Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Sebat!

Perhatian kita dicuri seketika dengan kes seorang model yang sepatutnya menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak! Namun Kartika Sari Dewi Sukarno yang dijadualkan menjalani hukuman itu beberapa hari yang lalu keliru apabila hukumannya itu ditangguhkan akibat masalah teknikal.

Apa yang menariknya di sini ialah model ini benar-benar ingin dihukum mengikut undang-undang Islam dan menolak pelaksanaan undang-undang yang tidak selari dengan acuan Islam. Ini satu perkembangan yang baik apabila kebanyakan umat Islam kembali menaruh kepercayaan kepada apa yang diperintahkan oleh tuhannya! Allah memerintahkan kita berhukum dan bersyariat dengan syariatNya sebagaimana juga Allah memerintahkan Puasa, zakat dan Haji.

Kepada Puan Kartika Sari Dewi Sukarno bersabarlah. Moga Allah mengampuni dosa-dosa anda dan kita semua. Keinsafan anda atas besarnya dosa kerana terlibat dengan perkara yang memabukkan itu barangkali menyedarkan juga ramai orang.

Tapi harus diingat, Allah juga memerintahkan ke atas sekalian umat manusia muslimin dan muslimat supaya menutup aurat masing-masing agar terjaga maruah mereka. Aurat inilah perkara besar yang dipandang remeh oleh kebanyakan orang Islam sekarang. Benar dan baik mereka memandang keji pada zina dan maksiat tapi mereka boleh bertolak-ansur dengan pembukaan aurat yang menjadi pendorongnya.

Barangkali Puan Kartika boleh mengambil langkah ini sebagai permulaan kepada hidup yang lebih dirahmati dan mendapat keampunan daripada Allah. Tutuplah aurat kerana itu perintah Allah sebagaimana larangan Allah kepada mendekati perkara-perkara yang memabukkan juga. Semoga Ramadhan ini memberi Tarbiyyah yang bermakna kepada sekalian ummah!


*Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP