Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

UMNO jangan perasan!

Pelawaan Mursyidul Am Pas dan Dato’ Presiden Pas untuk berbincang isu Islam dengan UMNO dikritik dengan hebat oleh mereka. Mengapa? Kononnya kata mereka Pas tidak konsisten dengan pendirian dan tidak komited dalam membincangkan isu perpaduan Melayu.

Betapa dangkalnya mentaliti sesetengah pimpinan umno yang hanya sibuk membicarakan perpaduan Melayu sedangkan dalam masa yang sama Tok Najib sibuk mempromosikan satu Malaysia! Hidup Melayu atau Satu Malaysia?

Pas mengajak umno berbincang atau bermuzakarah berkenaan Islam dan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia bukannya taksub dengan semangat bangsa semata-mata. Perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak releven apatah lagi dengan semangat satu malaysia yang dilaungkan mereka sendiri.

Sejarah juga telah membuktikan kedatangan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Arab dan 2/3 dunia di bawah pemerintahan Islam. Dan bukannya di bawah tiket kaum Quraisy. Hanya kaum Yahudi yang taksub dengan ‘kemuliaan’ bangsa mereka sehingga mendatangkan kerosakan di atas muka bumi ini.

Umno perlu memahami maksud sebenar ajakan Pas ini dan tidak hanya bergendang awal untuk meraih perhatian rakyat. Jangan menyempitkan fikiran rakyat dengan melihat skop perpaduan bangsa sahaja yang perlu diperbetulkan sedangkan bangsa-bangsa lain juga berhak mendapat pembelaan jika penanda arasnya Islam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP