Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Umno juara divisyen mana?

“Agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah untuk menunjuk dan mengingatkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat”.

Umno nampaknya cuba mengorak langkah awal di tahun baru ini ke arah memulihkan reputasi mereka yang selama ini tercalar teruk akibat penolakan rakyat dalam PRU yang ke 12 lalu. Presiden nya Dato’ Seri Najib Tun Razak difahamkan akan merasmikan program itu beberapa hari saja lagi. Persoalannya apakah kategori juara yang dilaung-laungkan mereka?

Orang Melayu paling ramai miskin tegar , belia Melayu paling ramai terjebak dengan dadah dan masalah sosial , kadar pengangguran juga paling ramai di kalangan masyarakat melayu , Dasar Ekonomi Baru? Tetap gagal mencapai objektif penubuhannya kerana ketidakcekapan pemerintahan. Dan sekarang mereka ingin mendabik dada mengaku sang juara pejuang melayu!

Setelah kian lama rakyat diasak dengan ekonomi yang suram dan kenaikkan harga barangan kini mereka benar-benar tersepit untuk memulihkan imej mereka yang seakan tidak lagi mesra rakyat seperti gendang yang dipalu media mereka selama ini.

Tapi banyak pihak berpendapat usaha ini sudah terlambat. Rakyat sudah muak dengan umno dan BN kerana hanya pandai bercakap tapi tidak pandai bekerja untuk rakyat. Penyakit yang terlampau banyak singgah di badan umno seakan tidak lagi boleh diubati hanya menunggu masa untuk menemui ajal dalam arus politik negara.

Biarkan mereka mengaku juara
Biarkan mereka mengaku berjasa
Biarkan Luncai terjun dengan labu labunya....biarkan.









1 comments:

JanuskieZ January 11, 2010 at 8:30 AM  

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP