Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Takziah buat keluarga Allayarham YB Hj Roslan Shahrom

`Dari Allah kita datang dan kepada Dialah kita kembali…’ Siapa menyangka di saat Pas dan Pakatan Rakyat di Perak sedang menghadapi ujian getir tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan kembalinya YB Hj Roslan Shahrom ke rahmatullah.Itulah ketentuan Allah dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.Beliau pergi sebagai seorang yang konsisten dengan perjuangan Islam.Berbagai onak dan duri ditempuhnya demi menegakkan sebuah kerajaan yang adil berasaskan prinsip-prinsip Islam sehinggalah keakhir hayatnya.Allahuakbar!

Kepada kaum keluarga Allahyarham kami Pemuda Muadzamshah dan DPP Rompin mengucapkan takziah dan semoga redha dengan ketentuan Ilahi ini.Berbanggalah kalian kerana beliau pergi sebagai seorang yang istiqamah dengan perjuangan dan semoga rahmat Allah juga ke atas kaum keluarganya.

Kekosongan kerusi Parlimen ini bermakna Pilihanraya Kecil bakal diadakan.Jika sebelum ini Pas berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa kita yakin pada kali ini rakyat Perak akan menambahkan lagi majoriti tersebut sebagai protes atas apa yang dilakukan oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Al-fatihah buat Allahyarham.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP