Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Kahwin zaman sekarang!

Sehari dua ni media hiburan sibuk menyiarkan berita pernikahan seorang artis popular di tanah air kita (tak payah sebut nama…lu fikirlah sendiri ).Pernikahan satu pekerjaan yang mulia dan disukai oleh Allah semoga hambanya tidak terjebak ke kancah maksiat atau fitnah.


Namun apa yang diralatkan sangat cara atau trend pernikahan kebanyakan artis ( termasuk yang bukan artis ) zaman sekarang.Kekadang melihat majlis kahwin di Malaysia sekarang tidak ada bezanya lagi dengan perkahwinan artis di barat.Pergaulan bebas,pendedahan aurat seolah satu perkara biasa.

Bagaimana tergamak seorang suami yang baru menikahi seorang gadis merelakan ‘pengantinnya’ itu memakai baju yang menampakkan bentuk hiasan di dadanya? Si suami masih boleh tersenyum bangga sambil merelakan isterinya yang terdedah menjadi tatapan umum.
Adakah ini selari dengan acuan Islam?Sudah tentu setiap pasangan mengharapkan rahmat dan keberkatan Ilahi dengan mahligai yang baru dibina ini, namun caranya itu amat tidak manis.
Mengapa kita sebagai bangsa Melayu Islam perlu mengagung-agungkan cara barat? Adakah kerana glamour atau mahu di puja-puji perkahwinan merekalah yang hebat dan bergaya?Apakah di zaman sekarang kejayaan seseorang diukur sejauh mana kita hidup bergaya dan glamour?

Kepada golongan artis yang ingin berkahwin selepas ini eloklah difikirkan sebaik-baiknya masalah ini.Biarlah sesebuah perkahwinan itu dimulakan dengan cara yang diberkati tanpa ada unsur-unsur bidaah dan maksiat. Tunjukkan contoh yang baik kepada peminat-peminat anda sekalian.Wassalam!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP