Assalamualaikum ,Pemuda Muadzam Shah bersama dalam menyampaikan info yang bermanafaat,,, terima kasih atas ziarah anda......

Pemuda dan Unit Amal membuat persediaan menghadapi banjir.

Rompin- Dewan Pemuda Pas(DPP) Rompin menerusi Jabatan Amalnya sedang sibuk membuat segala persiapan yang perlu bagi menghadapi musim banjir yang bakal berlaku.Dijangkakan banjir kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sudah.DPP menerusi Ketuanya Ustaz Nazri Hj Ahmad menjelaskan bahawa Pas menerusi Unit Amal akan menyalurkan apa jua bentuk bantuan yang ada dan termampu kepada penduduk di Kawasan Rompin yang kesusahan akibat banjir."Sama ada untuk pemindahan,bantuan makanan atau membersihkan kediaman selepas krisis semuanya termasuk dalam rancangan bantuan yang akan diberikan."

Menurutnya lagi bantuan kemanusiaan dan barangan yang bakal diberikan nanti bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi hanya sebagai pelengkap kepada pakej bantuan (jika ada)yang bakal diselaraskan oleh pihak bertanggungjawab.
Bercakap selepas mesyuarat bulanan DPP di sini beliau menjelaskan Unit Amal sedang sedaya upaya mengumpul seberapa banyak sumbangan orang ramai yang ingin berkongsi kesusahan mangsa banjir.

Saudara Rosdi Mat Yatim selaku penyelaras Amal Kawasan Rompin turut merayu sumbangan orang ramai dalam apa jua bentuk bagi memudahkan pemberian bantuan kepada mangsa banjir itu nanti.Segala bantuan dan sumbangan bolehlah disampaikan kepadanya dengan menelefon beliau di 0193461697 atau melalui akaun Dewan Pemuda Pas Rompin Acc. no 06064010011664 Bank Islam. Menurutnya lagi mereka akan cuba juga mendapatkan bot dan enjin sangkut bagi memudahkan penghantaran bantuan dan petugas. Memandangkan daerah Rompin yang sangat luas ini menurutnya Unit Amal akan membahagikan petugasnya mengikut keperluan disesuatu kawasan.

Seminggu sebelum itu Pas Kawasan Rompin juga memutuskan dalam mesyuarat exco mereka untuk memberikan apa jua bantuan setakat yang termampu kepada mangsa banjir.Menurut Yang DiPertua Pas Kawasan, Ustaz Shukri Hj Ahmad,"orang ramai tidak perlu segan-silu untuk meminta pertolongan mahupun bantuan daripada Pas Kawasan dalam menghadapi musibah itu nanti.Pas berkomitmen tinggi dalam membantu segala macam permasalahan rakyat di Kawasan Rompin ini tanpa mengira ideologi politik"..."Masalah rakyat juga masalah kami dan kami akan cuba sedaya upaya membantu dan berkongsi kesusahan yang dilalui mereka" ujarnya dengan penuh bersemangat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP