Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Terkini di Permatang Pasir

Jam 2.36 pagi 25 ogos – suasana di Permatang Pasir sunyi sepi . Hanya anggota keselamatan dan petugas kedua-dua parti yang kelihatan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan menjelang pembuangan undi pagi esok.

Malam Pas menutup siri kempen ceramahnya dengan beberapa tokoh besar daripada PR antaranya Dato’ seri Nizar Jamaluddin , Dr Mujahid Yusof Rawa dan Speaker DUN Pulau Pinang di UPU Samagagah sementara dato’ seri Anwar Ibrahim dan beberapa figure lagi di Taman Permai Permatang Pasir.

Siri ceramah PR berakhir tepat jam 12 malam sementara di pihak UMNO tidak diketahui kerana siri ceramah mereka lebih banyak dihuni kerusi kosong berbanding tetamu yang hadir..( jika keadaan ini juga berterusan di tempat-tempat lain di negara kita alamat hayat umno semakin singkatlah jawabnya )

Mengikut perkiraan awal berdasarkan mood pengundi , PR tidak akan menghadapi masalah untuk mempertahankan DUN Permatang Pasir. Insyaallah…!


Petugas Pas menunjukkan kain rentang yang cuba memburuk-burukkan Pas dengan menggunakan lambang bulan


Penyanyi rock pun turut berkempen untuk pas


Unit Amal sentiasa mencuri tumpuan walau di mana berada




Para petugas di semua lokaliti sedang bersiap-sedia untuk mencegah sebarang aktiviti kempen atau provokasi daripada pihak yang tidak bertanggunjgawab yang boleh menghalang kelancaran pembuangan undi pada pagi esok!



Read more...

Malam Cempedak goreng dan kempen yang malap.

Semalam merupakan hari yang paling panjang hujannya sepanjang kami berada di Permatang Pasir ini. Hujan merintik dari pagi hingga ke malam. Hanya Sekala-sekala berhenti memberi ruang untuk kami meneruskan aktiviti kempen.

Malam semalam antara pimpinan Pas yang turun padang ialah YB Hanipa Maiden dan Khalid samad yang berceramah di UPU Samagagah. Yang menariknya ceramah ini diadakan bersebelahan dengan bilik Gerakan Umno di situ. Tidak ada apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh petugas Umno ini melainkan kelihatan mereka makan-makan dan berbual sesama mereka semasa majlis ceramah Pas diadakan di sebelah. Tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku walaupun di dada media sering menggambarkan Pas/PR ganas dan sebagainya.

Petugas BN tidak perlu bertungkus lumus seperti pembangkang kerana kerja-kerja mereka sudah dilakukan oleh pihak/agensi yang lain. Semasa inilah perasmian, seminar, program bantuan dan sebagainya menjadi umpan atas tiket kerajaan .Nampak benar selama ini jika mereka tidak menyalahgunakan jentera kerajaan dan putar-belit media pencacai sudah lama rakyat di Malaysia ini memuziumkan BN!

Yang menariknya sewaktu penulis melintasi bilik gerakan BN itu tetiba terpancut seulas biji cempedak ke depan penulis..terkojut kou! Ingatkan dari mana datangnya…lalu terpandang penulis kepada sekumpulan wanita tiga atau empat orang sedang sibuk memakan cempedak goreng di tepi jalan itu.Rupanya malam ini malam cempedak goreng!

jinbukitridan
- menunggu respon Dato' mufti Harussani terhadap komen Shahrizat Jalil pasal hukuman sebat... komenlah sebelum rakyat di Permatang Pasir membuang undi!



Read more...

Esok hari penentuan!

Jam sudah melepasi angka 12.30 pagi 25 ogos. Mata sudah mula memberi isyarat mengantuk tapi dikuatkan juga semangat untuk berjaga seketika lagi bagi menyelesaikan sedikit tugas. Tempoh kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir semakin menghampiri deadlinenya.

Esok , selasa terserahlah kepada pengundi di sini untuk membuat pilihan pimpinan mereka untuk sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang. Kemungkinan besar di hati mereka sudah membulatkan tekad masing-masing calon manakah yang menjadi pilihan mereka.

Bagi yang masih ada keputusan barangkali sebelum lena diulit mimpi puas juga mereka memikirkannya,,,,Ustaz saleh Man atau Norizat….saleh Man…Norizat….saleh Man….Norizat……Saleh Man……Norizat……Saleh Man…..Norrr……Saleh Man…..Norrr…..Saleh Man…..saleh Man……Saleh Man…..Saleh Man..........Saleh Man.................zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ …. (betullah tu )

Read more...

Lunas senjata terdesak siapa?

Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti PKR dan menjadi ADUN Bebas. Itu berita terkini dalam senario politik negara kita hari ini.


Awal-awal lagi kita tidak pelik dengan tindakannya menjadi ahli bebas itu kerana segalanya mungkin bagi seorang yang tidak ada prinsip perjuangan , tapi hairan bin ajaibnya tindakannya di saat BN menyenak menahan asakan PR di Permatang Pasir. Kita khuatir sedikit sebanyak konflik ini ada kaitannya dengan keadaan politik semasa di tanahair.

Kita ingin mengingatkan rakyat agar tidak terkeliru dengan tindakan yang bermotif politik ini. Perkembangan ini langsung tidak akan menjejaskan kekuatan pemerintahan kerajaan negeri kedah yang di pimpin oleh YB Azizan walaupun kelihatan seolah-olah ada usaha untuk mensabotajnya.

Bagi pengundi di Permatang Pasir jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar.Pilihlah pemimpin yang mempunyai dasar Islam yang mantap dalam perjuangan dserta beramanah. Kerana jika pimpinan dilantik di kalangan mereka yang tidak amanah maka kecelaanlah barangkali kelak kepada yang memberi amanah!


Read more...

Lensa Permatang Pasiaq.

calon kita melawat ke bilik gerakan



Abang Mat sabu kata calon kita pemurah dengan senyuman....!



dah 3 kali Pilihanraya makcik ini dijanjikan rumah baru...tapi cam biasa laaa...



Naib Presiden pun kene keje jugak!



Muslimat Pas yang Istiqamah



Beri tugas apa saja...demi Islam kami rela



Calon Pas ditemuramah wartawan BH...entah keluar ke idak berita tu..



Hang tulih betul-betul naaa!



Modal lama yang masih digunapakai di Permatang Pasir



Puteri...



Bukan Puteri kayangan......




Bawa beg tu nak gi kempen ke camping???



Juadah berbuka...

Read more...

Akhabar percuma sebagai risalah kempen

Lucu ada meluatpun ada apabila melihat petugas BN hanya menggunakan akhbar harian sebagai bahan kempen mereka. Jelas selama ini akhbar ini memang berat sebelah melaporkan keadaan sebenar politik negara. Meluat apabila masih ramai di kalangan ahli Pas sendiri yang masih sudi melaburkan duit setiap hari membeli akhbar pencacai ini.

Semalam seorang petugas Pas diberikan senaskah akhbar harian oleh petugas BN. Mereka sangkakan petugas Pas itu pengundi di DUN Permatang Pasir ini. Tidak ada modal bagi mereka untuk berkempen di sini melainkan peranan luar biasa akhbar dan TV yang sentiasa memburukkan pembangkang di mata rakyat.


Tidak pelik kiranya rakyat di luar Permatang Pasir didedahkan dengan maklumat yang langsung tidak menggambarkan peristiwa sebenar yang berlaku di sini. Jadi nasihat kami kepada penyokong PR untuk mengelakkan anda mengalami masalah tekanan darah tinggi atau jantung hentikan saja membeli akhbar pencacai yang kita tahu tidak bertamadun. Begitu juga lebih baik menonton siaran berita dari web TV harakah atau di saluran yang lebih telus.
2 ramadhan Permatang Pauh.

Read more...

Lagi dari Permatang Pasir

Hari ini masuk hari kedua kami di Permatang Pasir.Kedatangan Ramadhan memberikan sedikit kelebihan dan kemenangan moral kepada petugas Pas di sini. Manakan tidak Rasulullah dalam Peristiwa Badar menentang musuh Islam yang ingin melenyapkan pengaruh Islam di atas mukabumi ini juga di bulan Ramadhan. Jadi apalah sangat pada kita yang berjuang dengan hanya menggunakan sedikit masa dan tenaga.

Penat dan letih tidak kelihatan diwajah para muslimat yang bekerja keras. Berpanas dan berhujan tidak melemahkan mereka malah sekali-sekala golongan muslimin pula yang berlari mencari tempat berteduh apabila hujan merintik turun. Tahniah muslimat!

Sementara kedua-dua parti meneruskan kempen masing tidak kelihatan pula keadaan di sini seperti yang digambarkan oleh suratkhabar dan tv pencacai. Suasana aman dan tenang.Keadaan semasa jauh meyebelahi Pas dan PR yang menjalankan kempen dengan penuh etika dan TANPA RASUAH!.

Rata-rata pengundi yang ditemui tidak mengharapkan habuan berbentuk material daripada petugas Pas.
Menarik! Nampaknya kita telah berjaya menimbulkan satu keadaan di mana para pengundi tidak perlu di rasuah untuk menang! Cukup dengan dasar perjuangan yang jelas dan pimpinan yang menunjukkan contoh yang baik.

Hamba Allah yang baik....


jumpa puteri...! ada yang segan silu


time pilihanraya laaa depa nak repair umah rakyat! ...bajet 5 sekali...


Read more...

Lintas langsung dari Permatang Pasir

Alhamdulillah akhirnya kami Berjaya menjejakkan kaki ke Permatang Pasir yang menjadi topik perbincangan sekarang ( selain selsema babi…) Tanggapan awal sebaik melangkah masuk ke sini bolehlah disimpulkan pilihanraya kali ini tidaklah kalah berbanding dengan yang terdahulu. Petugas dari kedua-dua parti bertanding rancak menjalankan gerakerja kempen masing-masing walaupun dilihat seakan Pas mendominasi sokongan rakyat di sini.


Banyak bendera dan bahan kempen parti lawan yang terjatuh dan berjuntai tanpa ada petugas yang membaikinya mencerminkan kesan kekalahan psikologi mula melanda mereka. Hanya satu ceramah kelompok yang penulis dapat lihat apabila melintasi di jalan utama di sini tengahari tadi. Isu yang menjadi topik mereka masih lagi di sekitar kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang diselewengkan berkenaan isu syurga dan neraka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa memainkan isu ini kerana mengharapkan simpati orang Melayu terhadap mereka.

Teringat saya akan kenyataan Khairy Jamaluddin tempohari berkenaan pengundi hantu yang berkeliaran di sini. Kenyataan yang dikeluarkannya itu membantah kenyataan BN dan SPR sedikit waktu dahulu yang mengatakan pengundi hantu tidak wujud! Tidak wujud jika diperkatakan oleh pembangkang???

Selepas Solat jumaat tadi sempat juga kami bersama penduduk tempatan bergotong-royong untuk membersihkan longkang yang tersumbat di sekitar sini. Alhamdulillah penduduk tempatan amat berbesar hati menerima kehadiran petugas Pas di sini dan tidak jemu-jemu berkongsi dan bertukar maklumat.

Pesuruhjaya Pas Pahang Dato’ Tuan Brahim Tuan Man bersama Ketua dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi turut turun padang sejak di awal pagi lagi. Ziarah rumah ke rumah memberikan maklum-balas positif tentang kecenderungan rakyat tempatan kepada Calon Pas.

Baru sebentar tadi saya baru saja bersua dengan calon Pas yang sibuk melawati UPU-UPU di Permatang Pasir ini. Walaupun agak keletihan beliau tetap tersenyum menyantuni para petugas. Sambil beliau minum di warungpun Para Wartawan tidak melepaskan peluang untuk menemuramahnya. ( Tidak tahu lah pula apa yang akan dipaparkan media kepada rakyat malam ini? )

Kami mengucapkan Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia dan Kepada pengundi di Permatang Pasir ambillah kesempatan Ramadhan Kareem ini untuk memilih pemimpin yang amanah dan berpolitik kerana Allah.

Sepanjang PR Kecil Permatang Pasir ini kami akan terus menyiarkan perkembangan terkini di sini.

jinbukitridan

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP