Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Sudahkah kita bersedia menghadapi banjir?

Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan banjir pada tahun ini akan lebih besar berbanding tahun-tahun lalu di seluruh negara.Banjir dan fenomena alam memang diluar batas kawalan kita tapi sudahkah kita bersedia menangani permasalahan akibat banjir?


Di Rompin contohnya banyak kawasan yang bakal dinaiki air jika berlakunya banjir.Di Felda Selancar,Bukit Serok,Tabung Haji,Kampung Rekoh,Kampung Aur,Kampung Sabak,Kampung Tanam dan banyak lagi kampung.Begitu juga dengan jalan-jalan yang bakal terputus hubungan untuk kesekian kalinya setiap kali berlaku banjir contohnya di Teh Dara Muadzam jalan menghala ke Keratong dan Segamat,begitu juga di Kampung Tanam dan Petoh iaitu jalan dari Muadzam Shah ke Rompin.

Sepanjang tahun-tahun yang sudah hanya jalan dari Muadzam Ke Kuantan sahaja yang terselamat daripada banjir itupun pada tahun lalu jambatan berhampiran ‘Burung Unta’ itu terputus akibat arus deras dan memutuskan langsung hubungan Muadzam Shah dengan bandar terdekat untuk dua atau tida hari.

Peliknya kita(terutamanya pihak berkuasa tempatan dan `Yang Berhormat’) masih gagal sekurang-kurangnya menaikkan atau meninggikan jalan di tempat-tempat tersebut.Banjir satu hal tapi jika terputus hubungan dengan bandar lain itu satu hal yang lain akibat ketidakpekaan YB menyelesaikan krisis di tempat sendiri.Sedangkan disaat genting sebegini perhubungan amatlah penting jika berlakunya kecemasan dan penghantaran bantuan makanan atau perubatan.

Jika berjuta boleh dihabiskan untuk menghantar seorang manusia ke orbit (bukan ke bulan) mengapa tidak boleh dibelanjakan sejumlah peruntukkan untuk menaik-tarafkan jalan-jalan ini agar terselamat daripada banjir!.Sedangkan panjang jalan yang perlu ditinggikan itu hanya lebih kurang 100 meter sahaja.

Apakah pada tahun ini kejadian hampir keputusan bekalan makanan seperti beras dan barang dapur di kedai-kedai bakal berulang?

Permasalahan lain juga berlaku di Kampung Aur apabila penulis dimaklumkan rumah yang disediakan untuk mangsa banjir untuk tahun lepas masih belum siap pembinaannya!.Mengapa terlalu lama untuk membina sesebuah rumah yang hanya benilai Rm40 ribu dan di manakah keluarga yang malang setahun yang lalu itu tinggal sekarang?Banjir hampir datang lagi namun rumah mereka masih belum juga siap.

Pihak berkuasa perlulah memaklumkan kepada penduduk sekitar Rompin tentang apa jua persedian dan bantuan yang bakal diberikan sekiranya berlakunya banjir nanti.Jangan sampai rakyat terping-pinga sehingga dua atau tiga hari barulah bantuan sampai kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP