Setelah mengambil langkah yang tidak popular dengan menaikkan harga bahan api dengan alasan penstrukturan dan membebankan rakyat dengan harga baru gula kini umno beralih pandang kepada Pas seakan meminta simpati dan mencari sokongan.
Namun yang pasti kali ini jerat yang terpasang sudah tentu di hidu terlebih awal oleh sang Pelanduk yang telah mengenali yang mana satu denai atau jerumun. Tidak sudah dengan isu kerajaan perpaduan , muqabalah , kini timbul pula cerita ketuanan melayu, plot yang seakan berbeza tapi
ending tetap satu,mengembalikan kekuatan politik kepada umno yang kian nazak!
Sebagaimana kata Datuk Mahfuz , Melayu akan lebih mulia bersama Pas berbanding bergantung harap kepada umno ada benarnya. Contoh mudahnya manakah pimpinan Pas ( yang tentunya melayu ) pernah disabitkan dengan rasuah , penyelewengan mahupun salahguna kuasa berbanding dengan kebanyakan pemimpin umno? Mereka tidak sunyi dari skandal dan kontroversi. Di situpun sudah nampak gambaran ‘melayu’ bagaimanakah yang mahu diprodukkan oleh parti masing-masing. Cukup hujah mudah itu tanpa perlu mengungkitkan kegagalan DEB , pelaksanaan syariat Islam , APCO , masalah dadah , sosial , jenayah dan lain-lain.
Dan kataalah ekonomi alasannya mengapa setelah lebih 50 tahun peluang memerintah dan majoriti Melayu ‘bersatu’ di bawah payung umno tapi kaum melayu masih ramai yang dihantui keperitan hidup dan gagal menjadi pemain utama dalam bidang ekonomi? 50 tahun adalah jangkamasa yang cukup lama.
Barangkali bukan kerana bangsa dan agama yang menjadi agenda utamanya tapi kerana pangkat , perut dan tamak haloba! Sebab itulah berpuluh ribu , ratus ribu malah juta nilai harta sebahagian mereka.Yang menjadi mangsanya ialah pengikut yang tidak berkepentingan yang percaya mati-matian perjuangan mereka ingin mendaulatkan ketuanan bangsa..Pemimpin mereka tidur lena di banglo bertilam empuk di kala mereka terkial-kial menampal atap yang bocor... Menjaja ketuanan bangsa kerana tidak faham ketuanan agama(?).
Golongan atau parti seperti itukah yang ingin untuk di ajak berbincang oleh Pas? Yang hanya mengenal jauhari di saat hampir kehilangan Manikam? Lupakan saja. Telah berpuluh tahun umno BN memerintah namun Melayu dan Islam tetap di takuk lama. Bawalah seberapa banyak statistik dan referendum untuk menidakkannya namun yang nyata rugi lebih banyak dari untung.
Lebih baik berbincang bersama DAP berkenaan pendekatan Negara Islam yang ingin diperkenalkan Pas daripada berbincang dengan mereka yang
tahu tapi tidak mahu. Menolak perbincangan bukan bererti Pas sombong dan angkuh.Tidak! Tapi pengalaman mengajarnya begitu dan terpaksa berbuat begitu.
Dalam politik yang masing-masing berkehendakkan kuasa pemerintahan bacaan politik mestilah sentiasa tepat. Jika tersilap terpaksa berpaling bermula dari awal untuk sampai ke takuk ini. Pas hanya selangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat sementara umno hanya selangkah ke kubur politiknya. Maka sudah tentu bersama PKR dan DAP yang segar-bugar lebih baik berbanding sparring-partner yang nazak menunggu ajal.
Read more...