Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Syabas Jawatankuasa Disiplin Pas!

Akhirnya teka-teki berkaitan isu Dato' Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad terjawab. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telahpun mengeluarkan keputusan yang dibuat sebulat suara oleh ahli jawatankuasa tersebut.

Walaupun `hukuman' yang dikenakan tidaklah seberat mana tapi mesej disebaliknya amat besar dan signifikan. Setiap ahli di dalam jemaah mestilah menumpahkan baiah dan taat setia kepada parti dan perjuangan Islam ini. Barangkali di sana ada perkara-perkara yang tidak kita persetujui secara peribadi tapi barangkali juga perkara itu dilihat baik dan elok oleh pimpinan serta ahli jemaah yang lain. Justeru disinilah adab dan disiplin dalam berjemaah dituntut demi memartabatkan perjuangan Islam ditempat yang sepatutnya.

Hukuman ini juga seeloknya menjadi tazkirah kepada ahli Pas yang lain agar memandang tinggi kepada organisasi Pas. Pas bukan parti `tangkap muat' yang boleh diperlekeh oleh sesiapa tanpa ada batas dan alasan yang wajar. Pas disegani oleh kawan dan lawan malah menjadi harapan sekalian rakyat.

Moga-moga selepas ini tidak ada lagi suara-suara nakal yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Disiplin ini dan lebih wajar masa yang ada diperuntukkan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP