Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Rakyat menang lagi…Post-mortem untuk BN!

Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pasir semalam mencerminkan hasrat dan kecenderungan politik rakyat di era reformasi ini tidak semestinya selari dengan selera pemerintah. Kebijaksanaan dan akal yang waras menjadi aset utama rakyat dalam menepis hujan maklumat yang kian terpesong dan bercelaru.


Dato’ Seri Najib dalam mengulas kekalahan UMNO di Permatang Pasir mengatakan beliau tahu punca kekalahan mereka dan dalam satu interview yang lain mereka akan mengkaji punca kekalahan itu. Jika diamati sebenarnya ayat “akan mengkaji punca kekalahan” sudah menjadi slogan mereka sejak kekalahan teruk dalam PRU yang lalu.

Begitu juga Muhyiddin yang menyindir rakyat permatang Pasir seakan tidak mahu perubahan! Perubahan yang bagaimanakah yang dimaksudkannya? Sedarkah mereka rakyat sudah berubah mencari kebaikan dan hanya UMNO sahaja yang tidak berubah-ubah? Rasuah, Korup dan penyelewengan sudah terpalit kepada sebahagian daripada mereka.

Percayalah mereka tidak akan mengambil apa-apa pengajaran pun daripada kekalahan ini seperti telah lalu-lalu. Fahamkah mereka yang rakyat membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak dari dahulu lagi? Mengertikah mereka rakyat sudah muak dengan isu rasuah dan penyelewengan di kalangan pemimpin yang lebih pandai mengira untung di poket sendiri daripada menjaga kebajikan rakyat?

Selama ini mereka hanya pandai melabelkan pembangkang seakan menjadi 'perosak' kepada negara dengan tuduhan pengkhianat serta pemecah-belah masyarakat dan pada hari ini ‘perosak’ inilah yang lebih dipercayai rakyat daripada mereka yang hanya berlakon seakan tikus membaiki labu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP