Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Syukran jazilan

Alhamdulillah program karnival Cakne Rakyat Pas Kawasan sudahpun berjaya. Program yang hanya sempat dirancang dalam masa dua minggu ini bertujuan merakyatkan Pas agar tidak kelihatan asing di mata masyarakat.


Memang mutakhir ini Pas semakin didekati dan dimesrai oleh kebanyakan rakyat Malaysia lantaran dengan turunnya kepimpinan Pas dari peringkat pusat maka program inipun dirancang agar memberikan impak yang besar kepada aura politik khususnya di Parlimen Rompin ini.Dan kesannya jelas semakin positif dari hari ke hari.

Membawa wakil daripada pihak kami penganjur mengucapkan terima kasih kasih atas semua pimpinan pusat , para artis jemputan dan semua yang menjayakan program ini. Pengorbanan kita sebagai penggerak kepada jemaah Islam moga-moga mendapat rahmat dan belas-kasihan daripada Allah.

Tahukah anda siapakah yang menjadi tulang belakang kepada penganjuran majlis ini? Tidak lain tidak bukan ialah barisan kepimpinan mantap Pas Kawasan Rompin dengan kerjasama Dewan Muslimat Kawasan serta Dewan Pemuda Pas Kawasan!....Kita dengar apa kata sebahagian daripada petugas dan pengunjung karnival ini:

Ustaz Suhaimi - Pengarah Program:
Pertamanya ana mengucapkan terima kasih atas semua komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua petugas. Tahniah kerana telah melaksanakan tugas dengan baik. Juga terima kasih kepada pengunjung karnival yang tidak putus-putus memenuhi tapak karnival semoga dengan kehadiran tuan-puan itu dapat mendekatkan lagi perjuangan Pas dengan masyarakat. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada anggota keselamatan termasuk pihak polis , anggota rela serta pengurusan tanah rancangan yang memberikan kerjasama amat baik.

Ustaz Shukri Hj Ahmad - YDP Pas Rompin:
" Syabas kepada urusetia penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan baik. Berdasarkan kepada respon yang diterima daripada masyarakat kita Pas sentiasa di depan dalam membicarakan permasalahan rakyat. Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan oleh semua kepimpinan Pas sama ada di peringkat cawangan , Dewan-dewan mahupun ahli jawatankuasa Pas Kawasan sendiri. Masalah rakyat adalah masalah kita dan sebagai tulang belakang kepada jemaah kita mestilah menjadikan Islam itu sebagai pemimpin kepada perubahan. "

Ramli Awang Ahmat - Setiausaha Pas Kawasan:
"Program ini dilihat berjaya kerana penganjuran aktiviti yang pelbagai. Masyarakat memang perlu sentiasa dicakna oleh pimpinan. Saya juga tertarik melihat ustazah Nuridah selaku pimpinan Pas mencukur kepala seorang bayi dalam program tersebut. Ini isyarat bahawa Pas bukanlah asing kepada rakyat. Hanya media berat sebelah yang melabelkan begitu."



Ustaz Nazri - Ketua Dewan Pemuda:
"Pertandingan motor cross yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan merupakan petanda positif golongan muda yang lebih berfikiran terbuka berkenaan politik. Barangkali mereka mempunyai maklumat yang pelbagai dari media alternatif dan tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah sebelah pihak. Pas tidak hanya mengajak orang ke masjid dan surau malah menghantar mesej yang lebih dari itu. Berhibur , beriadah dan mendidik rakyat supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kita akan terus mendekati golongan muda ini pelbagai program yang telah dirancang."

Arif Musa - pengunjung /penyokong:
"Saya amat seronok menghadiri program seperti ini. Selain bersukan dan beriadah saya juga dapat mengenali Pas dengan lebih dekat lagi. Ramai kawan-kawan saya yang mulanya agak 'segan' untuk berkunjung ke sini kini tidak lagi begitu apabila melihat Pas lebih memahami kehidupan rakyat berbanding parti lain. Pas tidaklah seteruk yang digambarkakn dikaca TV"



Sepol - salah seorang petugas:
"Errr...Speaker ni rosak plak dahh!!!!"

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP