Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pas Pahang anjur kursus penulisan berita

Temerloh 2 januari. Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang menerusi Jabatan Penerangannya telah berjaya mengadakan siri pertama kursus penulisan berita hari ini. Program yang diadakan di Pejabat Perhubungan Pas Negeri ini menghimpunkan hampir 20 orang peserta dari seluruh negeri Pahang.

Kursus ini dirasmikan oleh Setiausaha Pas Negeri Pahang saudara Roslan Zainal Al-Ahmadi. Beliau dalam ucapan perasmiannya menekankan betapa pentingnya maklumat dan dasar perjuangan parti di sampaikan kepada masyarakat dengan cermat dan pantas.

“ Pas mesti memenangi hati rakyat dan peranan pemberita mestilah meletakkan Pas itu sendiri ke tengah masyarakat dengan penuh hemah dan bijak”, katanya. Selain itu juga setiap pemberita menurutnya mestilah mempunyai ilmu pengetahuan serta sumber maklumat yang baik bagi membolehkan berita yang disampaikan tepat dan menarik minat khalayak pembaca.

Kursus ini antara objektifnya adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pemberita mengenai teknik penulisan dan kaedah mengolah maklumat untuk dijadikan berita.

Saudara Hashim Abdullah , seorang bekas pemberita daripada akhbar Harakah turut diundang sebagai pembentang kertas kerja dalam program ini. Dengan pengalaman luas beliau sebagai seorang wartawan banyak teknik-teknik pemberitaan dan dunia penulisan didedahkan kepada para peserta.

Menurut maklum balas yang diterima dari kalangan peserta mereka rata-rata amat berpuashati dan berminat dengan apa yang didedahkan kepada mereka hari ini. Salah seorang peserta yang ditemui , saudara Shamsul Ngadiman dari Rompin menyatakan beliau kini lebih memahami kaedah dan teknik pemberitaan dan berazam untuk menghadiri kursus-kursus sebegini lagi pada masa yang akan datang.

“ Program yang sebegini amat baik untuk melahirkan pemberita yang berkualiti dan amanah dalam setiap pemberitaan mereka”, Ujarnya diakhir program tersebut.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP