Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Hub Hiburan : Idea terdesak Be End?

Lebih 26 juta rakyat Malaysia di kejutkan dengan cadangan terbaru Dato’ Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan. Bukan sekadar siang tapi malam juga! Dari manakah agaknya datang idea yang langsung mengarut ini?

Sudahlah kita dibebani dengan masalah dadah , zina , buang bayi , samseng dan sebagainya akibat berpunca dari industri hiburan yang terlampau kini ada pula cadangan untuk menambahkan lagi pekung di dada. Apa sudah jadi dengan tranformasi besar yang dilaung-laungkan? Ke manakah halatuju pembangunan negara jika satu masa nanti hiburan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi? Apakah kita bercita-cita ingin menandingi Hollywood , Bangkok atau Bali di indonesia?

Baru sahaja berlalu zaman pentadbiran Pak Lah dengan Islam Hadhari yang ingin melahirkan modal insan yang bertakwa dan maju kini ada pula suara dari pihak kerajaan yang seakan sudah kebuntuan idea hingga melihat hanya industri hiburan sahaja lubuk bagi mendapatkan hasil dan memajukan negara. Sesungguhnya cadangan ini tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin yang kononnya berjiwa besar seperti Najib.

Tidakkah kita melihat kerosakan institusi massarakat hari ini kebanyakan bermula daripada hiburan yang melampau? Di Kelab-kelab dangdut atau pub contohnya telah dibuktikan bahawa disitulah anasir-anasir jenayah berlingkar berleluasa. Berapa puluh kilogramkah dadah yang dirampas oleh pihak berkuasa semasa serbuan di tempat-tempat sebegini dari dulu? Ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi menagih malah mengedarkan najis sebegini. Itu belum lagi GRO-GRO haram (?) yang saban malam diberkas polis dalam serbuan di kelab malam seluruh negara.Zina? pergaulan bebas? Mabuk? Seakan menjadi pakej lengkap apabila manusia terlampau kemaruk untuk berhibur.

Walaupun di peringkat cadangan tapi ianya memang tidak sepatutnya dicadangkan. Apatah lagi di saat krisis moral yang kian tidak terbendung kebelakangan ini.

Tidak adakah cara lain untuk memajukan negara? Para pelancong yang datang ke Malaysia bukanlah kemaruk untuk berhibur siang dan malam. Mengapa tidak di angkat kecantikan budaya timur sebagai pemangkin utama dalam sektor pelancongan seterusnya memacu ekonomi negara? Yang jelasnya setakat ini para pelancong luar dan dalam negara hanya bertumpu di kota-kota besar serta pusat peranginan mewah dan tidak ke ceruk-ceruk kampung meninjau kehidupan masyarakat Malaysia yang unik dan majmuk.

Inilah bahananya jika pelancongan itu di istilahkan dengan pembangunan material buatan manusia yang hebat-hebat!

Di sini rakyat dan Melayu khususnya dapat menilai sejauh manakah kebolehan Barisan Nasional dalam mentadbir negara jika diberikan mandat lima tahun lagi. Pemikiran rakyat jauh ke depan sementara pemikiran pemimpin mereka seakan mundur ke belakang!.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP