Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

`Rally’ ziarah Pemuda

21 Januari – Dewan Pemuda Pas Rompin (DPPR) yang diketui oleh ustaz Nazri bin Hj Ahmad telah mengadakan program ziarah ke beberapa buah rumah di Keratong semalam. Idea yang dicetuskan semasa mesyuarat exco ini mensasarkan tiga buah rumah yang perlu diziarahi dalam satu malam.

Antara objektifnya ialah untuk meraikan ahli yang ditimpa musibah disamping merapatkan hubungan pemuda dengan pimpinan Pas Kawasan serta mengenali lebih rapat veteran Pas yang telah memberikan banyak jasa kepada Pas Kawasan Rompin.

Ziarah ini juga turut disertai oleh Ustaz Shukri Hj Ahmad YDP Pas Kawasan, saudara Ramli Awang Ahmat setiausaha Pas Kawasan dan Saudara Roslin Bakar Pengarah Jabatan IT Pas Pahang.Antara rumah yang diziarahi ialah rumah encik Mohamad Harawiyi yang kematian anak baru-baru ini, rumah Ustaz Yahaya Awang seorang veteran Pas yang sedang keuzuran dan rumah ustaz Mat Nor Latif seorang veteran Pas yang juga pendakwah.

Jam 0900 malam ke rumah Ustaz Yahaya Awang

Selesai saja solat isya’ berjemaah di Markas Pas MTD Ibam rombongan kami seramai 10 orang mula mengatur langkah. Rumah yang pertama dilawati ialah rumah Ustaz Yahaya Awang. Beliau merupakan bekas setiausaha Pas Kawasan Rompin 21 tahun yang lalu dan sekarang beliau terlantar di rumahnya di Keratong 5 akibat sakit tua. Walaupun dalam keadaan uzur apatah lagi beliau baru sahaja keluar daripada hospital namun sempat juga beliau beramah mesra dan menerima kunjungan kami dengan ceria.

Beliau pernah menjawat jawatan setiausaha Pas kawasan di peringkat awal penubuhan Pas di disini. Banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya disaat itu untuk meyakinkan masyarakat dengan perjuangan pas yang masih dianggap asing waktu itu.

Lantarannya keuzurannya itu kami tidak mengambil masa yang panjang dirumahnya. Selepas dijamu dengan pulut dan bubur durian kami meminta diri untuk ke rumah seterusnya.

Jam 0940 malam : Rumah Encik Mohd Harawiyi

Lokasi seterusnya ialah rumah Pak Mat Harawiyi yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat sakit jantung baru-baru ini. Beliau menetap di Keratong 5 dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah-sebuah bank di Muadzam Shah.Menurutnya Arwah anaknya itu seorang guru dan masih bujang adalah anak yang amat taat dan baik terhadap kedua orang tua. Pemergian yang tidak disangka-sangka itu benar-benar meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan mereka sekeluarga.

Sebagai memenuhi hajat tuan rumah ustaz Shukri dan ustaz Nazri sempat memimpin tahlil ringkas untuk arwah anaknya itu. Dipenghujung majlis sempat juga YDP menghulurkan sedikit sumbangan hasil daripada derma orang ramai untuk keluarga ini.

Kami meninggalkan kediaman Pak Mat ini dengan seribu doa moga roh anaknya itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Jam 1015 malam : Rumah ustaz Mat Nor Latif

Kami meneruskan lagi `rally’ ziarah kami ini ke rumah ustaz Mat Nor yang juga terletak di Keratong 5. Sesampainya kami dirumah beliau terus disambutnya dengan ucapan terima kasih kerana sudi berziarah serta mengalu-alukan kedatangan kami.
Ustaz Mat Nor merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang DiPertua Pas Kawasan Rompin di penghujung tahun 80-an. Beliau dan ustaz Yahaya Awang adalah tulang belakang Pas Rompin waktu itu.Menurutnya Perjuangan diawal penubuhan Pas di sini amatlah getir serta penuh dengan halangan dan hanya yang berkomitmen tinggi sahaja yang berjaya menempuhinya.

Beliau sekarang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau di sekitar Rompin. Tidak hairanlah ke mana sahaja beliau pergi ada sahaja yang mengenali dan ingin berguru dengannya.
Sebagai pembakar semangat dan panduan dalam melakukan gerakerja parti serta perjuangan Islam sempat juga kami meminta sedikit nasihat daripadanya.

Menurutnya` perjuangan Islam perlu diteruskan walau apapun halangan yang diterima. Pemimpin yang baik mestilah berwibawa dan bijak menilai keadaan.Pemimpin juga menurutnya perlu mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang bagi melengkapkan pakej kepimpinan yang baik’.

Kami meminta diri dari rumahnya setelah hampir satu jam kami disitu dan beliau berharap agar DPP dan kepimpinan kawasan terus mengekalkan amalan ziarah yang baik ini.


KP Rompin


Bertanya khabar


YDP Pas Rompin turut serta


YDP membacakan Doa Tahlil


KP melihat ole-ole dari ustaz Mat Nor


Bergambar kenang-kenangan































0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP