga ada Syura dan Istikharahnya!? Mengapa di zaman Tun menjadi PM tidak ada ahli umno yang menentang penarikan balik bantuan ke Sekolah Agama Rakyat dan perlaksanaan PPSMI? Barangkali waktu itu mereka menghormati Tun sebagai ketua walaupun langkah itu mundur dua tapak ke belakang mereka tetap ‘menjaga hati’ Tun. Dan kini tibalah giliran Tun untuk patuh dan menghormati apa jua keputusan yang dibuat Pengerusi BN yang baru walaupun pada pandangan peribadi beliau kurang sesuai.

Kenyataan awal Tun di media hanya akan mengundang serba-salah di kalangan 'syura' umno untuk membuat keputusan. Umno Teluk Kemang mahukan Isa sementara Tun awal lagi sudah membantah agaknya apakah yang bermain di fikiran Tok Jib? Ditelan mati emak diluah mati bapak!

Apa yang ingin dihairankan. Isa Samad atau sesiapa jua yang bakal menjadi calon tetap akan ditentang oleh Pas dan PR. Bukan batang tubuh Isa yang menjadi musuh tapi dasar umno yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Pemimpin mereka hidup senang-lenang sementara rakyat kebanyakan ada yang tak makan. Mereka lebih pandai memutar retorik dan istilah daripada bekerja untuk rakyat.



Read more...

Antara saranan Mahathir dan selera rakyat.

Tun Dr Mahathir sebagai pengasas kepada umno (baru) mengingatkan agar calon yang bakal bertanding bagi pihak mereka di Bagan Pinang mestilah bebas daripada salahlaku rasuah atau istilah ‘politik wang’ oleh umno. Memandangkan dalam beberapa siri Pilihanraya kecil yang lepas BN hanya mampu mendalamkan kubur sendiri berbanding mencuri hati rakyat dengan calon yang tidak diyakini maka ada benarnya saranan itu.

Namun yang boleh dipersoalkan ialah adakah pemimpin umno sekarang segan dengan saranannya itu. Jika pemilihan MT umno yang lepas menjadi perbandingan tidak mustahil cakap Tun hanyalah seperti anjing menyalak bukit. Kita lihat selepas pemilihan tersebut si polan yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin parti mereka sendiripun masih mendapat tempat dan dikekalkan sebagai pemimpin walaupun dibantah keras oleh Tun. Adakah sudah tidak ada orang yang lebih bersih di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin?

Begitu juga ada di kalangan bekas ‘anak buahnya’ sendiri yang cuba mengusirnya daripada umno sedikit masa dahulu. Ini menunjukkan tahap ke’segan’an pemimpin umno terhadap Tun tidaklah setinggi mana. Rakyat sudah maklum itu dan mereka lebih memahaminya.

Dari satu sudut yang lain media ( baca pencacai ) seakan ingin mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan gabungan BN secara total yang gagal mentadbir negara dengan baik setelah lebih 50 tahun hanya kepada kelemahan calon. Mereka menganggap barangkali jika calon yang mereka pilih itu ‘bersih’ maka selesailah masalah mereka dan rakyat akan berpusu-pusu ke pangkuan mereka. Mereka silap!

Barangkali Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Beliau seakan masih menganggap umno dan BN terus releven untuk memimpin negara menjadi negara maju menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Kita tentunya tertarik dengan kenyataan Samy Vellu yang mengulas kemenangannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini. “Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya”. Nampaknya hanya Samy yang berpijak di bumi nyata sedangkan komponen BN yang lain masih berculakan selera pengundi era 80-an. Zaman sudah berubah , datanglah sesiapapun menjadi calon umno/BN namun rakyat tetap akan menolak mereka secara total.

Jika Pilihanraya kecil di Bagan Pinang dibukakan seluas-luasnya ruang demokrasi dan parti yang bertanding diadukan di atas padang yang sama rata tidak mustahil calon umno bakal kehilangan deposit! Hanya kaum kerabat calon serta pencadangnya sahaja yang barangkali akan mengundi umno. Tidak timbul lagi isu peribadi atau rasuah calon yang menjadi penentu.


Read more...

Berpolitik dan dipolitikkan!

Berdasarkan apa yang dilihat umno BN telahpun memulakan kerja-kerja kempen politik mereka di Bagan Pinang. Maklumat di bawah kami petik daripada blog dun 31 Bagan Pinang yang agaknya mewakili BN umno. Apa yang menariknya ialah Nama Tan Sri Isa Samad mencuri perhatian. Apakah jawatannya dalam kerajaan yang membolehkannya merasmikan Program AADK dan Merasmikan pula penutupan bulan kemerdekaan serta khatam Quran di Dewan milik Sekolah Kerajaan. Apakah jawatan Ketua Bahagian UMNO itu menjadi tiket untuk menggunakan apa jua agensi kerajaan dan harta kerajaan? Apakah umno boleh menggunakan apa jua kemudahan yang ada dan kerajaan PR tidak!?


Menarik juga untuk melihat di mana mereka berjumpa. PD-Golf!...Hebat. Nampaknya rakyat marhaen yang tidak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Kelab Golf berpeluang pada kali ini. Pas hanya mampu bertemu di Pejabat atau Markas tapi umno hebat dengan Padang Golf!



PEMIMPIN BN BERSAMA RAKYAT DI N31 DUN BAGAN PINANG


17 Sept 2009

1)Tan Sri Isa Samad - Perasmian Program Khidmat Masyarakat AADK - Telok Kemang - 9.30 pagi

2)Tan Sri Isa Samad - Perasmian Program Khatam al-Quran dan penutup bulan kemerdekaan - Dewan Sek. Keb. Telok Kemang - 3.00 petang

3)YB Ahmad Maslan - Majlis berbuka puasa - Taman Desa Rusa - 6.30 petang .


18 Sept 2009

1)Tan Sri Isa Samad - Perjumpaan bersama jentera DUN - PD Golf - 5.00 petang.

2)Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil - Sumbangan fakir miskin - Dewan Bagan Pinang - 4.00 petang.

Read more...

Selamat Hari Raya

Setelah sebulan ditarbiyyah di Madrasah Ramadhan kini tibalah ke penghujungnya , Syawal menjelma menjanjikan kebahagian kepada setiap muslimin dan muslimat. Cuma harus diingat dalam kesibukan kita mengisi Syawal dengan penuh kegembiraan jangan lah kita terlupa kepada mereka yang serba kekurangan...


Di kesempatan yang berbahagia ini wargakerja blog PemudaMuadzam ingin mengucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri kepada ;

Seri Paduka Baginda Raja Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri - Semoga Agama dan Negara bertambah makmur di bawah pimpinan Tuanku..



Dato' Presiden Pas dan Mursyidul Am Pas - Teruskanlah pimpinan yang kolektif terhadap jemaah moga Allah memberikan keberkatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam!



Ahli dan Penyokong Pas - Teruskan istikamah dalam perjuangan dan leka dengan gerakerja Parti...kerja mesti diteruskan setiap masa dan gunakanlah peluang lebaran ini untuk terus mengajak manusia kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran!



Dato' Seri Najib dan Timbalan serta barisan kabinet seisi keluarga - Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w sebagai panduan dalam mengurus-tadbir negara. Moga-moga Allah sentiasa menetapkan hambaNya di atas jalan yang lurus!




Rakyat di Bagan Pinang - Kalian bakal menghadapi ujian yang besar sedikit masa lagi. Semoga Tarbiyyah Ramadhan memberikan kekuatan dan petunjuk Parti manakah yang bakal dipangkah dalam Pilihanraya kelin nanti.




Tahanan ISA - Bersabarlah semoga Allah memberi kekuatan kepada kalian dalam menempuhi ujian yang amat besar ini...dan berdoalah semoga diberikan kemenangan Islam agar dibebaskan jiwa dan raga kalian daripada kezaliman manusia.



Seterusnya kepada seluruh muslimin-muslimat di seluruh dunia...Selamat Hari Raya. P/s Bagi budak-budak jangan sesekali main mercun! Bahaya!

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP