Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Salah seorang mereka PEMBOHONG!

Calon BN Permatang Pasir Rohaizat Ibrahim menafikan penglibatannya dalam kes pecah amanah yang melibatkan firma guamannya.Lalu dipalu lah ‘gendang indah’ bagi membersihkan namanya. ‘Kambing hitam’ perlu dipersembahkan agar bau hamisnya itu boleh menghilangkan busuk dibadannya.


Tapi yang menariknya kini muncul pula bekas rakan kongsinya di firma itu Yusri Ishak yang menafikan penglibatan beliau dalam kes itu. Beliau tidak rela dirinya dikambing-hitamkan oleh UMNO dan BN walaupun beliau merupakan ahli kepada parti yang sudah tidak popular di kalangan orang Melayu itu.

Sah!!! Salah seorang daripada dua orang ini berbohong! Tapi siapa??? Barangkali pengundi di Permatang Pasirlah yang akan membuat keputusannya.

Teringat lirik lagu Pak Pandir : Yang Remeh-Temeh.
Ada mata — pandang…Ada telinga — dengar
Ada mulut — diamAda tangan — garu
Ada kaki — goyangAda otak — pandai…Ada akal — pakai
Ada bijak — gadaiAda mata — pejam
Ada mulut — kunyahYang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmuYang remeh…Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu…Buatlah…Buatlah
Buatlah tak tahuBuatlah…Buatlah
Buatlah tak tahuRela jadi tunggul…Rela jadi patung
Tunggu dilelong…Suruh angguk — angguk
Surug geleng — gelengOh pujilah aku…Ampulah aku
Senang hidupmu….


Read more...

Apa kata Dato’ Mufti?

Terkejut terbelalak dan memalukan. Itulah yang dapat digambarkan apabila pada hari ini terlihat gambar seorang pelakon muslim berkemban di muda depan akhbar metro!. Apa ke jadahnya akhbar yang mungkin dimiliki oleh orang Islam ini memaparkan gambar berkemban seorang artis yang juga seorang Islam?

Apakah ini budaya melayu? Mana dia pejuang Melayu yang beria-ia melaungkan Hidup Melayu tapi lepas tangan apabila kebanyakan artis kita sekarang mula melampui batas-batas budaya dan Agama? Apa juga agaknya kata mufti yang selalu sahaja mengambil berat akan kenyataan daripada pihak pembangkang tapi barangkali terlepas pandang kepada perkara mungkar sebegini?

Menjelang bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak sepatutnya aksi-aksi sebegini tidak berlaku. Apatah lagi seumur hidup artis ini (dan kita semua) telah melalui puluhan madrasah tarbiyyah Ramadhan yang mengajar hamba supaya takut dan tunduk kepada Sang Pencipta!?

Atau inikah yang dinamakan hak asasi????

Read more...

Naib Presiden merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden

Hari ini 16 Ogos Naib Presiden Pas Ustaz Dato’ Tuan Brahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya Pas Pas Pahang telah merasmikan Program Munaqasah ucapan Dasar Presiden di Kompleks Imam As-Syafie Jerantut. Program yang mengumpulkan seluruh jentera Pas dari seluruh negeri Pahang ini merupakan sebuah pertemuan yang menghadamkan lagi intipati ucapan Dasar Presiden Pas pada muktamar yang lalu.


Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan jentera dan penggerak Pas mestilah berada ditahap melaksanakan idea dan amanat Presiden itu dan bukan lagi sekadar berbincang dan berdialog mengenainya. Ahli dan jentera Pas perlu bertindak secara langsung bukan sahaja melalui gerakerja malah perlu memperkasa perkara-perkara asas bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Kebarangkalian Pilihanraya Kecil

Bagi Parlimen Rompin beliau mengingatkan agar jentera pilihanraya membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihanraya Kecil seandainya Dato’ Jamaluddin Jarjis mengosongkan kerusinya di sana dengan perlantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Katanya memandangkan ahli Parlimen itu semakin berat dibebani pelbagai tanggungjawab yang menuntut komitmen yang besar di kedua-dua tempat yang berbeza dalam satu-satu masa maka seharusnya MP Rompin ini memikirkan kebajikan dan pembelaan rakyat di Rompin.

Program sehari ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Pas Pusat , Ustaz Idris Haji Ahmad menjadi tetamu undangan yang membentangkan satu kertas Kerja yang menguraikan maksud ‘Pas Memimpin Perubahan’. Pas boleh memimpin perubahan berasaskan keadilan sejagat yang menjadi tiang seri perjuangannya serta hormat-menghormati dan meraikan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Gambar-gambar sekitar program:


Seminar bahasa turut menjadi agenda Pas


Menyantuni rakyat


Jam 9 pagi


Ucapan Perasmian



Jamuan Tengahari...


Laporan oleh jinbukitridan

Read more...

Jangan terlalu risau???

Timbalan Menteri Pelajaran mengingatkan semua pihak agar tidak perlu terlalu bimbang dengan penularan wabak selsema babi! Kerajaan ada jalan penyelesaiannya... ( Sinar 13 ogos )

Ini satu kenyataan yang amat mengelirukan. Dalam pada statistik terkini kematian akibat selsema babi meningkat ke 51 kematian dan berpuluh dirawat di Hospital namun masih ada pihak terutama pemimpin negara yang menasihatkan agar rakyat jangan bimbang sangat!


Perkara yang melibatkan nyawa dan kehidupan rakyat wajarlah dibimbangi. Bukan sekadar menyediakan vaksin yang berharga puluhan ringgit di Klinik-klinik yang barangkali golongan miskin tidak mampu mendapatkannya!...Topeng muka percuma untuk rakyat???...belum dengar!

Deme kata - jangan risau sangat!
kome kata - Rakyat patut bimbang dan ambil langkah berjaga-jaga!

Read more...

Jadi Duta atau jadi Ahli Parlimen?


Jika ente jadi Duta…
Duduknya di Amerika…
Jauh dari Malaysia…
amanah rakyat di Rompin macam mane???


Read more...

Jangan memandang rendah selsema babi

Kita barangkali boleh memandang remeh pada babi..tapi jangan memandang rendah pada Selsema Babi @ H1N1. Tok jib sendiri sudah menasihati sekalian rakyat agar tidak perlu tampil ke tempat-tempat awam jika tidak ada kepentingan mustahak.


Belum ada tanda-tanda wabak berbahaya ini akan dapat diatasi dalam masa terdekat. Hanya langkah berjaga-jaga yang mampu dilaksanakan sekarang.

Nasihat kami kepada pengunjung blog Pemudamuadzamshah berhati-hatilah membawa diri baik di Pasar Malam , Pekan Sehari , Pasar Tani atau di Majlis-majlis Perkahwinan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

Read more...

`Selesaikan isu arak di Selangor dengan bijak!`

Syabas Pas Selangor yang mengambil langkah yang bijak dalam mengekang penjualan arak yang berleluasa di Selangor. Langkah ini walaupun agak terlewat namun ianya mencerminkan kesungguhan Pas untuk menjaga kemaslahatan ummah dan rakyat jelata.


Isu penjualan arak ini bukanlah isu besar yang boleh mengeruhkan kesatu-paduan PR. Tidak berbaloi kiranya ada pihak yang langsung tidak boleh bertolak ansur dalam mengawal penjualan bahan yang memabuk dan merosakkan kesihatan ini. Kita ingin rakyat kita selamat dan sihat dalam apa jua keadaanpun. Jika tidak manakan timbul slogan “ Don’t drink and drive…..” yang masyhur itu.


Lagipun apa yang diperjuangkan oleh Pas Selangor ini hanyalah penjualan yang terlampau bebas hinggakan boleh di ‘access’ oleh umat Islam yang terlalai seketika. Bagi rakyat di Selangor bersabar dan berilah sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada kerja-kerja amar makruf- nahi mungkar ini. Masalah ummah tidak akan selesai jika kita asyik mengkritik golongan yang ingin membuat kebaikan padahal kita seakan tidak nampak kesilapan yang telah dibuat oleh pemerintah terdahulu sejak puluhan tahun.

‘Kalian beruntung mendapat peluang ini dan gunakanlah peluang ini untuk membuat perubahan.’

Read more...

Futsal Jubli Perak

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP