Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Khairi patut berundur

Tanpa disangka dan tanpa campurtangan pihak lain akhirnya pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mula melihatkan retak menanti belahnya. Dalam keasyikan mereka menepelak Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang rupanya diperingkat pusat sendiri mereka mula bermasalah.

Masalah yang paling besar bagi seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu pergerakan atau organisasi ialah kehilangan kepercayaan terhadap kredibiliti atau kebolehannya sebagai peneraju kepada organisasi tersebut . Dan bertambah malang lagi jika pihak yang hilang kepercayaan itu terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi juga di dalam pergerakan tersebut. Mereka bermesyuarat bersama , bekerja bersama malah makan bersama tapi ada si Polan yang tidak lagi mempercayai kebolehan ketuanya itu untuk memimpin.

Itulah yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin menantu bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Rembau apabila diminta meletakkan jawatan oleh barisan exconya sendiri.

Difahamkan punca desakan beberapa anggota exco pergerakan itu ialah kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.(HarakahDaily)

Nampaknya krisis dalaman Barisan Nasional tidak mengenal parti dan kaum. MCA,MIC dan PPP yang terus dilanda kemelut yang tidak berkesudahan seakan menarik minat Pemuda Umno untuk menyertainya. Krisis sebegini apabila berlaku kepada gabungan yang menerajui kerajaan jelas mencerminkan ketidak-kuatan kerajaan yang memerintah. Bila ingin membicarakan hal rakyat jika asyik bertelagah sesama sendiri?

Kita fikir dalam menyelesaikan krisis dalaman , Pakatan Rakyat lebih ke depan dan terbuka. Buktinya krisis demi krisis yang dilontarkan kepada PR tidak berbekas dan dapat diselesaikan dalam suasana yang harmoni dan singkat.

Sekarang terserah kepada kebijaksanaan ketua keluaran oxford ini untuk menyelesaikan masalah anak-anak buahnya. Jika dinilai secara adil mungkin ada benarnya desakan beberapa exco ini kerana kepimpinan Khairy memang masih gagal menjelmakan transformasi besar tajaan Tok Jib.

Adakah beliau akan terus mempertahankan jawatannya walau tidak lagi mendapat keyakinan segelintir barisan exconya ? Atau polemik ini akan terus berpanjangan seperti gabungan mereka yang lain? Biarlah pemuda dan puteri di seluruh negara menilaikannnya.

Tapi kita yakin jika Nasruddin Tantawi atau ketua pemuda lain dalam PR mengadapi keadaan ini mungkin sebelum sempat petang mereka sudahpun melepaskan jawatan!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP