Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Lagi YB meninggal Dunia

"Takziah kepada keluarga Almarhum ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor yang meninggal dunia di Seremban hari ini. Sesungguhnya benarlah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan kematian itu hanyalah permulaan kepada kehidupan yang kekal abadi."


Penggal ini barangkali akan mencipta rekod sebagai penggal yang paling banyak Pilihanraya Kecil! Bayangkanlah baru sahaja setahun selepas PRU ke 12 kita sudah melalui 8 pilihanraya kecil yang kebanyakan memihak kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Sehingga pada satu masa seakan ada pihak yang sudah fobia untuk menghadapi kekalahan dalam pilihanraya dengan tidak meletakkan calon mereka!

Read more...

Muhasabah Ramadhan


Jangan terlalu asyik dengan kemenangan hingga lupa pada tanggung-jawab.

Kemenangan demi kemenangan yang dikurniakan Allah dalam beberapa siri pilihanraya kecil begitu mengasyikkan , seronok dan rasa sedikit berbaloi atas kerja-kerja politik yang kita lakukan selama ini. Justeru ramai di kalangan kita tidak berhenti untuk mengharapkan ada lagi pilihanrayakecil agar momentum kemenangan ini terus berkekalan hingga ke PRU ke 13.

Tapi sahabat-sahabat harus ingat adakah dengan kemenangan ini kita semakin bersyukur dan meningkatkan lagi gerakerja dakwah dan politik atau kita hanya betah bercakap tentang betapa rakyat meluat dengan umno BN tanpa kita memperkemaskan lagi kerja-kerja menjana kemenangan Pas dan PR di peringkat Kawasan dan Dun masing-masing?
Kita tidak boleh semata mengharapkan ‘tsunami’ sentimen rakyat yang bila-bila masa boleh beralih arah jika ada isu besar yang membuatkan begitu. Persoalannya adakah kita bersedia andai satu masa nanti sentimen ini sudah tidak menyebelahi kita lagi?

Perkara pokok yang menjadi asas penilaian rakyat adalah prestasi wakil-wakil rakyat kita yang diberi peluang oleh rakyat untuk berkhidmat untuk mereka. Apakah setakat ini mereka telah menjalankan amanah sebagaimana yang diharapkan parti apatah lagi menepati kehendak Allah dan Rasul? Apakah setakat ini mereka menjadikan jemaah sebagai satu rangka-kerja kolektif atau sekadar ‘lone-ranger’ tanpa merujuk kepada parti dalam mengisi kemenangan?

Begitu juga jika dilihat sejauh manakah cawangan-cawangan kita telah menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya telah dibuat sebagai persediaan menghadapi PRU yang akan datang?Berapa banyakkah markaz-markaz yang masih lagi terkunci rapi tanpa dihidupkan dengan cara yang sepatutnya sedangkan kemenangan Islam menjadi impian kita siang dan malam?

Inilah yang kita sebagai petugas parti perlu membuat pemantauan demi kemurnian perjuangan Islam yang kita junjung. Kita tahu dan yakin Allah cintakan perjuangan Islam yang kemas dan tersusun rapi ( rujuk Surah As-Saf) tapi adakah kita sedang mempraktiskannya? Muhasabah demi menjana kemenangan.

Read more...

Keep thinking!


Hari ini berlaku dua peristiwa besar dalam sejarah negara kita. Yang pertamanya kerajaan (baca kerajaan BN) menaikkan harga minyak tanpa publisiti yang meluas berbanding yang sudah-sudah dan yang keduanya SPR menolak adanya kekosongan di kerusi DUN Kota Siputeh seperti yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Kedah Darulaman , Abdul Isa.

Jika dilihat kedua-dua kes ini berkait langsung dengan kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negara kita. Ramai yang tertanya-tanya mengapa harga minyak dinaikkan tanpa mengambil-kira keadaan hidup rakyat disaat ekonomi suram dan barangan keperluan yang mahal. Di manakah rasionalnya langkah ini berbanding beberapa bulan yang lalu ekonomi negara dikatakan tetap maju dan berkembang walaupun dengan kenaikan harga minyak dunia?

Begitu juga dengan kes kekosongan kerusi DUN di Kedah. Jika arahan speaker Dewanpun tidak dihormati bagaimana pula agaknya perjalanan sidang yang akan diuruskan oleh speaker yang ‘tidak berkuasa’ ini sedangkan beliau bertindak atas alasan undang-undang yang telah sekian lama terpakai?

Fikir-fikirkanlah!

Read more...

YDP Di Keratong 8


Malam ini Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin Ustaz Haji Shukri Haji Ahmad turun ke Cawangan Pas Keratong 8 sempena ziarah Pas Kawasan ke cawangan-cawangan sempena Ramadhan 1430H ini.

Selain beliau berbuka puasa di sini beliau sempat juga berterawikh dan menyampaikan tazkirah sesudahnya. Di dalam tazkirahnya beliau sempat mengingatkan yang bulan Ramadhan ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang ikhlas beriman kepada Allah.Diharamkan api neraka Allah ke atas orang yang bagi mereka gembira dan bersyukur dengan kedatangan Ramadhan.

“Bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan dengan penuh khusyuk dan tawadhu’ berbahagialah mereka dengan apa yang dijanjikan oleh Allah yakni diawalnya rahmah , ditengahnya mendapat keampunan daripada Allah dan diakhirnya mendapat keselamatan daripada api neraka.”

Semoga kita berjaya mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah sempena bulan yang penuh keberkatan ini.


Read more...

Iftar Jama’ie di Rompin

Semalam 29 Ogos - Rombongan Badan Perhubungan Pas Pahang dan seluruh Jawatankuasanya telah menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Puteri , Rompin. Secara kebetulan mesyuarat bulanan mereka diadakan di Rompin dan peluang ini diambil untuk bersama-sama ahli dan jemaah di sini untuk bertanya khabar serta beramah mesra.

Selepas Solat dan berbuka ramai di kalangan mereka yang dijemput untuk mengadakan tazkirah Ramadhan di masjid-masjid di sekitar ini.Pesuruhjaya Dato’ Tuan Ibarahim Tuan Man tidak dapat bersama-sama rombongan ini kerana sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Di Majlis ini juga diadakan majlis penyerahan cek manfaat Dana Takwa bernilai RM10.000.00 (sepuluh ribu) kepada seorang pewaris.Penerima pada kali ini ialah puan Zaleha Ahmad dari Keratong 5. Beliau yang telah kehilangan suaminya yang kembali ke Rahmatullah beberapa tahun lalu berterima kasih dengan usaha murni Parti Islam Semalaysia ini.


Lambat lagi ke nak berbuka?


Sila-sila Syeikh!



Ustaz Rosli Jabar mengimami solat berjemaah.






Read more...

Guna pelajar sekolah!..Siapa pula akan diambil tindakan?

Sudah terang lagi bersuluh BN telah menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk berkempen bagi pihak mereka demi merampas kerusi Permatang Pasir daripada Pas. Senario ini bukanlah baru dalam politik 'demokrasi' di Malaysia. Boleh dikatakan setiap kali menjelang pilihanraya Umum atau pilihan raya Kecil Pihak BN lah yang mendapat kelebihan menggunakan harta benda, jentera mahupun kakitangan kerajaan untuk kerja kempen mereka.


Pihak pembangkang dan rakyat kebanyakan seakan sudah tidak boleh berkata apa lagi (malah lali) berkenaan hal tersebut walaupun jelas perbuatan itu satu kesalahan dalam pilihanraya demokrasi( sepatutnya ). Harta negara seakan bebas digunakan oleh mereka untuk keuntungan politik mereka atas alasan kerajaan yang memerintah! Pembangkang terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dan bukan hanya Barisan Nasional.

Yang terbaru di Permatang Pasir selain menggunakan ‘jentera rasmi’ itu mereka juga disyaki menggunakan pelajar sekolah bagi kerja kempen pilihanraya mereka. Golongan muda ini dapat dilihat jelas di beberapa pusat pembuangan undi seperti di Samagagah dan Kubang Semang. Ada juga di kalangan mereka tugasnya meronda dengan motosikal dari satu tempat ke satu tempat.

Jika diperiksa Kad Pengenalan mereka ini kita yakin ada di kalangan mereka yang masih di bangku sekolah dan belumpun melepasi umur mengundi. Ini satu tamparan yang hebat apabila pelajar Universiti yang di syaki terlibat dalam menyokong pembangkang samada dalam perhimpunan aman mahupun pilihanraya kecil akan diambil tindakan. Justeru apa pula justifikasi mereka terhadap tindakan mereka sendiri ini.? Pelajar manakah yang akan digantung sekolah atau diminta surat tunjuk sebab?

Rakyat sekali lagi diminta menilai senario ini berdasarkan akal yang waras dan seimbang. Ketidakdilan atau penyalahgunaan kuasa walau di pihak mana tidaklah boleh diterima sebagai satu kes terpencil yang mana akhirnya akan menjadi budaya yang buruk. Masyarakat Malaysia mestilah prihatin , berfikir dan mengambil berat ke atas apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka jika ingin menjadi hakim politik yang bijak!




Read more...

Sebat!

Perhatian kita dicuri seketika dengan kes seorang model yang sepatutnya menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak! Namun Kartika Sari Dewi Sukarno yang dijadualkan menjalani hukuman itu beberapa hari yang lalu keliru apabila hukumannya itu ditangguhkan akibat masalah teknikal.

Apa yang menariknya di sini ialah model ini benar-benar ingin dihukum mengikut undang-undang Islam dan menolak pelaksanaan undang-undang yang tidak selari dengan acuan Islam. Ini satu perkembangan yang baik apabila kebanyakan umat Islam kembali menaruh kepercayaan kepada apa yang diperintahkan oleh tuhannya! Allah memerintahkan kita berhukum dan bersyariat dengan syariatNya sebagaimana juga Allah memerintahkan Puasa, zakat dan Haji.

Kepada Puan Kartika Sari Dewi Sukarno bersabarlah. Moga Allah mengampuni dosa-dosa anda dan kita semua. Keinsafan anda atas besarnya dosa kerana terlibat dengan perkara yang memabukkan itu barangkali menyedarkan juga ramai orang.

Tapi harus diingat, Allah juga memerintahkan ke atas sekalian umat manusia muslimin dan muslimat supaya menutup aurat masing-masing agar terjaga maruah mereka. Aurat inilah perkara besar yang dipandang remeh oleh kebanyakan orang Islam sekarang. Benar dan baik mereka memandang keji pada zina dan maksiat tapi mereka boleh bertolak-ansur dengan pembukaan aurat yang menjadi pendorongnya.

Barangkali Puan Kartika boleh mengambil langkah ini sebagai permulaan kepada hidup yang lebih dirahmati dan mendapat keampunan daripada Allah. Tutuplah aurat kerana itu perintah Allah sebagaimana larangan Allah kepada mendekati perkara-perkara yang memabukkan juga. Semoga Ramadhan ini memberi Tarbiyyah yang bermakna kepada sekalian ummah!


*Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.

Read more...

Rakyat menang lagi…Post-mortem untuk BN!

Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pasir semalam mencerminkan hasrat dan kecenderungan politik rakyat di era reformasi ini tidak semestinya selari dengan selera pemerintah. Kebijaksanaan dan akal yang waras menjadi aset utama rakyat dalam menepis hujan maklumat yang kian terpesong dan bercelaru.


Dato’ Seri Najib dalam mengulas kekalahan UMNO di Permatang Pasir mengatakan beliau tahu punca kekalahan mereka dan dalam satu interview yang lain mereka akan mengkaji punca kekalahan itu. Jika diamati sebenarnya ayat “akan mengkaji punca kekalahan” sudah menjadi slogan mereka sejak kekalahan teruk dalam PRU yang lalu.

Begitu juga Muhyiddin yang menyindir rakyat permatang Pasir seakan tidak mahu perubahan! Perubahan yang bagaimanakah yang dimaksudkannya? Sedarkah mereka rakyat sudah berubah mencari kebaikan dan hanya UMNO sahaja yang tidak berubah-ubah? Rasuah, Korup dan penyelewengan sudah terpalit kepada sebahagian daripada mereka.

Percayalah mereka tidak akan mengambil apa-apa pengajaran pun daripada kekalahan ini seperti telah lalu-lalu. Fahamkah mereka yang rakyat membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak dari dahulu lagi? Mengertikah mereka rakyat sudah muak dengan isu rasuah dan penyelewengan di kalangan pemimpin yang lebih pandai mengira untung di poket sendiri daripada menjaga kebajikan rakyat?

Selama ini mereka hanya pandai melabelkan pembangkang seakan menjadi 'perosak' kepada negara dengan tuduhan pengkhianat serta pemecah-belah masyarakat dan pada hari ini ‘perosak’ inilah yang lebih dipercayai rakyat daripada mereka yang hanya berlakon seakan tikus membaiki labu.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP