Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Guna pelajar sekolah!..Siapa pula akan diambil tindakan?

Sudah terang lagi bersuluh BN telah menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk berkempen bagi pihak mereka demi merampas kerusi Permatang Pasir daripada Pas. Senario ini bukanlah baru dalam politik 'demokrasi' di Malaysia. Boleh dikatakan setiap kali menjelang pilihanraya Umum atau pilihan raya Kecil Pihak BN lah yang mendapat kelebihan menggunakan harta benda, jentera mahupun kakitangan kerajaan untuk kerja kempen mereka.


Pihak pembangkang dan rakyat kebanyakan seakan sudah tidak boleh berkata apa lagi (malah lali) berkenaan hal tersebut walaupun jelas perbuatan itu satu kesalahan dalam pilihanraya demokrasi( sepatutnya ). Harta negara seakan bebas digunakan oleh mereka untuk keuntungan politik mereka atas alasan kerajaan yang memerintah! Pembangkang terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan dan bukan hanya Barisan Nasional.

Yang terbaru di Permatang Pasir selain menggunakan ‘jentera rasmi’ itu mereka juga disyaki menggunakan pelajar sekolah bagi kerja kempen pilihanraya mereka. Golongan muda ini dapat dilihat jelas di beberapa pusat pembuangan undi seperti di Samagagah dan Kubang Semang. Ada juga di kalangan mereka tugasnya meronda dengan motosikal dari satu tempat ke satu tempat.

Jika diperiksa Kad Pengenalan mereka ini kita yakin ada di kalangan mereka yang masih di bangku sekolah dan belumpun melepasi umur mengundi. Ini satu tamparan yang hebat apabila pelajar Universiti yang di syaki terlibat dalam menyokong pembangkang samada dalam perhimpunan aman mahupun pilihanraya kecil akan diambil tindakan. Justeru apa pula justifikasi mereka terhadap tindakan mereka sendiri ini.? Pelajar manakah yang akan digantung sekolah atau diminta surat tunjuk sebab?

Rakyat sekali lagi diminta menilai senario ini berdasarkan akal yang waras dan seimbang. Ketidakdilan atau penyalahgunaan kuasa walau di pihak mana tidaklah boleh diterima sebagai satu kes terpencil yang mana akhirnya akan menjadi budaya yang buruk. Masyarakat Malaysia mestilah prihatin , berfikir dan mengambil berat ke atas apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka jika ingin menjadi hakim politik yang bijak!




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP