Mesyuarat Agong Pas Cawangan Bandar Muadzam Shah.
Ahad 22 Februari , Pas Cawangan Bandar Muadzam Shah telah dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Agongnya di sini. Selain memenuhi tuntutan pendaftar pertubuhan mesyuarat ini juga penting untuk menjana semangat baru kepada para ahlli dan petugas. Tambahan pula mesyuarat pada kali ini adalah tahun pemilihan dan pemerkasaan parti menjadi keutamaan.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Yang berbahagia Tuan Haji syed Hassan Syed Mohamad , Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Rompin. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan yang kita barangkali bukanlah yang terbaik atau yang terpandai mahupun yang paling berani, namun kita telah dipilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini.Perjuangan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan mencegah kepada perkara mungkar sentiasa releven hingga ke hari kiamat.Pas menurutnya sentiasa menekankan kewajipan sebagai seorang muslim yang sejati kepada ahli-ahlinya.
Menurutnya lagi setiap jawatan yang dijawat adalah amanah dan ianya tetap akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Sebagai pemegang kepada amanah yang besar ini para petugas parti mestilah menjadikan tuntutan Allah dan Rasul satu keutamaan.
Beliau juga turut mengulas berkenaan sokongan luarbiasa yang diterima oleh Pas daripada golongan bukan Islam yang menaruh kepercayaan tinggi kepada agenda politik yang diperjuangkan Pas.Kepercayaan dan peluang ini mestilah dipenuhi dengan keazaman yang tinggi untuk memperjuangkan keadilan Islam di bumi Allah ini.
Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 70 orang ahli cawangan ini telah berakhir jam 11 malam selepas jamuan makan dan doa selamat.