Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Siapa yang keliru?

Dua tiga hari lepas heboh di Pahang terutamanya di Rompin apabila MP Rompin menempelak seorang Khatib jemputan Ustaz Suhaimi Saad.Entah dirancang atau kebetulan kedua mereka yang datang daripada dua parti politik berlainan tapi bertemu di Masjid Keratong kerana menunaikan solat jumaat.

Beliau mengkritik Ustaz Suhaimi yang dikatakannya berpolitik di Masjid apabila berkhutbah pasal keadilan Islam dan menyentuh akta ISA yang kian tidak popular.Ramai rakyat di kawasan Rompin yang terpinga-pinga apabila menilai keadaan tersebut.Adakah bercakap tentang keadilan Islam dan membantah kezaliman ke atas manusia yang belum dibuktikan bersalah tidak selari dengan prinsip Islam…dan hanya berbetulan dengan dasar Pas?

Hanya kerana Pas lantang dalam menegakkan hak kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat yang selari dengan ajaran Islam terus dituding jari yang Pas mempolitikkan masjid dan cuba memecahbelahkan ummah!Di manakah tempatnya kita perlu bercakap tentang Islam jika tidak di Masjid?

Institusi masjid amat besar peranannya dalam masyarakat Islam dan melayu sejak zaman berzaman.Jika kita betah mengkaji sejarah di Masjidlah Nabi dan Para sahabat menguruskan hal ehwal Negara.Bukan kerana mereka tidak mampu membina bangunan-bangunan yang hebat seperti bangunan parlimen kita tapi kerana di Masjidlah tempat umat Islam berkumpul dan mengimarahkannya serta Masjidlah lambang pengakuan kita pada KeEsaan Allah.Masjid menjadi syiar penting kepada umat Islam!.

Begitu juga di zaman kesultanan Melaka dan zaman selepasnya,Masjid dan surau menjadi medium penyatuan umat Islam di Tanah Melayu dan peranannya tidak pernah sama-sekali dilabel sebagai pemecah-belah masyarakat,malah di waktu itu di masjid dan pondoklah bermula kebangkitan penentangan ke atas penjajah Belanda,Portugis,Jepun dan Inggeris.

Jika Pas bercakap berbunyi Islam memang betul…sama ada di Masjid,Parlimen ,kedai kopi mahupun di pinggir jalan itulah bunyinya…Islam!Pas `tidak’ berpolitik di Masjid,Pas Cuma menyatakan kebenaran Islam seperti yang diperintahkan Allah ke atas umatnya.

Ironisnya…menerangkan tentang perjuangan Islam yang menyuruh kepada kebenaran dan mencegah perkara mungkar kepada puak sekular memang sukar.Selagi boleh mereka akan cuba mengasingkan politik Islam dengan institusi Masjid.Bagi mereka politik suku agama suku.Barangkali mereka mengambil faham politik itu bukan sebahagian daripada agama(?).Nauzubillah!

Malangnya masih ada individu di kalangan umat Islam yang cuba membentuk pemikiran rakyat yang Pas hanya layak bercakap tentang Islam di atas pentas ceramah tapi tidak di Masjid!?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP