Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Lintas langsung dari Permatang Pasir

Alhamdulillah akhirnya kami Berjaya menjejakkan kaki ke Permatang Pasir yang menjadi topik perbincangan sekarang ( selain selsema babi…) Tanggapan awal sebaik melangkah masuk ke sini bolehlah disimpulkan pilihanraya kali ini tidaklah kalah berbanding dengan yang terdahulu. Petugas dari kedua-dua parti bertanding rancak menjalankan gerakerja kempen masing-masing walaupun dilihat seakan Pas mendominasi sokongan rakyat di sini.


Banyak bendera dan bahan kempen parti lawan yang terjatuh dan berjuntai tanpa ada petugas yang membaikinya mencerminkan kesan kekalahan psikologi mula melanda mereka. Hanya satu ceramah kelompok yang penulis dapat lihat apabila melintasi di jalan utama di sini tengahari tadi. Isu yang menjadi topik mereka masih lagi di sekitar kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang diselewengkan berkenaan isu syurga dan neraka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa memainkan isu ini kerana mengharapkan simpati orang Melayu terhadap mereka.

Teringat saya akan kenyataan Khairy Jamaluddin tempohari berkenaan pengundi hantu yang berkeliaran di sini. Kenyataan yang dikeluarkannya itu membantah kenyataan BN dan SPR sedikit waktu dahulu yang mengatakan pengundi hantu tidak wujud! Tidak wujud jika diperkatakan oleh pembangkang???

Selepas Solat jumaat tadi sempat juga kami bersama penduduk tempatan bergotong-royong untuk membersihkan longkang yang tersumbat di sekitar sini. Alhamdulillah penduduk tempatan amat berbesar hati menerima kehadiran petugas Pas di sini dan tidak jemu-jemu berkongsi dan bertukar maklumat.

Pesuruhjaya Pas Pahang Dato’ Tuan Brahim Tuan Man bersama Ketua dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi turut turun padang sejak di awal pagi lagi. Ziarah rumah ke rumah memberikan maklum-balas positif tentang kecenderungan rakyat tempatan kepada Calon Pas.

Baru sebentar tadi saya baru saja bersua dengan calon Pas yang sibuk melawati UPU-UPU di Permatang Pasir ini. Walaupun agak keletihan beliau tetap tersenyum menyantuni para petugas. Sambil beliau minum di warungpun Para Wartawan tidak melepaskan peluang untuk menemuramahnya. ( Tidak tahu lah pula apa yang akan dipaparkan media kepada rakyat malam ini? )

Kami mengucapkan Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia dan Kepada pengundi di Permatang Pasir ambillah kesempatan Ramadhan Kareem ini untuk memilih pemimpin yang amanah dan berpolitik kerana Allah.

Sepanjang PR Kecil Permatang Pasir ini kami akan terus menyiarkan perkembangan terkini di sini.

jinbukitridan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP