Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Takut pada kenyataan!

Kenapa penayangan klip sajak kematian begitu mendapat tentangan berbanding jom heboh,AF,selebriti berdansa serta drama tv yang langsung tidak mencerminkan ketimuran dan Islam yang lain?

Barangkali kita sekarang terlampau seronok dengan dunia dan hiburan semata-mata hingga lupa kepada mati yang semua yang bernyawa akan merasainya?Sehinggakan kaedah pengajaran kepada kanak-kanakpun menjadikan kita fobia.Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya…jika sudah menjadi buluh payahlah jadinya.Kaedah pengajaran yang sebegini lebih sampai objektifnya kepada sasaran berbanding dengan hanya kata-kata nasihat yang lumrah atau memasang kaset lagu dan menari bersama kanak-kanak.

Menagapa berbantah jika ada sekumpulan guru yang sayangkan anak bangsanya mengambil pendekatan yang berbeza dan berkesan dalam mengasuh jiwa kanak-kanak sedari kecil supaya takut pada Allah dan perkara mungkar?Apakah kita ingin menyumbat ke dalam jiwa mereka ilmu yang tidak ada disiplin dan ruh Islam?Ilmu yang tidak menjadikan agama,dosa pahala sebagai penanda aras akan menjuruskan kepada penyalahgunaan ilmu itu sendiri.Engineer,saintis,arkitek,pengarah mahupun menteri yang tidak takut mati atau dosa dan pahala akan lebih dikhuatiri menyalahgunakan kedudukan,kepandaian dan jawatan yang mereka ada untuk berbuat kerosakan kepada agama dan negara.

Seorang menteri yang tidak amanah contohnya akan menggunakan pengaruhnya untuk mencari kekayaan untuk dirinya semata-mata sama ada melalui rasuah ataupun penyelewengan.Begitu juga seorang kontraktor contohnya siapakah yang dapat memastikan beliau mengikuti spec kerjanya seratus peratus jika tidak didisiplinkan oleh dosa dan pahala?…Jadi agama lah yang dapat mendisiplinkan mereka agar takut pada ancaman Allah dan pembalasan akhirat!

Anak-anak kecil perlu diperingatkan yang setiap perbuatan buruk(dosa) atau perbuatan baik(pahala)akan dinilai disisi Allah.Dengan peringatan yang jelas itu barulah mereka akan keluar kepada masyarakat suatu hari nanti dengan moral,disiplin,amanah dan dikawal segala amal didunia ini dengan dosa dan pahala.

Berdasarkan masalah sosial di negara kita yang kian parah ini sewajarnya sajak kematian ini menjadi menu harian di kaca tv kita agar dapat mendidik dan memberi peringatan kepada seluruh rakyat di negara kita . Amat wajar sajak ini diteruskan penayangannya malah perlu diperluaskan lagi sehingga ke pelajar di IPT.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP