Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Naib Presiden merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden

Hari ini 16 Ogos Naib Presiden Pas Ustaz Dato’ Tuan Brahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya Pas Pas Pahang telah merasmikan Program Munaqasah ucapan Dasar Presiden di Kompleks Imam As-Syafie Jerantut. Program yang mengumpulkan seluruh jentera Pas dari seluruh negeri Pahang ini merupakan sebuah pertemuan yang menghadamkan lagi intipati ucapan Dasar Presiden Pas pada muktamar yang lalu.


Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan jentera dan penggerak Pas mestilah berada ditahap melaksanakan idea dan amanat Presiden itu dan bukan lagi sekadar berbincang dan berdialog mengenainya. Ahli dan jentera Pas perlu bertindak secara langsung bukan sahaja melalui gerakerja malah perlu memperkasa perkara-perkara asas bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Kebarangkalian Pilihanraya Kecil

Bagi Parlimen Rompin beliau mengingatkan agar jentera pilihanraya membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihanraya Kecil seandainya Dato’ Jamaluddin Jarjis mengosongkan kerusinya di sana dengan perlantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Katanya memandangkan ahli Parlimen itu semakin berat dibebani pelbagai tanggungjawab yang menuntut komitmen yang besar di kedua-dua tempat yang berbeza dalam satu-satu masa maka seharusnya MP Rompin ini memikirkan kebajikan dan pembelaan rakyat di Rompin.

Program sehari ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Pas Pusat , Ustaz Idris Haji Ahmad menjadi tetamu undangan yang membentangkan satu kertas Kerja yang menguraikan maksud ‘Pas Memimpin Perubahan’. Pas boleh memimpin perubahan berasaskan keadilan sejagat yang menjadi tiang seri perjuangannya serta hormat-menghormati dan meraikan pelbagai kaum di Malaysia ini.

Gambar-gambar sekitar program:


Seminar bahasa turut menjadi agenda Pas


Menyantuni rakyat


Jam 9 pagi


Ucapan Perasmian



Jamuan Tengahari...


Laporan oleh jinbukitridan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP