Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Lintas Langsung Karnival Cakne Rakyat Dari Rompin

Jom Karnival

14 februari jam 4.00 Petang

Rompin- Satu karnival Cakne Rakyat akan diadakan bermula jam 3 petang ini di Dataran Pas Cawangan keratong 4. Karnival anjuran Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Musilimat Kawasan ini bersempena lawatan Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat ke Rompin hari ini.
Pelbagai acara telah dirancang untuk program selama dua hari dua malam ini. Antaranya termasuklah ceramah umum, Sukaneka, Pertunjukkan Tomoi dan silat, acara kanak-kanak ,Pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Motor cross dan sebagainya. Ruang niaga dan kelengkapan asas juga disediakan di tapak program.

Menurut Pengarah Program Ustaz Suhaimi Haji Ahmad , semua persediaan telah siap hasil daripada perancangan rapi selama beberapa minggu. Beliau meramalkan 3000 orang rakyat dari sekitar Rompin bakal menghadiri program ini.

Tinjauan penulis juga mendapati semakin ramai anggota masyarakat mula membanjiri tapak program seawal 11 pagi lagi. Kepada seluruh penduduk di sekitar Rompin anda bolehlah bersantai bersama keluarga ke tapak program sepanjang 14 dan 15 haribulan ini.

...dan sekarang jam 0415 petang Qari jemputan sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pembukaan rasmi kepada majlis ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP