Arak dan Judi : keduanya haram!
Jika rakyat di hulu Selangor menolak calon PR yang pernah mempunyai sejarah hitam berkaitan arak apa pula isunya di sibu? Judi, Judi Bola. Kerajaan BN bercadang untuk memberi lesen kepada taikun perjudian agar perjudian ‘haram’ dapat di hapuskan. Hebat. Memang hebat gaya pemikiran pemimpin umno sekarang!
Untuk menghapuskan judi haram maka di beri judi ‘halal’. Barangkali sedikit masa lagi untuk menghapuskan perzinaan dan pelacuran maka ada pulak cara ‘halal’ yang tidak menyalahi peraturan rekaan manusia walaupun jelas melanggar peraturan Allah.
Apa agaknya kata mufti dan majlis fatwa berkenaan perkembangan ini.
Rakyat di Sibu perlu melihat bahawa Judi dan arak adalah perkara yang dikeji Allah. Kedua-dua pelakunya jika tidak bertaubat maka neraka lah tempatnya. Dan menyokong kepada pihak yang melakukan kemungkaran itu seolah-olah kita sendiri yang melakukannya. Wa iya zubillah.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment