Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Lesen judi : jelaskan mentaliti pemimpin BN

Dengan pertikaian di antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam isu meluluskan lesen perjudian sempena bolasepak Piala Dunia jelas mencerminkan corak pemikiran masing-masing. Apakah sebenarnya helah di sebalik judi bola ini? Setelah sekian lama masalah judi berleluasa kini seakan ada jalan untuk menyelesaikannya. Jalan singkat dan mudah. Tapi berdosa!. Dan siapakah yang mendapat keuntungan daripada penghalalan ini?

Dalam pada kekangan kepada umat Islam berjudi sekarang longgar dan ala kadar apatah lagi agaknya dengan judi baru ini pula. Lihat dan intai di premis nombor ramalan dan pusat judi komputer atau kuda haram , sebahagian yang terlibat ialah melayu Islam.

DAP sendiri membantah keras cadangan tidak bertamadun ini. Ini menggalakkan rakyat berjudi kata mereka. Dan alasan mereka ini ada benarnya jika kerajaan memandang judi ini sebahagian daripada cara untuk menjana ekonomi. Penyudahnya rakyat akan berjudi nasib setiap hari untuk mencari wang mudah.

Sementara itu Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Mengelakkan penipuan dan monopoli kongsi gelap , katanya. Di Malaysia masih ada kongsi gelap? Apakah di zaman moden satu malaysia dan pasukan keselamatan yang cekap ini masih ada kongsi gelap seperti mafia Al-capone atau gangster seperti dalam filem Hong kong?

Jika benar dakwaannya ini PDRM perlu memberikan penjelasan mengapa kongsi gelap ini masih bebas bermaharajalela menjalankan perniagaan haram.

Jelas kerajaan pimpinan Najib hanya melihat meng`halal’kan judi bola seakan penyelesai masalah judi haram. Barangkali formula ini boleh dilebarkan dalam `menyelesaikan’ permasalahan sindiket haram lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP