Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Minum arak? Kamala apa cerita?

Begitu seronok media mengungkitkan dosa-dosa silam yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim.Ianya satu kesalahan besar namun kenyataan beliau yang menyatakan telah bartaubat seakan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Harapnya biarlah terlindung beliau dan seisi ummah dari pintu segala maksiat itu.

Dalam keriuhan akhbar dan tv memainkan isu Zaid dan arak sedarkah mereka untuk menilai calon BN juga? Adakah beliau juga seorang peminum arak? atau pernah meminum arak? Jika minum sudahkah beliau 'bertaubat' kerana kaki minum yang tidak meninggalkan perbuatan keji tersebut tidak layak langsung untuk dipertimbangkan sebagai pemimpin. Kemudian cuba kita lebarkakan sedikit 'penyiasatan' kita kepada pemimpin-pemimpin negara yang lain. Adakah di kalangan mereka yang pernah atau masih menjadi peminum arak yang tegar!?

Apa yang kita difahamkan semua agama mengharamkan segala bentuk entiti atau benda yang memabukkan. Bukankah mabuk itu menghilangkan akal yang waras dan menghilangkan kawalan diri. Di sini kita perlu berlaku adil , tidak kira sesiapa tapi jika mereka ingin menjadi pemimpin mereka wajib menjauhi perkara yang memabukkan ini.

Janganlah menilai Zaid Ibrahim sempena pilihanraya ini sahaja dengan mengharap political mileage daripadanya. Sewajarnya isu arak ini diperdebatkan sepanjang tahun kerana itulah yang menjadi punca besar kerosakan kepada anggota masyarakat. Rumah-tangga berantakan , akhlak merudum malah mendatangkan kemudaratan kepada orang lain apabila memandu dalalm keadaan mabuk contohnya. Jelas arak itu buruk akibatnya tapi mengapa membahaskan dalam tempoh singkat ini sahaja. Kita percaya habis pilihanraya 'arak' kian dilupakan walaupun bahananya besar kepada masyarakat dan negara!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP